Berita Terkini

Wanita sedekah kepada Suami

Wanita sedekah kepada Suami
Dalam sebuah halaqah yang dihadiri oleh para sahabat wanita, Rasulullah S.a.w bersabda: "Wahai kaum wanita, bersedekahlah kalian semua meskipun dengan sebahagian daripada perhiasan kalian!"

Mendengar pesanan Nabi S.a.w di atas, Zainab isteri Abdullah ibnu Mas'ud r.a, segera pulang ke rumah dan menemui suaminya. Dia berkata, "Suamiku, engkau adalah orang yang miskin. Sementara itu, Nabi memerintahkan kepada kami agar bersedekah. Oleh kerana itu, temuilah baginda dan tanyakanlah, adakah aku boleh bersedekah kepadamu. Jika boleh, aku akan bersedekah kepadamu! Jika tidak, aku akan bersedekah kepada orang lain."

Mendengar permintaan isterinya, 'Abdullah ibnu Mas'ud berkata: "Engkau sahajalah yang menemui baginda."

Zainab akhirnya pergi ke rumah Nabi S.a.w. Tiba-tiba, dia mendapati seorang wanita daripada kalangan Ansar berada di depan pintu rumah Nabi S.a.w dan mempunyai masalah yang sama dengannya. Sementara itu, Rasulullah S.a.w adalah seorang yang telah dianugerahkan kemuliaan. Mereka pun akhirnya menunggu di depan pintu rumah baginda.

Tidak lama kemudian, Bilal keluar dari rumah Nabi S.a.w. Dengan segera Zainab dan wanita Ansar itu berkata: "Wahai Bilal, temuilah Nabi dan beritahu kepada baginda bahawa ada dua orang wanita di depan rumah baginda yang ingin bertanya tentang sesuatu, adakah kami boleh bersedekah kepada suami ataupun anak-anak yatim yang kami asuh? Tetapi, jangan beritahu siapa kami!"

Bilal segera menemui Rasulullah S.a.w dan menyampaikan pertanyaan kedua-dua wanita itu. Rasulullah S.a.w bertanya, "Siapakah mereka?" 

Bilal menjawab; "Mereka adalah Zainab dan seorang wanita dari kalangan Ansar."

Rasulullah S.a.w bertanya; "Zainab yang mana?"

Bilal menjawab; "Isteri ‘Abdullah bin Mas’ud."

Rasulullah S.a.w bersabda; "Mereka mendapat dua pahala, iaitu pahala kaum kerabat dan pahala bersedekah." [HR al-Bukhari dan Muslim]

Penulis kitab 'Umdah al-Qari fi Syarh al-Bukhari membincangkan hadits ini dan mengatakan bahawa terdapat beberapa perkara yang dapat disimpulkan daripadanya.

Pertama, anjuran agar memberikan nasihat dan peringatan kepada wanita mengenai akhirat dan hukum-hukum yang berkenaan dengan mereka, serta dorongan kepada mereka agar sering bersedekah. Semua itu dilakukan selagi tidak mendatangkan fitnah, sama ada bagi orang yang dinasihati mahupun pemberi nasihat.

Kedua, isteri boleh bersedekah dengan harta miliknya tanpa keizinan suami. 

Ketiga, dalam sedekah sunat tidak diperlukan ijab dan qabul, tetapi cukup dengan adanya sesuatu yang disedekahkan.

Selain itu, hadits ini juga menunjukkan beberapa perkara; 

Pertama, keutamaan bersedekah kepada suami dan anak-anak yang termasuk dalam kelompok yang berhak menerima zakat. Ini kerana memenuhi keperluan mereka adalah kewajipan ibu bapa.

Kedua, segera mengamalkan pengetahuan agama yang telah diketahui. 

Ketiga, kewajipan mencari ilmu bagi wanita sama seperti lelaki. 

Dalam hal mencari ilmu, sebagaimana yang dinyatakan dalam hadits di atas, kaum wanita boleh keluar rumah untuk bertanya tentang pelbagai masalah agama seperti mana kaum lelaki.

[100 pesan Nabi untuk wanita Shalihah - Badwi Mahmud As-Syeikh]

Kategori

Air terjun (9) Ajaib (22) Al-Hadits dan Sains (2) Alam sekitar (11) AlQuran dan Sains (38) Angkasalepas (51) Animasi GIF (3) Antik (8) Aqidah (12) Arkeologi (21) Astronomi (47) Bala bencana (41) Batu kalimah (4) Batu permata (23) Biar betul (113) Biologi (2) Bionik (4) Budaya (5) Cinemagraph (3) Dajjal (2) Download (1) Duit (37) Duit Kertas (15) Duit Syiling (25) Dunia Hiburan (129) Ekonomi Dunia (20) Ensaiklopedia (55) Foto (345) Freemason (2) Freeware (3) Gempa bumi (7) Geologi (6) Gerhana bulan (1) GIF animation (3) Grafik 3D (3) Halimunan (3) Hamas (8) Hantu (58) High speed video (6) Iblis (13) Illuminati (27) Imam empat mazhab (5) Indeks batu permata (1) Indeks duit (2) Indeks kad telefon (1) Indeks sampul duit raya (1) Indeks setem (1) Internet (94) Jalan-jalan (56) Jenayah (121) Jin (56) Kad telefon (3) Kamera (21) Kamera digital (16) Kata-kata hikmah (28) Kemalangan (58) Kematian (55) Kesihatan dan Perubatan (202) Ketenteraan (46) Kiamat (7) Kisah akhir zaman (2) Klasik (61) Kristologi (88) Landskap (111) Makanan dan minuman (17) Makro (6) Manipulasi Foto (6) Metafizik (6) Misteri (59) Motivasi (34) Muzium mini (65) Paleontologi (1) Palestine (50) Paranormal (48) Penggodam (23) Perang (31) Perkahwinan (22) Pernikahan (18) Perubatan Islam (4) Polis (9) Politik (132) Politik dunia (49) Puisi (6) Rekod (102) Robotik (27) Sains (60) Sampul duit raya (5) Scam (5) Sedih (46) Sejarah (29) Sejarah Islam (16) Sejarah kuno (4) Selebriti meninggal (12) Seni (6) Seni beladiri (1) Senibina (21) Serangga (15) Sukan (43) Syiah (15) Syirik (1) Syria (41) Teknologi (248) Teknologi Nano (8) Teori konspirasi (181) Time lapse (39) Timur Tengah (177) Tumbuhan (37) UFO (39) Ulama meninggal dunia (2) Video (328) Wallpaper Islamik (40) Yahudi (10) Zionis (20)

Unikversiti Designed by Templateism.com & Copy Blogger Themes

Imej tema oleh blue_baron. Dikuasakan oleh Blogger.