Berita Terkini

Abdullah ibnu Mas'ud, sahabat pertama baca Al-Quran dengan Merdu

Ar-Rahman
Sebelum Rasulullah S.a.w masuk ke rumah Arqam, Abdullah ibnu Mas’ud r.a telah beriman kepadanya dan merupakan orang keenam yang masuk Islam dan mengikuti Rasulullah S.a.w. Dengan demikian dia termasuk golongan yang mula-mula masuk Islam (As-Saabiquun Al-Awwaluun). [1]

Tak berapa lama selepas memeluk Islam, Abdullah bin Mas'ud mendatangi Rasulullah S.a.w dan memohon kepada baginda agar diterima menjadi pelayan baginda. Rasulullah S.a.w pun menyetujuinya.

Sejak hari itu, Abdullah bin Mas'ud tinggal di rumah Rasulullah S.a.w. Dia bertukar pekerjaan dari penggembala biri-biri menjadi pelayan utusan Allah dan pemimpin umat. Abdullah bin Mas'ud senantiasa mendampingi Rasulullah. Dia selalu menyertai ke mana pun baginda pergi.

Dia membangunkan Rasulullah S.a.w untuk shalat jika baginda tertidur, menyediakan air untuk mandi, mengambil selipar apabila baginda hendak keluar dan menyimpannya apabila baginda pulang. Dia membawakan tongkat dan siwak Rasulullah S.a.w, menutupkan pintu bilik apabila baginda hendak tidur. Bahkan Rasulullah S.a.w membenarkan Abdullah memasuki bilik baginda jika perlu. [2]

Beliau antara para sahabat r.a yang masyhur dan digolongkan dalam kalangan para sahabat yang bertanggungjawab untuk memberi fatwa. Beliau telah menyertai Rasulullah S.a.w dalam semua Ghazwah (peperangan). Disebabkan beliau berkhidmat khusus kepada Rasulullah S.a.w, maka beliau digelar حامل النعل (pembawa kasut),  صاحب الوسادة (penjaga bantal) [3] dan صاحب السواك (penjaga siwak). 

Baginda mengamanahkan kepadanya hal-hal yang rahsia, tanpa bimbang rahsia tersebut akan terbuka. Kerana itu, Abdullah ibnu Mas'ud juga digelar sebagai صاحب سر رسول الله (pemegang rahsia Rasulullah). [4]

Baginda S.a.w ada bersabda, "Sesiapa yang ingin membaca Al-Quran dengan cara yang sama seperti Al-Quran diturunkan maka bacalah dengan cara lbnu Ummi 'Abd (Abdullah ibnu Mas'ud)."

Kisah Abdullah ibnu Mas'ud baca Al-Quran secara terang-terangan dengan merdu

Dia yang selama ini tidak berani melalui hadapan salah seorang pembesar Quraisy kecuali dengan menjingkatkan kaki dan menundukkan kepala, di kemudian hari setelah masuk Islam, dia tampil di depan majlis para bangsawan di sisi Ka’bah, sementara semua pemimpin dan pemuka Quraisy duduk berkumpul, lalu berdiri di hadapan mereka dan mengumandangkan suaranya yang merdu dan membangkitkan minat, berisikan wahyu Illahi al-Quranul Karim.

Bismillahirrahmanirrahim ….

"Yang Maha Pemurah (Ar-Rahman) ....... Yang telah mengajarkan Al quran ....... Dia menciptakan manusia ....... Mengajarnya pandai berbicara ....... Matahari dan bulan (beredar) menurut perhitungan ....... Dan tumbuh-tumbuhan dan pohon-pohonan kedua-duanya tunduk kepada-Nya."  [Surah Ar-Rahman : ayat 1 - 6]

Lalu dilanjutkannya bacaannya, sementara pemuka-pemuka Quraisy sama terpesona, tidak percaya akan pandangan mata dan pendengaran telinga mereka, dan tak tergambar dalam fikiran mereka bahawa orang yang menentang kekuasaan dan kesombongan mereka, tidak lebih dari seorang upahan di antara mereka, dan penggembala kambing dari salah seorang bangsawan Quraisy, iaitu Abdullah ibnu Mas’ud, seorang miskin yang hina dina.

Marilah kita dengar keterangan dari saksi mata melukiskan peristiwa yang amat menarik dan menakjubkan itu! Orang itu tiada lain dari Zubair r.a. katanya;

"Yang mula-mula membaca al-Quran (secara terbuka) di Mekah setelah Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi wa Sallam ialah Abdullah ibnu Masud r.a. Pada suatu hari para sahabat Rasulullah S.a.w berkumpul, kata mereka, "Demi Allah, orang-orang Quraisy belum lagi mendengar sedikit pun al-Quran ini dibaca dengan suara keras di hadapan mereka.

Nah, siapa di antara kita yang bersedia memperdengarkannya kepada mereka?"

Maka jawab Ibnu Mas'ud, "Saya."

Kata mereka, "Kami khuatir akan keselamatan dirimu! Yang kami inginkan ialah seorang laki-laki yang mempunyai kerabat yang akan mempertahankannya dari orang-orang itu jika mereka bermaksud jahat."

"Biarkanlah saya!" kata Ibnu Mas'ud pula, "Allah pasti membela." Maka datanglah Ibnu Mas’ud kepada kaum Quraisy di waktu dhuha, yakni ketika mereka sedang berada di balai pertemuannya.

Dia berdiri di pentas lalu membaca;

Bismillahirrahmanirrahim, dan dengan mengeraskan suaranya, Arrahman ‘allamal Quran …....

Lalu sambil menghadap kepada mereka diteruskanlah bacaannya. Mereka memerhatikannya sambil bertanya sesama mereka, "Apa yang dibaca oleh anak si Ummu ‘Abdin itu? Sungguh, yang dibacanya itu ialah yang dibaca oleh Muhammad!"

Mereka bangkit mendatangi dan memukulnya, sedang Ibnu Mas’ud meneruskan bacaannya sampai batas yang dikehendaki Allah. Setelah itu dengan muka dan tubuh yang cedera dia kembali kepada para shahabat. Kata mereka, "Inilah yang kami khuatirkan terhadap dirimu."

Ujar Ibnu Ma’sud, "Sekarang ini tak ada yang lebih mudah bagiku dari menghadapi musuh-musuh Allah itu! Dan seandainya tuan-tuan menghendaki, saya akan mendatangi mereka lagi dan berbuat hal yang sama esok hari!"

Ujar mereka, "Cukuplah demikian! Kamu telah membacakan kepada mereka barang yang menjadi tabu bagi mereka!"

Dalam soal harta, Abdullah ibnu Mas'ud tak punya apa-apa. Tentang perawakan, dia kecil dan kurus, apalagi dalam soal pengaruh, maka darjatnya jauh di bawah. Tapi sebagai ganti dari kemiskinannya itu, Islam telah memberinya bahagian yang melimpah dan perolehan yang cukup dari perbendaharaan Kisra dan simpanan Kaisar. Dan sebagai imbalan dari tubuh yang kurus dan jasmani yang lemah, dianugerahi-Nya kemahuan waja yang dapat menundukkan para adikara dan ikut mengambil bahagian dalam mengubah jalan sejarah. Dan untuk mengimbangi nasibnya yang tersia meminta-minta, Islam telah melimpahinya ilmu pengetahuan, kemuliaan serta ketetapan, yang menampilkannya sebagai salah seorang tokoh terkemuka dalam sejarah kemanusiaan.

Sungguh, tidak meleset kiranya pandangan jauh Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi wa Sallam ketika beliau mengatakan kepadanya, "Kamu akan menjadi seorang pemuda terpelajar." Dia telah diberi pelajaran oleh Tuhannya hingga menjadi faqih atau ahli hukum ummat Muhammad Shallallahu 'Alaihi wa Sallam, dan tulang belakang para huffadz al-Quranul Karim. [5]

Abdullah ibnu Mas’ud r.a berkata; "Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam bersabda; "Siapa yang membaca satu huruf dari Al-Quran maka baginya satu kebaikan dengan bacaan tersebut, satu kebaikan dilipatkan menjadi 10 kebaikan sepertinya, dan aku tidak mengatakan الم satu huruf akan tetapi Alif satu huruf, Laam satu huruf dan Miim satu huruf."  [HR at-Turmudzi dan dishahihkan di dalam kitab Shahih Al Jami', no. 6469]

Abdullah ibnu Mas’ud r.a berkata; "Siapa yang ingin mengetahui bahawa dia mencintai Allah dan Rasul-Nya, maka perhatikanlah jika dia mencintai Al-Quran maka sesungguhnya dia mencintai Allah dan rasul-Nya." [Atsar shahih diriwayatkan di dalam kitab Syu'ab Al-Iman, karya Imam Al-Baihaqi]

Abu Umamah Al-Bahily r.a berkata; "Aku telah mendengar Rasulullah S.a.w bersabda; "Bacalah Al-Quran kerana sesungguhnya ia akan datang pada hari kiamat sebagai pemberi syafa'at kepada orang yang membacanya." [HR Muslim]

Rujukan:

1 - Khalid Muhammad Khalid - Rijaal Haular Rasul.
2 - Hepi Andi Bastoni - 101 Sahabat Nabi.
3 - Syeikh Muhammad Zakariyya Kandhlawi - Fadhaail Al-'Amal , bab 8: Kesungguhan terhadap ilmu.
4 - Hepi Andi Bastoni - 101 Sahabat Nabi.
5 - Khalid Muhammad Khalid - Rijaal Haular Rasul.

Kategori

Air terjun (9) Ajaib (22) Al-Hadits dan Sains (2) Alam sekitar (11) AlQuran dan Sains (38) Angkasalepas (51) Animasi GIF (3) Antik (8) Aqidah (12) Arkeologi (21) Astronomi (47) Bala bencana (41) Batu kalimah (4) Batu permata (23) Biar betul (113) Biologi (2) Bionik (4) Budaya (5) Cinemagraph (3) Dajjal (2) Download (1) Duit (37) Duit Kertas (15) Duit Syiling (25) Dunia Hiburan (129) Ekonomi Dunia (20) Ensaiklopedia (55) Foto (345) Freemason (2) Freeware (3) Gempa bumi (7) Geologi (6) Gerhana bulan (1) GIF animation (3) Grafik 3D (3) Halimunan (3) Hamas (8) Hantu (58) High speed video (6) Iblis (13) Illuminati (27) Imam empat mazhab (5) Indeks batu permata (1) Indeks duit (2) Indeks kad telefon (1) Indeks sampul duit raya (1) Indeks setem (1) Internet (94) Jalan-jalan (56) Jenayah (121) Jin (56) Kad telefon (3) Kamera (21) Kamera digital (16) Kata-kata hikmah (28) Kemalangan (58) Kematian (55) Kesihatan dan Perubatan (202) Ketenteraan (46) Kiamat (7) Kisah akhir zaman (2) Klasik (61) Kristologi (88) Landskap (111) Makanan dan minuman (17) Makro (6) Manipulasi Foto (6) Metafizik (6) Misteri (59) Motivasi (34) Muzium mini (65) Paleontologi (1) Palestine (50) Paranormal (48) Penggodam (23) Perang (31) Perkahwinan (22) Pernikahan (18) Perubatan Islam (4) Polis (9) Politik (132) Politik dunia (49) Puisi (6) Rekod (102) Robotik (27) Sains (60) Sampul duit raya (5) Scam (5) Sedih (46) Sejarah (29) Sejarah Islam (16) Sejarah kuno (4) Selebriti meninggal (12) Seni (6) Seni beladiri (1) Senibina (21) Serangga (15) Sukan (43) Syiah (15) Syirik (1) Syria (41) Teknologi (248) Teknologi Nano (8) Teori konspirasi (181) Time lapse (39) Timur Tengah (177) Tumbuhan (37) UFO (39) Ulama meninggal dunia (2) Video (328) Wallpaper Islamik (40) Yahudi (10) Zionis (20)

Unikversiti Designed by Templateism.com & Copy Blogger Themes

Imej tema oleh blue_baron. Dikuasakan oleh Blogger.