Berita Terkini

Lebih 2.3 Juta Pekerja Asing Dan PATI Berdaftar Untuk Program 6p

Foto kredit: mca.org.my
Pekerja asing
Banyak gila pendatang asing termasuk PATI di Malaysia sekarang! Tentang PATI itu pula, bagaimana boleh terlepas sangat ramai jika tiada orang dalam / orang atasan yang terlibat. Malaysia adalah antara negara yang banyak menerima pendatang asing nampaknya. Kalau Singapura, pendatang asing lebih dimuliakan dari penduduk tempatan sendiri.

PUTRAJAYA, 5 Sept (Bernama) - Seramai 2,320,034 orang pekerja asing dan pendatang asing tanpa izin (PATI) telah mendaftar untuk Program 6P setelah berakhirnya proses pendaftaran melalui sistem biometrik pada 31 Ogos lepas.

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata jumlah itu meliputi seramai 1,016,908 pekerja asing sah dan seramai 1,303,126 Pati.

"Ini menunjukkan satu angka dan jumlah yang begitu besar.Jumlah ini tidak termasuk yang enggan mendaftarkan diri, tidak termasuk pembantu rumah, tidak termasuk pelarian dan di Sabah dan Sarawak.

"Kalau kita tidak ambil tindakan, kita tidak lalui proses 6P, maka masalah ini akan lebih berat pada masa akan datang," katanya kepada pemberita di sini Isnin.

Hishammuddin berkata rakyat dari beberapa negara didapati lebih ramai menjadi pati berbanding pekerja yang sah terutamanya Indonesia iaitu jumlah pati seramai 640,609 berbanding pekerja sah seramai 405,312 diikuti Bangladesh 267,803 pati dan hanya 132,897 pekerja sah.

Bagaimanapun jumlah pekerja sah dari Nepal lebih tinggi iaitu sebanyak 221,617 berbanding seramai 33,437 pati, kata beliau.

Ditanya sekiranya terdapat pati dan pekerja asing yang ingin mendaftar selepas tempoh pendaftaran berakhir, beliau berkata mereka masih boleh mendaftar dengan Jabatan Imigresen atau agen yang dilantik.

"Mereka boleh (mendaftar) tetapi kami tidak boleh putuskan statusnya," kata beliau.

Sementara itu Hishammuddin berkata tarikh bermulanya proses Pemutihan yang merupakan komponen kedua Program 6P akan bergantung kepada keputusan mesyuarat Jawatankuasa Kabinet Mengenai Pekerja Asing dan Pendatang Asing Tanpa Izin yang akan dipengerusikan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin pada 3 Oktober depan.

Dalam perkembangan lain, Hishammuddin berkata keputusan Mahkamah Tinggi Australia pada 31 Ogos lepas yang tidak membenarkan pemohon suaka dari Australia ke Malaysia, tidak terlalu memberi kesan kepada Malaysia.

"Cuma keputusan mahkamah baru-baru ini tidak memihak kepada kerajaan Australia tetapi bagi saya agenda kita masih akan kita teruskan dan saya sentiasa berhubung rapat dengan rakan sejawatan dari Australia," katanya.

Pada 25 Julai lepas Malaysia dan Australia menandatangani perjanjian bersejarah bagi pertukaran pelarian dan pemohon suaka di antara kedua-dua negara untuk pertukaran 4,000 pelarian dan pemohon suaka di Malaysia dengan 800 orang dari Australia dalam tempoh empat tahun.

[BERNAMA]

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih :)

Kategori

Air terjun (9) Ajaib (22) Al-Hadits dan Sains (2) Alam sekitar (11) AlQuran dan Sains (38) Angkasalepas (51) Animasi GIF (3) Antik (8) Aqidah (12) Arkeologi (21) Astronomi (47) Bala bencana (41) Batu kalimah (4) Batu permata (23) Biar betul (113) Biologi (2) Bionik (4) Budaya (5) Cinemagraph (3) Dajjal (2) Download (1) Duit (37) Duit Kertas (15) Duit Syiling (25) Dunia Hiburan (129) Ekonomi Dunia (20) Ensaiklopedia (55) Foto (345) Freemason (2) Freeware (3) Gempa bumi (7) Geologi (6) Gerhana bulan (1) GIF animation (3) Grafik 3D (3) Halimunan (3) Hamas (8) Hantu (58) High speed video (6) Iblis (13) Illuminati (27) Imam empat mazhab (5) Indeks batu permata (1) Indeks duit (2) Indeks kad telefon (1) Indeks sampul duit raya (1) Indeks setem (1) Internet (94) Jalan-jalan (56) Jenayah (121) Jin (56) Kad telefon (3) Kamera (21) Kamera digital (16) Kata-kata hikmah (28) Kemalangan (58) Kematian (55) Kesihatan dan Perubatan (202) Ketenteraan (46) Kiamat (7) Kisah akhir zaman (2) Klasik (61) Kristologi (88) Landskap (111) Makanan dan minuman (17) Makro (6) Manipulasi Foto (6) Metafizik (6) Misteri (59) Motivasi (34) Muzium mini (65) Paleontologi (1) Palestine (50) Paranormal (48) Penggodam (23) Perang (31) Perkahwinan (22) Pernikahan (18) Perubatan Islam (4) Polis (9) Politik (132) Politik dunia (49) Puisi (6) Rekod (102) Robotik (27) Sains (60) Sampul duit raya (5) Scam (5) Sedih (46) Sejarah (29) Sejarah Islam (16) Sejarah kuno (4) Selebriti meninggal (12) Seni (6) Seni beladiri (1) Senibina (21) Serangga (15) Sukan (43) Syiah (15) Syirik (1) Syria (41) Teknologi (248) Teknologi Nano (8) Teori konspirasi (181) Time lapse (39) Timur Tengah (177) Tumbuhan (37) UFO (39) Ulama meninggal dunia (2) Video (328) Wallpaper Islamik (40) Yahudi (10) Zionis (20)

Unikversiti Designed by Templateism.com & Copy Blogger Themes

Imej tema oleh blue_baron. Dikuasakan oleh Blogger.