Seorang wanita di Amerika Syarikat mengalami suatu tabiat yang aneh dan pelik, iaitu ketagihan memakan kerusi sofa. Adele Edwards, 30, tidak boleh menghentikan diri dari mengunyah polyester yang mengisi tiga perabotnya , begitu juga barang-barang rumah yang lain seperti gelang elastik dan getah.
Bermakna, jika dia terasa lapar, dia tidak perlu ke dapur. Dia hanya perlu mendapatkan kerusi atau perabot lainnya. Malahan seleranya lebih sukakan gabus kerusi daripada kek dan makanan-makanan lain.
Selama hidupnya, ibu kepada lima orang anak ini telah memakan lapan set sofa, lima kerusi dan kusyen 224 paun.
Adele mengalami penyakit Pica, iaitu suatu keadaan yang membuat seseorang mendambakan benda yang tidak boleh dimakan. Dan ini bermula ketika umurnya 10 tahun. "Kedengarannya aneh, tetapi, bagi saya, buih sabun terasa seperti gula-gula."
Sumber - Mirror News , AOL News
~ Berita aneh, konspirasi, misteri dan unik ~
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Terima kasih :)