Berita Terkini

Rancangan komedi ala Mind Your Language, untuk perbetulkan Bahasa Melayu

Mind your language comedy series
Teringat dalam sekitar tahun 80an dulu, dimana rancangan komedi Mind Your Language selalu ke udara di televisyen. Watak-watak seperti Mr Brown, Anna, Chung Su-Lee, Ranjeet Singh, Ali Nadeem, Jamila Ranjha dan beberapa lagi agak mencuit hati.

Mind Your Language dibuat pada tahun 1977–79. Siri itu dibuat oleh London Weekend Television (LWT) (sekarang merupakan sebahagian dari ITV London). Ia berkisar tentang kelas malam belajar Bahasa Inggeris dengan betul untuk orang dewasa.

Kita saksikan nanti bagaimana Mind Your Language versi Melayu pula. Harap-harap ianya satu rancangan komedi yang ada unsur pengajaran dan memberi manfaat, bukannya komedi lawak yang tidak bermotif dan merosakkan akhlak, huhu.

KUALA LUMPUR 31 Mei - Sebuah rancangan televisyen mirip siri popular 'Mind Your Language' yang bertujuan memperbetulkan penggunaan bahasa kebangsaan akan diterbitkan menjelang sambutan kemerdekaan negara Ogos ini.

Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim berkata rancangan berbentuk komedi ringan terbitan bersama Radio dan Televisyen Malaysia (RTM) dengan pihak swasta itu, akan menjadikan penggunaan istilah-istilah yang tidak betul sebagai satu komedi dan asas kepada penceritaan.

Katanya penggunaan bahasa Melayu yang tidak betul dalam rancangan selama 15 minit yang menampilkan pelakon dari semua kaum itu akan diperbetulkan menjelang akhir rancangan, seperti mana rancangan "Mind Your Language" yang pernah diterbitkan oleh stesen BBC.

"Kita hendak jadikan ia sebagai program humor, tidak berat, di mana mereka yang menggunakan istilah-istilah yang tidak betul dijadikan sebagai sesuatu yang komedi yang pada akhirnya pembetulan terhadap kesalahan itu dilakukan," katanya kepada pemberita selepas merasmikan seminar dan melancarkan Persatuan Editor Malaysia (PEM) di Seri Kembangan, dekat sini, hari ini. [Harian Metro]

Menurut Dr Rais, pihaknya masih mencari judul yang sesuai yang mempunyai ciri-ciri lawak kepada program itu. Program itu juga akan turut ke udara melalui siaran radio.

Di bawah ini adalah video sedutan dari salah satu rancangan Mind Your Language, memandangkan tiada lagi sedutan contoh dari rancangan Malaysia itu untuk ditonjolkan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih :)

Kategori

Air terjun (9) Ajaib (22) Al-Hadits dan Sains (2) Alam sekitar (11) AlQuran dan Sains (38) Angkasalepas (51) Animasi GIF (3) Antik (8) Aqidah (13) Arkeologi (21) Astronomi (47) Bala bencana (42) Batu kalimah (4) Batu permata (23) Biar betul (113) Biologi (2) Bionik (4) Budaya (5) Cinemagraph (3) Dajjal (2) Download (1) Duit (37) Duit Kertas (15) Duit Syiling (25) Dunia Hiburan (129) Ekonomi Dunia (20) Ensaiklopedia (55) Foto (345) Freemason (2) Freeware (3) Gempa bumi (7) Geologi (6) Gerhana bulan (1) GIF animation (3) Grafik 3D (3) Halimunan (3) Hamas (8) Hantu (79) High speed video (6) Iblis (13) Illuminati (27) Imam empat mazhab (5) Indeks batu permata (1) Indeks duit (2) Indeks kad telefon (1) Indeks sampul duit raya (1) Indeks setem (1) Internet (94) Jalan-jalan (56) Jenayah (121) Jin (62) Kad telefon (3) Kamera (21) Kamera digital (16) Kata-kata hikmah (28) Kemalangan (58) Kematian (55) Kesihatan dan Perubatan (202) Ketenteraan (46) Kiamat (7) Kisah akhir zaman (2) Klasik (61) Kristologi (54) Landskap (111) Makanan dan minuman (17) Makro (6) Manipulasi Foto (6) Metafizik (6) Misteri (59) Motivasi (34) Muzium mini (65) Paleontologi (1) Palestine (49) Paranormal (74) Penggodam (23) Perang (31) Perkahwinan (22) Pernikahan (18) Perubatan Islam (4) Polis (9) Politik (132) Politik dunia (49) Puisi (6) Rekod (102) Robotik (27) Sains (60) Sampul duit raya (5) Scam (5) Sedih (46) Sejarah (29) Sejarah Islam (16) Sejarah kuno (4) Selebriti meninggal (12) Seni (6) Seni beladiri (1) Senibina (21) Serangga (15) Sukan (43) Syiah (15) Syirik (1) Syria (41) Teknologi (247) Teknologi Nano (8) Teori konspirasi (181) Time lapse (39) Timur Tengah (177) Tumbuhan (37) UFO (39) Ulama meninggal dunia (2) Video (334) Wallpaper Islamik (40) Yahudi (10) Zionis (20)

Unikversiti Designed by Templateism.com & Copy Blogger Themes

Imej tema oleh blue_baron. Dikuasakan oleh Blogger.