Cara Hidup

Konspirasi

Dunia Islam

Kisah Nabi dan Sahabat

Kisah umat dahulu

Sains

Foto

Pautan Luar

» » » Tanah runtuh di rumah anak yatim Al-Taqwa, Sungai Semungkis

Tanah runtuh di asrama anak yatim Sungai Semungkis
Rumah Anak Yatim Al-Taqwa, FELCRA Semungkis, Batu 14, Hulu Langat telah dilanda musibah yang sangat menyedihkan. 

Walaubagaimana pun semua ini adalah ujian dari Allah, dan sudah tentu ada hikmahnya. 

"Dua tanah runtuh berlaku secara serentak. Semua mangsa tidak punyai masa untuk melarikan diri," kata Ketua Polis Selangor Datuk Tun Hisan Tun Hamzah pada pukul 8:00pm.

Dia mengatakan semua mangsa yang ditimbus adalah 20 pelajar yang menghadiri sebuah kem motivasi di situ dan 4 orang pengasuh.

Seramai 49 pelajar dan pengasuh ada di sana namun 25 orang dapat melepaskan diri dari runtuhan tanpa mengalami kecederaan.

Ketua Warden Rumah Anak Yatim, Mohamad Hambali Ismail, 34, berkata, ketika kejadian berlaku, seramai 23 penghuni sedang membuat persiapan untuk menyambut ketibaan rombongan FINAS yang dijadualkan makan tengah dan beramah mesra dengan penghuni rumah terbabit.

Ketika kejadian jam 2.15 petang itu, anak yatim terbabit berlatih kompang dan nasyid sementara menunggu ketibaan tetamu.

"Pada waktu itulah saya terdengar bunyi dentuman kuat, tiba-tiba tanah kejar saya dan tidak dapat berbuat apa-apa sebaliknya terpaksa lari menyelamatkan diri," katanya.

UPDATE: Menurut laporan terakhir dari Malaysian Insider pada pukul 11:01am 22 Mei, 16 orang terkorban.

Semua telah berjaya dikeluarkan. Pasukan mencari dan menyelamat mengambil masa kira-kira 15 jam untuk mengeluarkan semua 25 mangsa yang tertimbus dalam kejadian tanah runtuh.

Tubuh mangsa pertama ditarik keluar dari runtuhan sekitar pukul 4:30pm sementara tubuh kedua diambil pada 5:00pm dan yang ketiga pada 6:10pm. Dua yang lain ditarik keluar pada sekitar pukul 7:40 pm.

Kesulitan ditambah lagi kerana tanah basah akibat hujan.  Mangsa yang cedera dan yang meninggal dunia dibawa ke Hospital Kajang dan Ampang.

Semoga yang telah pergi diampunkan segala dosa dan digolongkan dalam golongan orang-orang yang soleh. Dan semoga yang terselamat dan keluarga-keluarga mangsa diberikan kesabaran dan ketabahan dalam mengharung ujian getir ini.  Semoga mereka semua mendapat yang terbaik dan dipermudahkan oleh Allah S.w.t.

Ketika ini lah dapat dilihat kerjasama sesama manusia lebih-lebih lagi sesama umat. Dan ketika ini lah diharapkan doa-doa dari semua orang mukmin terhadap mangsa-mangsa yang sedang menerima ujian, walaupun saling tidak kenal dan berada jauh. Keikhlasan hati masing-masing amat diperlukan.  Ya Allah, bantulah mereka, amin.

Saksikan gambar-gambar kejadian tanah runtuh di Rumah Anak-anak Yatim At-Takwa yang begitu memilukan.


[Malaysian Insider , Berita Harian , Sinar Harian , The Star]




11:27am : 22 Mei - Senarai nama yang dipastikan

Yang meninggal

1. Mohd Azrel Azahari (8)
2. Mohd Naerzein M. Nor (8)
3. Mohd Mustakim Mamat (12)
4. Mohd Zaim Azahawi (14)
5. Nurahimi Rosdi (14)
6. Wan Ahmad Hasril Hazim (19)
7. Farid Ibrahim (34)
8. Shahrul Nurimran Adnan (9)
9. Mohd Kamarul Amizan (11)
10. Zahid Assawal Zamri (19)
11. Mohd Riezman Ab Latif (9)
12. Mohd Imal Fahad (9)
13. Mohd Hazim Sapri (10)
14. Dzahir Haziq M. Muin (11)
15. Ahmad Lokman Hakim (11)
16. Mohd Aiman Abdullah (10)



Yang selamat

1. Khairul Anuar Nasri (9)
2. Zulkhairi Aminuddin (33)
3. M. Harris Izuddin Sharul (11)
4. Aizat Khusuiri (12)
5. Allaudin Sobri (14)
6. Abg Din @ Izzuddin Abdullah (33)
7. M. Syatiq Ibrahim (21)
8. Abang Iwan @ Izuan Zakaria (33)
9. Mohd Akmal Mohd Jefri (10) - Dirawat di KPJ Kajang Specialist Centre.




«
Next
Catatan Terbaru
»
Previous
Catatan Lama


Artikel berkaitan:

3 komen:

  1. Al-Fatehah. Semuga arwah2 yang terkorban digolongkan bersama mereka2 yang dicintai Allah. Kesemua nya, melainkan seorang, masih muda remaja dan semua lelaki. Allah lebih Menyayangi dan lebih Mengetahui.

    Dan semuga yang ditinggalkan akan tabah menghadapi ujian ini.

    BalasPadam
  2. KUALA LUMPUR, 22 Mei - Semua sembilan orang yang terselamat dalam kejadian tanah runtuh di Batu 14 Hulu Langat semalam, yang sedang dirawat di hospital, berada dalam keadaan stabil, kata Timbalan Menteri Kesihatan Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin.

    Beliau berkata enam mangsa kejadian di Rumah Anak-Anak Yatim dan Anak-Anak Hidayah Al-Taqwa itu ditempatkan di wad khas (bencana) manakala tiga lagi di Unit Rawatan Rapi (ICU) sejak diselamatkan semalam.

    "Tiga di ICU kini stabil, dua lagi yang berumur 13 dan 33 tahun terpaksa dipotong kaki kerana kecederaan teruk manakala seorang lagi mengalami kecederaan di kepala," katanya.

    Bercakap kepada pemberita selepas melawat mereka di Hospital Ampang di sini beliau berkata, semua mereka berumur antara sembilan dan 33 tahun. [Bernama]

    BalasPadam
  3. Al-Fatehah. Semuga arwah2 yang terkorban digolongkan bersama mereka2 yang dicintai Allah. Kesemua nya, melainkan seorang, masih muda remaja dan semua lelaki. Allah lebih Menyayangi dan lebih Mengetahui.

    Dan semuga yang ditinggalkan akan tabah menghadapi ujian ini.

    BalasPadam

Terima kasih :)

Kategori

Air terjun (9) Ajaib (22) Alam sekitar (10) Angkasalepas (51) Animasi GIF (3) Antik (8) Aqidah (13) Arkeologi (21) Astronomi (48) Bala bencana (41) Batu kalimah (4) Batu permata (23) Biar betul (112) Biologi (2) Bionik (4) Budaya (5) Cinemagraph (3) Dajjal (2) Download (2) Duit (37) Duit Kertas (15) Duit Syiling (24) Dunia Hiburan (127) Ekonomi Dunia (20) Ensaiklopedia (55) Foto (346) Freemason (2) Freeware (3) Gempa bumi (7) Geologi (6) Gerhana bulan (1) GIF animation (3) Grafik 3D (3) Halimunan (3) Hamas (8) Hantu (52) High speed video (6) Iblis (13) Illuminati (26) Imam empat mazhab (5) Indeks batu permata (1) Indeks duit (2) Indeks kad telefon (1) Indeks sampul duit raya (1) Indeks setem (1) Internet (91) Jalan-jalan (56) Jenayah (121) Jin (35) Kad telefon (3) Kamera (21) Kamera digital (16) Kata-kata hikmah (28) Kemalangan (57) Kematian (55) Kesihatan dan Perubatan (191) Ketenteraan (46) Kiamat (7) Kisah akhir zaman (2) Klasik (59) Kristologi (47) Landskap (111) Makanan dan minuman (17) Makro (6) Manipulasi Foto (6) Metafizik (5) Misteri (59) Motivasi (34) Muzium mini (65) Paleontologi (1) Palestine (49) Paranormal (28) Penggodam (23) Perang (31) Perkahwinan (22) Pernikahan (19) Perubatan Islam (5) Polis (9) Politik (130) Politik dunia (49) Puisi (6) Rekod (101) Robotik (27) Sains (60) Sampul duit raya (5) Scam (5) Sedih (46) Sejarah (29) Sejarah Islam (16) Sejarah kuno (4) Selebriti meninggal (12) Seni (5) Seni beladiri (1) Senibina (21) Serangga (15) Sukan (42) Syiah (15) Syirik (1) Syria (41) Teknologi (241) Teknologi Nano (7) Teori konspirasi (163) Time lapse (39) Timur Tengah (175) Tumbuhan (36) UFO (39) Ulama meninggal dunia (2) Video (291) Wallpaper Islamik (39) Yahudi (10) Zionis (20)