Sangat bagus sekali cadangan ini, lebih-lebih lagi untuk membasmi perbuatan hisap rokok yang sudah ternyata HARAM sekarang ini. Kerajaan China juga pada bulan Februari baru-baru ini melarang adegan merokok dalam filem dan TV.
Diharapkan ianya akan diikuti oleh penonton-penonton filem juga nanti, agar terus berhenti merokok. Saya dulu pun boleh berhenti, insyaAllah anda pun boleh jika ada kemahuan dan semangat yang kuat. :)
Bebaskan filem dari rokok
KUALA LUMPUR 31 Mei - Pengeluar filem disaran supaya tidak perlu memapar rokok atau gambaran merokok di dalam filem mereka.
Menteri Kesihatan Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata 10 filem teratas yang membuat keuntungan besar di pawagam tahun lalu seperti Alice in Wonderland, Harry Potter, How to Train Your Dragon dan Inception tidak memaparkan rokok.
"Inception misalnya adalah untuk menghibur orang dewasa, tetapi tidak menggambarkan watak pelakon yang merokok," katanya pada Kempen ASAP dan pelancaran filem pendek mengenai antimerokok "Cinta Akhir" di sini hari ini.
Sempena sambutan Hari Tanpa Tembakau Sedunia hari ini, Liow berkata kementerian itu juga bersedia untuk bekerjasama dengan pembuat filem yang mahu mengeluarkan filem dengan tema yang sama.
Beliau berkata berdasarkan Global Youth Tobacco Survey pada 2000, 18.2 peratus remaja Malaysia berumur antara 13 hingga 15 tahun merupakan perokok ketika ini. [Harian Metro]
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Terima kasih :)