Saintis-saintis dari Wroclaw University of Technology di Poland telah mencipta EMYS (EMotive headY System), iaitu robot yang boleh menunjukkan emosi melalui riak mukanya.
EMYS berupaya untuk menggerakkan mata, kening dan kepalanya untuk menampilkan pelbagai emosi seperti gembira, sedih, terkejut dan sebagainya.
Rangkanya diperbuat daripada aluminium, badan dibuat dari plastik kuat dan tahan haba dan terdapat juga perancangan untuk meletakkan EMYS di atas platform imbang-diri di atas dua roda yang dipanggil FLASH.
EMYS dikawal oleh PC dengan isyarat yang dihantar ke servos dalaman dan motor pelbagai dari visi dan sistem pemerolehan bunyi.
Input deria utama adalah sistem visi. Di dalam cakera tengah terletak Sphere Logitech Quickcam, dilucutkan badannya dan mekanisma 'tilt' dan 'pan'.
Sistem ini boleh melaksanakan pengesanan wajah manusia untuk mengira bilangan dan kedudukan muka yang boleh dilihat dan EMYS juga dapat menentukan sama ada seseorang itu baru atau telah dilihat sebelumnya dan juga bertindak balas terhadap rangsangan bunyi.
[Gizmag]
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Terima kasih :)