Ia akan menjadi objek terapung terbesar di dunia - panjangnya 488 meter, iaitu lebih kurang sama dengan empat buah padang bolasepak dan berat 600,000 tan apabila penuh, sama dengan berat enam buah kapal laut yang membawa jet pejuang.
Kapal USS Nimitz yang membawa jet pejuang
Shell baru saja mengumumkan rancangannya untuk membina kilang penapis gas terapung gergasi, yang diberi nama Prelude, iaitu sebuah projek yang akan menelan kos $10 bilion dollar.
Kapal FLNG (Floating Liquid Natural Gas) itu akan membolehkan gas asli diekstrak oleh mesin penggali dan platform jauh di lautan akan dipindahkan terus ke kapal untuk diproses, tidak perlu menggunakan jalur paip ke kilang di darat.
Ini bermakna syarikat akan mampu untuk menggali gas di lapangan baru ratusan batu dari daratan terdekat dan mula-mulanya akan digunakan dalam lapangan minyak Prelude 200km dari pantai Barat Australia.
Kilang terapung adalah pembangunan logik seterusnya untuk syarikat-syarikat minyak kerana bekalan baru minyak dan gas semakin lebih jauh dan permintaan terus meningkat.
Binaan gergasi ini akan dibina di Korea Selatan dan akan menggunakan besi waja 5 kali lebih banyak dari yang pernah digunakan pada Sydney Harbour Bridge. Ia dijangka siap pada tahun 2017.
[Dailymail.co.uk]
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Terima kasih :)