Berita Terkini

Koleksi beberapa kes jenayah rogol tahun 2011

Menurut laporan dari akhbar The Malay Mail pada 19 Mei lalu, kejadian 'Rogol' di Malaysia sekarang boleh dikatakan 1 kes setiap 2.5 jam. Purata 10 wanita menjadi mangsa rogol setiap hari.

Jumlah kes rogol tahunan pula semakin bertambah. Sebanyak 2,431 kes pada tahun 2006, 3,098 pada 2007, 3,409 pada 2008, 3,626 pada 2009 dan 3,595 pada tahun 2010.

Akhbar Sinar Harian pernah melaporkan pada 14 Mac lalu, menurut rekod Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk tempoh lima tahun sejak 2005 - 2010, kes rogol di bawah umur sebanyak 9,575.

Di bawah ini adalah beberapa contoh kes kejadian rogol yang dilaporkan dalam akhbar-akhbar tempatan pada tahun ini iaitu tahun 2011.


Pemuda rogol kakak saudara berusia 16 tahun ditahan

KENINGAU 20 Jun – Polis menahan seorang pemuda berusia 27 tahun setelah dipercayai merogol kakak saudaranya berusia 16 tahun sebanyak dua kali di Kampung Biah, di sini pada 30 April dan 30 Mei lalu.

Suspek ditahan semalam, beberapa jam setelah mangsa yang tidak bersekolah bersama ibu bapanya membuat laporan polis.

Ketua Polis Daerah, Deputi Supritendan Zahari Mohamed berkata, siasatan mendapati kejadian pertama berlaku pada pukul 9.30 malam di bilik tidur mangsa, manakala kali kedua pada 30 Mei lalu di kawasan belakang gereja kampung itu.

“Suspek tinggal berdekatan rumah remaja itu dan dalam kejadian pertama suspek dikatakan mabuk selepas menghadiri majlis pertunangan kakak mangsa.

“Suspek naik ke bilik mangsa dan merogolnya ketika keluarga mangsa sedang tidur dan suspek sempat keluar daripada rumah mangsa sebelum keluarganya bangun,” katanya di sini hari ini.

Zahari berkata, dalam kejadian kedua pula mangsa dikatakan telah menerima satu khidmat pesanan ringkas (SMS) daripada suspek untuk berjumpa bagi memberikan barang.

“Dalam pertemuan itu, suspek telah membawa remaja terbabit ke belakang gereja sebelum merogolnya,” katanya.

Tambah Zahari, mangsa mendakwa diugut agar tidak membocorkan perkara itu kepada sesiapa sehinggalah remaja tersebut menceritakannya kepada ketua kampung dan ibu bapanya lalu membuat laporan polis.

Katanya, siasatan dilakukan mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan.

[Utusan Malaysia]

Pramugari kena rogol selepas mabuk arak

KUALA LUMPUR 24 Mei - Seorang pramugari berusia 22 tahun yang mahu meraikan kejayaan bersama rakan sekerja selepas mendapatkan pekerjaan tetap bertukar tragedi apabila dia dirogol seorang lelaki tidak dikenali di sebuah hotel di Sentul di sini, kelmarin.

Difahamkan, mangsa dari Kota Bharu, Kelantan, baru memulakan pekerjaannya dengan sebuah syarikat penerbangan sebulan lalu dan dibawa rakannya ke sebuah kelab malam untuk meraikan kejayaannya dan mengajar mangsa untuk bersosial.

Dalam kejadian kira-kira jam 10 malam itu, mangsa yang tidak pernah meminum arak sebelum ini dikatakan hilang kawalan.

Menurut sumber, kesempatan itu digunakan seorang lelaki berusia lingkungan 20-an untuk mendekati mangsa sebelum membawanya yang dalam keadaan mabuk ke sebuah hotel berhampiran.

“Mangsa kemudian dirogol lelaki terbabit sebelum meninggalkan mangsa berseorangan. Kejadian itu hanya disedari mangsa selepas mendapati dia berbogel dalam sebuah bilik hotel, kira-kira jam 10 pagi keesokan harinya.  [Harian Metro]

Samun sebelum rogol 

PASIR GUDANG 14 Mei  - Merogol dengan menyamun terlebih dahulu di persimpangan lampu isyarat menggunakan motosikal bukanlah langkah selamat bagi penjenayah yang melakukan kesalahan ini.

Dua suspek lelaki bagi kes rogol seorang wanita yang telah melakukan kesalahan ini di Seri Alam akhirnya berjaya ditahan pasukan polis Ibu Pejabat Daerah Seri Alam sembilan jam selepas kejadian.

Seorang pengadu yang telah membuat laporan pada 9 Mei lalu jam 2.25 pagi, mengadu mangsa wanita terbabit adalah teman wanitanya, telah disamun di persimpangan lampu isyarat sebelum dirogol di sebuah rumah kosong di Telok Jawa, Seri Alam.

Ketua Polis Daerah Seri Alam, Superintendan Roslan Zainuddin berkata, kejadian berlaku apabila suspek dikatakan menghulurkan pisau kepada mangsa untuk menyamun sebelum membawa mangsa ke rumah terbabit untuk merogol.   [Sinar Harian]


Pramugara dituduh rogol Pramugari

PULAU PINANG 13 Mei – Seorang pramugara, G.Dinesh mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tuduhan merogol rakan sekerjanya.

Tertuduh, 31, yang bekerja dengan syarikat penerbangan tempatan, didakwa merogol gadis berkenaan yang berusia 23 tahun di sebuah rumah bernombor 31-02-04, Pangsapuri Golf View, Solok Bukit Jambul di sini pada pukul 9 pagi, 8 Mei lepas.

Sehubungan itu, dia yang diwakili oleh peguam Jagdeep Singh Deo didakwa mengikut Seksyen 376(2)(b) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 30 tahun dan sebatan.

Hakim Sitarun Nisa Abdul Aziz membenarkan tertuduh diikat jamin RM10,000 dengan seorang penjamin sementara menunggu sebutan kes pada 20 Jun depan. [My News Hub]


Pelajar kolej ditahan rogol remaja

KUALA LUMPUR 12 Mei - Tindakan pantas pihak polis selepas menerima maklumat awam, berjaya menahan seorang pelajar sebuah kolej setelah dipercayai merogol seorang remaja berusia 15 tahun di dalam kereta di tepi jalan Taman Kosas, Ampang, di sini semalam.

Menurut sumber, dalam kejadian kira-kira pukul 12 tengah hari, remaja wanita itu dikatakan sedang berjalan kaki di taman tersebut.

Katanya, suspek yang bersendirian dikatakan telah mengekori mangsa dan memberhentikan kenderaan di hadapan sebelum bertindak menarik remaja terbabit masuk ke dalam keretanya.

"Suspek yang menaiki kereta Toyota Alphard kemudian bertindak merogol mangsa di dalam kenderaan itu," katanya di sini hari ini.

Tambah sumber, salah seorang saksi yang kebetulan melihat mangsa ditarik masuk ke dalam kenderaan itu segera menghubungi pihak polis dan berjaya menahan suspek.

"Suspek kini ditahan reman sehingga 18 Mei ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana merogol," katanya. [Utusan Malaysia]


10 Remaja bawah umur didakwa cabul & rogol gadis di bawah jambatan

KULAIJAYA 12 Mei – Sepuluh remaja bawah umur termasuk empat perempuan dihadapkan ke Mahkamah Majistret Kulaijaya, di sini, semalam berhubung kes mencabul kehormatan dan rogol seorang remaja berusia 13 tahun.

Seorang daripada remaja lelaki berkenaan berusia 15 tahun dituduh melakukan kesalahan di bawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan yang boleh dikenakan penjara 20 tahun atau sebatan jika sabit kesalahan kerana merogol remaja berusia 13 tahun itu.

Tertuduh mengaku melakukan kesalahan itu pada jam 11 malam di bawah jambatan kereta api di Batu 21, berhampiran stesen hentian kereta api di sini, 1 Mei lalu.

Manakala dua remaja lelaki berusia 14 tahun mengaku melakukan kesalahan mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan kerana menggunakan kekerasan terhadap mangsa itu dengan niat untuk mencabul kehormatan.

Seksyen itu memperuntukkan hukuman penjara yang boleh mencapai sehingga 10 tahun atau denda atau sebatan atau mana-mana dua seksaan, jika sabit kesalahan. [Sinar Harian]


Rogol: Guru ditahan bantu siasatan

KUANTAN 9 Mei - Polis menahan seorang guru sekolah menengah di sebuah tanah rancangan Felda di Jengka kerana dipercayai merogol seorang pelajar perempuan tingkatan tiga, Khamis lalu.

Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (Bahagian Siasatan dan Perundangan) negeri, Supritendan Mohd. Haris Daud berkata, suspek berusia 33 tahun dan telah berkahwin serta mempunyai dua anak itu ditahan di rumahnya, semalam.

"Siasatan awal mendapati, sebelum kejadian, suspek dikatakan menelefon ibu mangsa dan meminta pelajar itu datang ke rumahnya untuk menyiapkan kerja sekolah.

"Mangsa kemudian dihantar rakannya ke rumah guru terbabit di kuarters guru sebelum dia dipeluk secara paksa dan dirogol pada Rabu lalu," katanya ketika ditemui di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) di sini hari ini.

Menurut beliau, guru terbabit tinggal bersendirian di kuarters tersebut kerana isteri dan dua anaknya menetap di Kedah.

"Kes ini disiasat di bawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana kesalahan merogol," ujarnya. [Utusan Malaysia]


Guru yoga culik mangsa rogol selepas keluar penjara

KUALA LUMPUR 7 Mei - Seorang guru yoga yang kini dibicarakan di mahkamah atas tuduhan merogol dua gadis yang juga bekas pelajarnya sanggup menculik dua gadis itu sebaik dibebaskan sebelum membuat satu rakaman video dengan memaksa mereka membuat pengakuan kononnya dia tidak bersalah.

Difahamkan, guru yoga berusia 55 tahun bertindak menculik dua remaja itu berikutan takut menerima hukuman yang bakal dijatuhkan ke atasnya.

Sumber polis berkata, guru yoga itu baru dibebaskan dari Penjara Sungai Buloh selepas tiga bulan meringkuk dalam penjara sebelum bertindak mencari semula bekas pelajarnya itu.

“Sebaik dibebaskan, suspek memandu kereta dan menunggu mangsa di kawasan berhampiran sekolah mangsa di Batang Kali.

“Sebaik melihat mangsa yang berusia 15 dan 16 tahun berjalan pulang ke rumah, suspek dengan segera bertindak memaksa mereka masuk ke dalam keretanya dan mengugut akan mencederakan keluarga mangsa jika enggan mengikut arahannya,” katanya.

Sumber berkata, kedua-dua mangsa kemudian dibawa ke rumah suspek di Batu Caves. Sebelum ini, mangsa pernah dikurung di rumah sama. [Harian Metro]


Bomoh dijel rogol anak tiri

IPOH 5 Mei – Seorang bomoh berusia 71 tahun tergamak merogol anak tirinya yang berusia 24 tahun dengan alasan kononnya ingin menurunkan ilmu yang diamalkan kepada gadis tersebut.

Lebih menjijikkan, perbuatan tersebut dipertontonkan kepada ibu mangsa.

Tidak tahan dengan perbuatan tersebut dan ugutan lelaki itu untuk membunuh ibunya, mangsa membuat laporan polis pada 13 Februari tahun lalu menyebabkan bapa tirinya ditahan polis.

Hari ini, warga emas itu yang bekerja sebagai penoreh getah menerima pembalasan apabila dihukum penjara 15 tahun oleh Mahkamah Sesyen di sini selepas disabitkan kesalahan merogol anak tirinya itu.

Hakim Noor Hayati Mat menjatuhkan hukuman itu setelah lelaki tersebut didapati bersalah merogol mangsa pada pukul 1 pagi, 2 Februari 2010 di rumahnya di Kampung Changkat Tin, Tanjung Tualang, Batu Gajah dekat sini. [Utusan Malaysia]


5 dituduh rogol, seks luar tabii gadis bawah umur

KUALA TERENGGANU 22 April - Lima lelaki, termasuk tiga tertuduh juvana dihadapkan di dua mahkamah berasingan semalam, atas pertuduhan merogol dan melakukan hubungan luar tabii terhadap seorang gadis berusia 14 tahun di sebuah rumah di Dungun, Mac lalu.

Dalam pertuduhan pertama, dua rakan karib mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini, semalam atas tuduhan memasukkan kemaluan ke dalam mulut mangsa pada 13 Mac lalu.

Mohd Syafiq Radin, 19, berasal dari Jalan Teratai, Dungun dan rakannya, Mohd Suhaimi Md Said, 22, dari Jalan Sultan Sulaiman, Dungun didakwa memasukkan zakar ke dalam mulut mangsa antara jam 12.01 pagi dan 2 pagi.



Bomoh didakwa rogol pesakit

KLANG 12 April - Seorang bomoh dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini, hari ini atas tiga tuduhan rogol dan dua tuduhan melakukan persetubuhan dengan memperdaya pesakit-pesakitnya, sejak tiga tahun lalu.

Meswan Tujut, 42, mengaku tidak bersalah atas semua pertuduhan tersebut yang dibacakan kepadanya secara berasingan di hadapan Hakim Sharidah Awang dan Hakim Siti Noraida Sulaiman.

Dia didakwa merogol wanita berusia 21 tahun di sebuah rumah di Sungai Nibong, Sekinchan dekat sini pada pukul 8 malam, September tahun lalu.

Dia juga didakwa merogol dua mangsa lain, masing-masing berusia 13 dan 15 tahun di sebuah rumah di Sungai Udang, Klang di sini antara pukul 1 petang dan 3 petang, antara April dan Oktober 2008. [Utusan Malaysia]


Bomoh disyaki rogol pelajar

KUBANG PASU 8 April – Seorang bomoh dari Simpang Kemboja, Ayer Hitam di sini ditahan polis kelmarin kerana disyaki merogol seorang pelajar tingkatan lima yang menjalani rawatan menghalau hantu dari dalam tubuhnya di rumah pengamal perubatan tradisional itu Selasa lalu.

Timbalan Ketua Polis Daerah, Deputi Supritendan Ibrahim Mohd. Yusuf (gambar) berkata, mangsa pergi ke rumah bomoh tersebut bersama ibu bapanya kira-kira pukul 7 malam Isnin lalu dan bomoh tersebut memberitahu bahawa ada hantu yang menumpang tubuh pelajar tersebut.

“Bomoh tersebut menyuruhnya datang semula keesokan harinya bagi menerima rawatan susulan,” ujarnya ketika ditemui di Ibu Pejabat Polis Daerah Kubang Pasu, di sini hari ini.

Menurut Ibrahim, apabila datang semula ke rumah bomoh itu, pelajar tersebut diarahkan untuk masuk ke dalam bilik bersama lelaki berusia 36 tahun itu manakala ibu bapa pelajar tersebut menunggu di ruang tamu.

“Ketika kejadian, isteri bomoh tersebut berada di dapur dan selepas kejadian rogol berlaku, pelajar tersebut menceritakan kejadian tersebut kepada ibu bapanya. [Utusan Malaysia]


Statistik kes rogol bawah umur lebih tinggi

KUALA LUMPUR 14 Mac - Statistik Polis Diraja Malaysia (PDRM) menunjukkan jumlah kes rogol yang melibatkan mangsa bawah umur adalah lebih tinggi bagi tempoh 2000 hingga 2010 berbanding kes yang melibatkan mangsa bukan bawah umur.

Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Wira Abu Seman Yusop berkata, bagi tempoh lima tahun sejak 2005, sebanyak 9,575 kes rogol melibatkan mangsa di bawah umur direkodkan oleh PDRM. [Utusan Malaysia]


2 penuntut IPTA dicari bantu siasatan kes rogol

KANGAR 25 Feb. - Polis mencari dua penuntut lelaki di institusi pengajian tinggi awam (IPTA) di negeri ini bagi membantu siasatan kes rogol seorang pelajar perempuan dari IPTA yang sama di sini pada 15 Februari lalu.

Kedua-dua mereka ialah Muhammad Naim Mohd. Kamaruzzaman, 19, dari Kampung Banggol Kemian Paloh Rawa, Machang, Kelantan dan Ahmad Amirul Amin Rosely, 19, dari Jalan Raja Dewa Hilir, Kota Bharu, Kelantan.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Supritendan Mohd. Nashir Ya berkata, mereka adalah antara tujuh pelajar dari dua IPTA di negeri ini yang dipercayai mengetahui kejadian kes rogol pelajar perempuan yang juga merupakan rakan mereka. [Utusan Malaysia]



Lelaki 89 tahun didakwa rogol cucu 10 tahun di kandang lembu

KOTA BHARU 10 Feb. - Seorang warga emas berusia 89 tahun dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tuduhan melakukan sumbang mahram terhadap cucunya berusia 10 tahun enam bulan di sebuah kandang lembu, pada Ogos tahun lalu.

Lelaki itu bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan tersebut dibacakan kepadanya di hadapan Hakim Zainal L. Saleh.

Dia didakwa merogol cucunya di sebuah kandang lembu di rumah tanpa nombor di sebuah kampung dekat Pasir Puteh di sini kira-kira pukul 9 malam, 25 Ogos tahun lalu.

Tertuduh yang ditangkap pada 15 September 2010 didakwa di bawah Seksyen 376(3) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara minimum lapan tahun dan maksimum 30 tahun serta sebatan sehingga 10 kali. [Utusan Malaysia]



80 tahun penjara, 40 sebatan akibat rogol anak sendiri

KUALA LUMPUR 2 Feb. - "Tugas bapa melindungi dan menjaga anak, sebaliknya kamu telah merosakkan masa depan zuriat sendiri."

Demikian kata Hakim Mahkamah Sesyen di sini, sebelum menjatuhkan hukuman penjara berjumlah 80 tahun dan sebatan 40 kali ke atas seorang peniaga gerai makan yang mengaku bersalah atas empat tuduhan melakukan sumbang mahram terhadap anaknya, tahun lalu.

Mohamad Sekeri Mamat memerintahkan bapa sembilan anak itu menjalani hukuman penjara secara berasingan bermula dari tarikh ditangkap pada 27 Januari lalu.

Tertuduh yang berusia 47 tahun itu hanya menundukkan kepalanya selepas mendengar hukuman, seperti tiada apa yang berlaku.

Mengikut pertuduhan, dia didakwa merogol anak kelimanya berusia 15 tahun di rumah mereka di Cheras pada pukul 2 petang, 23 Januari lalu. [Utusan Malaysia]



Akan di update dari semasa ke semasa insyaAllah .......

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih :)

Kategori

Air terjun (9) Ajaib (22) Al-Hadits dan Sains (2) Alam sekitar (11) AlQuran dan Sains (38) Angkasalepas (51) Animasi GIF (3) Antik (8) Aqidah (12) Arkeologi (21) Astronomi (47) Bala bencana (41) Batu kalimah (4) Batu permata (23) Biar betul (113) Biologi (2) Bionik (4) Budaya (5) Cinemagraph (3) Dajjal (2) Download (1) Duit (37) Duit Kertas (15) Duit Syiling (25) Dunia Hiburan (129) Ekonomi Dunia (20) Ensaiklopedia (55) Foto (345) Freemason (2) Freeware (3) Gempa bumi (7) Geologi (6) Gerhana bulan (1) GIF animation (3) Grafik 3D (3) Halimunan (3) Hamas (8) Hantu (58) High speed video (6) Iblis (13) Illuminati (27) Imam empat mazhab (5) Indeks batu permata (1) Indeks duit (2) Indeks kad telefon (1) Indeks sampul duit raya (1) Indeks setem (1) Internet (94) Jalan-jalan (56) Jenayah (121) Jin (56) Kad telefon (3) Kamera (21) Kamera digital (16) Kata-kata hikmah (28) Kemalangan (58) Kematian (55) Kesihatan dan Perubatan (202) Ketenteraan (46) Kiamat (7) Kisah akhir zaman (2) Klasik (61) Kristologi (88) Landskap (111) Makanan dan minuman (17) Makro (6) Manipulasi Foto (6) Metafizik (6) Misteri (59) Motivasi (34) Muzium mini (65) Paleontologi (1) Palestine (50) Paranormal (48) Penggodam (23) Perang (31) Perkahwinan (22) Pernikahan (18) Perubatan Islam (4) Polis (9) Politik (132) Politik dunia (49) Puisi (6) Rekod (102) Robotik (27) Sains (60) Sampul duit raya (5) Scam (5) Sedih (46) Sejarah (29) Sejarah Islam (16) Sejarah kuno (4) Selebriti meninggal (12) Seni (6) Seni beladiri (1) Senibina (21) Serangga (15) Sukan (43) Syiah (15) Syirik (1) Syria (41) Teknologi (248) Teknologi Nano (8) Teori konspirasi (181) Time lapse (39) Timur Tengah (177) Tumbuhan (37) UFO (39) Ulama meninggal dunia (2) Video (328) Wallpaper Islamik (40) Yahudi (10) Zionis (20)

Unikversiti Designed by Templateism.com & Copy Blogger Themes

Imej tema oleh blue_baron. Dikuasakan oleh Blogger.