Berita Terkini

Tikus gergasi makan 2 orang bayi manusia

Tikus gergasi Afrika makan bayi
Tikus-tikus gergasi sebesar kucing mengganas di kawasan bandar kotor di Afrika Selatan, hinggakan telah membunuh 2 orang bayi manusia dalam serangan yang berasingan.

Lunathi Dwadwa, 3, dibunuh ketika tidur di pondok ibubapanya di kawasan perumahan orang miskin Khayelitsha, luar Cape Town. Dan seorang bayi lagi dibunuh di bandar Soweto berhampiran Johannesburg hari yang sama.

Lunathi Dwadwa

Ketika ibu kepada Lunathi menemui mayat anak yang sudah tak bernyawa itu, dia melihat bahawa mata anak perempuannya telah dicungkil keluar.

Bukiswa Dwadwa, 27, berkata: "Saya tidak boleh lupa bagaimana hodoh rupa anak saya selepas matanya dirobek."

"Dia dimakan dari bulu kening ke pipinya, mata yang lainnya bergantungan oleh sepotong daging."

Ayahnya Mncedisi Mokoena mengatakan polis mengatakan kepadanya: "Tidak ada yang boleh melakukan sedemikian kecuali tikus."

Bulan lalu, nenek berusia 77 tahun, Nomathemba Joyi, mati setelah dikunyah tikus raksasa dari sisi kanan wajahnya.

Warga miskin kota-kota Afrika Selatan berkata, tikus raksasa membesar hingga tiga kaki panjang, termasuk ekor mereka, dan mempunyai gigi depan yang lebih dari satu inci panjang.

Suspek dalam serangan bayi dipercayai tikus Afrika jenis 'Giant Pouched', suatu spesies yang hampir sama dengan yang di UK, tapi asli ke sub-Sahara Afrika - dan yang terbesar di dunia.

Mereka aktif di malam hari, jenis omnivor dan dapat melahirkan hingga 50 ekor anak setahun. Beberapa puak membiak mereka untuk makanan.

Mereka membiak di bandar-bandar kecil yang kondisinya kotor dengan memakan lebih-lebihan sampah sarap yang terbiar.


[Dailymail.co.uk]

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih :)

Kategori

Air terjun (9) Ajaib (22) Al-Hadits dan Sains (2) Alam sekitar (11) AlQuran dan Sains (38) Angkasalepas (51) Animasi GIF (3) Antik (8) Aqidah (12) Arkeologi (21) Astronomi (47) Bala bencana (41) Batu kalimah (4) Batu permata (23) Biar betul (113) Biologi (2) Bionik (4) Budaya (5) Cinemagraph (3) Dajjal (2) Download (1) Duit (37) Duit Kertas (15) Duit Syiling (25) Dunia Hiburan (129) Ekonomi Dunia (20) Ensaiklopedia (55) Foto (345) Freemason (2) Freeware (3) Gempa bumi (7) Geologi (6) Gerhana bulan (1) GIF animation (3) Grafik 3D (3) Halimunan (3) Hamas (8) Hantu (58) High speed video (6) Iblis (13) Illuminati (27) Imam empat mazhab (5) Indeks batu permata (1) Indeks duit (2) Indeks kad telefon (1) Indeks sampul duit raya (1) Indeks setem (1) Internet (94) Jalan-jalan (56) Jenayah (121) Jin (56) Kad telefon (3) Kamera (21) Kamera digital (16) Kata-kata hikmah (28) Kemalangan (58) Kematian (55) Kesihatan dan Perubatan (202) Ketenteraan (46) Kiamat (7) Kisah akhir zaman (2) Klasik (61) Kristologi (88) Landskap (111) Makanan dan minuman (17) Makro (6) Manipulasi Foto (6) Metafizik (6) Misteri (59) Motivasi (34) Muzium mini (65) Paleontologi (1) Palestine (50) Paranormal (48) Penggodam (23) Perang (31) Perkahwinan (22) Pernikahan (18) Perubatan Islam (4) Polis (9) Politik (132) Politik dunia (49) Puisi (6) Rekod (102) Robotik (27) Sains (60) Sampul duit raya (5) Scam (5) Sedih (46) Sejarah (29) Sejarah Islam (16) Sejarah kuno (4) Selebriti meninggal (12) Seni (6) Seni beladiri (1) Senibina (21) Serangga (15) Sukan (43) Syiah (15) Syirik (1) Syria (41) Teknologi (248) Teknologi Nano (8) Teori konspirasi (181) Time lapse (39) Timur Tengah (177) Tumbuhan (37) UFO (39) Ulama meninggal dunia (2) Video (328) Wallpaper Islamik (40) Yahudi (10) Zionis (20)

Unikversiti Designed by Templateism.com & Copy Blogger Themes

Imej tema oleh blue_baron. Dikuasakan oleh Blogger.