Alhamdulillah, nampak gaya macam dah bertudung penuh Siti sekarang. Sebelum ini biasa dengan tudung-tudung gurauan yang masih menampakkan sedikit rambut huhu. Apa-apa pun semoga Siti Nurhaliza dapat maintain dengan bertudung penuh ini, amin.
Dari laporan mStar yang terbaru, nampaknya Siti meluahkan isi hatinya yang merasa tidak lengkap jika tidak menunaikan umrah ke Mekah setiap kali datangnya bulan Ramadhan. Katanya, dia mula merindui Mekah selepas kali pertama menjejakkan kaki pada tahun 1997 kerana merasakan banyak ketenangan dapat diperolehi apabila melakukan umrah.
Bagaimana tidak tenangnya jika berada di tanah suci yang dimuliakan oleh Allah s.w.t. Dan secara saintifiknya pun , berada di kota Mekah terutamanya berdekatan Kaabah boleh menenangkan jiwa. Untuk mengetahui lebih lagi sila baca Rahsia Mekah dan nombor 1.618.
Siti telah mengerjakan haji pada awal tahun 2008. Penyanyi yang popular dengan lagu Tahajjud Cinta dan Destinasi Cinta itu akan mengerjakan umrah bersama-sama suaminya, Datuk Seri Khalid Muhd Jiwa pada 19 Ogos sehingga 28 Ogos ini.
Siti menyampaikan sumbangan duit raya kepada anak yatim dari Rumah Anak Yatim Gombak.
Biarpun sibuk dengan pelbagai aktiviti sepanjang Ramadhan ini di samping mempromosikan SimplySiti, dia tetap berkesempatan untuk melakukan umrah.
Setiap kali ke sana, Siti sering mendoakan keberkatan dalam kehidupannya serta perkahwinan yang berkekalan sehingga akhir hayat.
Bacaan selanjutnya di mStar Online .......
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Terima kasih :)