Syok juga membaca kisah saudari Leia Azzahra Justin ni. Alhamdulillah kerana beliau telah mendapat sinar Islam dan kembali ke jalan yang benar. Sebelum mendapat hidayah, boleh tahan juga nampaknya benci beliau pada Islam.
Memang begitulah biasanya persepsi umat Kristian terutamanya umat Kristian di barat terhadap Islam. Dari kecil lagi mereka diajar bahawa Islam ini ganas, suka berperang, Nabi Muhammad seorang pembunuh, kaki perempuan, seleweng terhadap kanak-kanak perempuan, pembawa ajaran sesat dan sebagainya.
Memang begitulah biasanya persepsi umat Kristian terutamanya umat Kristian di barat terhadap Islam. Dari kecil lagi mereka diajar bahawa Islam ini ganas, suka berperang, Nabi Muhammad seorang pembunuh, kaki perempuan, seleweng terhadap kanak-kanak perempuan, pembawa ajaran sesat dan sebagainya.
Media-media barat terutamanya mempengaruhi jiwa dan sanubari umat Kristian dengan sentiasa menyogok berita-berita yang ganas dan tidak berperikemanusiaan dari orang-orang Islam. Sedangkan mereka tidak tahu HAKIKAT ISLAM yang sebenar. Kalau lah mereka tahu hakikat Islam dan hakikat tentang Nabi Muhammad S.a.w yang sebenar, insyaAllah mereka semua akan peluk agama Islam dengan hati yang lapang.
Maka tugas kita sebagai orang Islam juga sebenarnya untuk berdakwah dan mengajak mereka-mereka yang belum beriman agar beriman dengan Allah S.w.t dan mengakui Nabi Muhammad S.a.w adalah utusanNya dan pembawa Kitab Perjanjian Terakhir.
Maka tugas kita sebagai orang Islam juga sebenarnya untuk berdakwah dan mengajak mereka-mereka yang belum beriman agar beriman dengan Allah S.w.t dan mengakui Nabi Muhammad S.a.w adalah utusanNya dan pembawa Kitab Perjanjian Terakhir.
Mari kita ikuti berita dari My News Hub ini berkenaan kisah Leia AzZahra Justin dan rakan-rakan muallaf nya yang lain, dan mereka akan muncul di TV AlHijrah nanti. Boleh lah sama-sama kita menonton, dan mengambil pengiktibaran serta menyebarkan mana-mana yang baik darinya. Islam akan kembali gemilang.
KUALA LUMPUR – Meskipun pernah membenci Islam, namun segalanya berubah buat Leia Azzahra Justin apabila ia bertukar kepada rasa cinta dan sayang kepada agama suci itu.
Menurut Leia, dia dibesarkan di dalam sebuah keluarga Kristian yang berpecah belah dan telah ditanam di dalam dirinya untuk membenci Islam sejak kecil serta menyifatkan Islam sebagai sebuah agama yang ‘ganas’.
“Saya begitu membenci Islam dan menyifatkan Rasulullah sebagai pencetus keganasan, sekiranya baginda masih hidup, saya ingin membunuhnya.
“Namun, hati saya bertukar menjadi kasih kepada Muhammad SAW setelah saya didatangi mimpi mendengar seruan azan, dan melalui Al-Quran serta pembacaan buku-buka agama, terus terang, saya akhirnya jatuh cinta pada agama ini dan Rasulnya,” katanya yang ditemui di gerai pameran TV Al-Hijrah di Karnival Inovasi Islam, Masjid Negara di sini hari ini.
Leia adalah salah seorang daripada tujuh orang kumpulan artis baru yang menggelarkan diri mereka Studio Muallaf yang bakal berkongsi pengalaman, pahit manis, getir perjalanan hidup sebagai seorang saudara baru bersama rakan-rakan lain iaitu James Vernon Burge (JV), Rivesh Kumar Daniel, Robby, Alex Koh Kee Kiat, Ustaz Ng dan pengasas kumpulan Studio Muallaf, XiFu.
Bagi pengasas kumpulan tersebut, XiFu, Islam adalah sebuah agama yang penuh dengan keajaiban dan bukannya sebuah agama warisan di mana ajarannya begitu mudah serta senang diamalkan oleh sesiapa sahaja.
Kumpulan yang sudah berusia dua tahun ini bakal berbicara dan menonjolkan konsep ‘aktivis artis Islam’ kepada seluruh umat Islam sebagai sebuah anjakan paradigma dengan menekankan Islam sebagai cara hidup yang sempurna bagi industri hiburan tanahair.
James Vernon atau nama Islamnya, Mohd Nur Hafizuddin berkata, pelbagai cerita suka dukanya akan dikongsi bersama penonton di program tersebut mengenai dirinya setelah memeluk agama Islam.
Menurutnya yang merupakan bekas penyanyi kumpulan X-Factor dengan nama ‘Ivans’ itu, kontrak rakaman album dan pelbagai kontrak lumayan lain pernah ditarik balik setelah dia berstatus ‘Muslim’.
Bagi Divesh yang terpaksa menyembunyikan keIslamannya selama 10 tahun dari pengetahuan keluarganya pula bakal berkongsi cerita mengenai dirinya yang menerima pelbagai dugaan dan ugutan setelah memeluk agama Islam.
Bagaimanapun, menurutnya, segala cabaran itu tidak pernah membuatkan semangatnya luntur dari terus mendalami Islam dan memahami agama itu bersama rakan-rakannya yang lain.
Bagi Robby yang pernah menganggotai kumpulan pendakwah Kristian pula, setelah meneliti, berhujah dan berdebat dengan pelbagai pihak, termasuk paderi gereja Roman Katolik, jiwanya begitu tenteram dan meyakini bahawa Islam adalah satu-satunya agama yang ‘syumul’ dan tiada cacat celanya.
“Saya telah mengkaji Injil dan memperbandingkannya dengan Al-Quran, sirah Rasulullah serta ajaran baginda, ternyata Islam yang dibawa Muhammad SAW itu lebih jelas serta benar belaka”, katanya dengan penuh yakin.
Menurut pembantu penerbit program itu, Mohd Azhar Adnan, TV AlHijrah akan menerbitkan program yang juga bertajuk Studio Muallaf tidak lama lagi
Ia akan menampilkan sekumpulan ‘saudara baru’ yang bakal berkongsi cerita, pengalaman dan cabaran yang mereka lalui disepanjang perjalanan hidup mereka sebelum bergelar muslim hingga memeluk agama Islam.
Studio Muallaf bakal ditayangkan di TV Alhijrah pada Jun ini setiap hari Sabtu pukul jam 11 malam.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Terima kasih :)