Berita Terkini

Taktik baru pelacuran dalam ladang kelapa sawit

Jabatan Imigresen mengesahkan kegiatan pelacuran wanita warga China di restoran atau pusat hiburan dalam kawasan ladang kelapa sawit merupakan taktik terbaru sindiket haram itu bagi mengaburi mata pihak berkuasa.

Timbalan Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Raja Mohammad Raja Ismail berkata, taktik itu digunakan kerana lokasi-lokasi panas seperti hotel atau pusat hiburan di dalam kota sentiasa menjadi tumpuan pihak berkuasa.

''Kita ada menerima laporan berhubung penyeludupan wanita warga China yang menjalankan kegiatan pelacuran di pinggir-pinggir kota termasuk di Sepang.

''Ia seperti satu trend baru iaitu sindiket cuba menjalankan kegiatan haram mereka jauh daripada kota seperti yang berlaku di Permatang Pasir Kelanang yang terletak dalam ladang kelapa sawit.

''Tindakan sindiket itu menyusahkan pihak berkuasa untuk melakukan pemantauan dan risikan, malah mereka terpaksa meredah jalan-jalan untuk masuk ke ladang terbabit yang agak mencabar,'' katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Kelmarin, polis menyerbu sebuah restoran di Permatang Pasir Kelanang dan menahan empat wanita warga China yang bekerja sebagai GRO di premis terbabit.

Ketika serbuan, kesemua suspek yang berusia lingkungan 30-an cuba melarikan diri dengan bersembunyi di ladang kelapa sawit itu.

Polis percaya wanita berkenaan turut menawarkan khidmat seks kepada pelanggan.

Dalam pada itu, Raja Mohammad memberitahu, sindiket penyeludupan wanita warga asing biasanya didapati menyalah guna pas lawatan sosial mereka.

''Memang kita alu-alukan pelancong dari mana-mana negara untuk memasuki negara ini.

''Mereka bagaimanapun masuk ke negara ini secara sah tetapi menyalahgunakan pas lawatan sosial yang diberi,'' katanya.

Beliau memberitahu, pihaknya akan menyiasat status kemasukan empat wanita warga China yang ditahan ketika menawarkan khidmat seks di restoran ladang kelapa sawit malam kelmarin.

''Kita akan siasat kemungkinan mereka menggunakan pas lawatan sosial atau pas pelajar untuk masuk ke negara ini.

''Kebanyakan kes yang disiasat mendapati sindiket itu tinggal di negara ini lebih daripada tempoh yang dibenarkan untuk menjalankan kegiatan tidak bermoral itu,'' katanya.


Oleh WAN NOOR HAYATI WAN ALIAS
pengarang@utusan.com.my


Sumber - Utusan Malaysia

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih :)

Kategori

Air terjun (9) Ajaib (22) Al-Hadits dan Sains (2) Alam sekitar (11) AlQuran dan Sains (38) Angkasalepas (51) Animasi GIF (3) Antik (8) Aqidah (12) Arkeologi (21) Astronomi (47) Bala bencana (42) Batu kalimah (4) Batu permata (23) Biar betul (113) Biologi (2) Bionik (4) Budaya (5) Cinemagraph (3) Dajjal (2) Download (1) Duit (37) Duit Kertas (15) Duit Syiling (25) Dunia Hiburan (129) Ekonomi Dunia (20) Ensaiklopedia (55) Foto (345) Freemason (2) Freeware (3) Gempa bumi (7) Geologi (6) Gerhana bulan (1) GIF animation (3) Grafik 3D (3) Halimunan (3) Hamas (8) Hantu (79) High speed video (6) Iblis (13) Illuminati (27) Imam empat mazhab (5) Indeks batu permata (1) Indeks duit (2) Indeks kad telefon (1) Indeks sampul duit raya (1) Indeks setem (1) Internet (94) Jalan-jalan (56) Jenayah (121) Jin (62) Kad telefon (3) Kamera (21) Kamera digital (16) Kata-kata hikmah (28) Kemalangan (58) Kematian (55) Kesihatan dan Perubatan (202) Ketenteraan (46) Kiamat (7) Kisah akhir zaman (2) Klasik (61) Kristologi (65) Landskap (111) Makanan dan minuman (17) Makro (6) Manipulasi Foto (6) Metafizik (6) Misteri (59) Motivasi (34) Muzium mini (65) Paleontologi (1) Palestine (50) Paranormal (74) Penggodam (23) Perang (31) Perkahwinan (22) Pernikahan (18) Perubatan Islam (4) Polis (9) Politik (132) Politik dunia (49) Puisi (6) Rekod (102) Robotik (27) Sains (60) Sampul duit raya (5) Scam (5) Sedih (46) Sejarah (29) Sejarah Islam (16) Sejarah kuno (4) Selebriti meninggal (12) Seni (6) Seni beladiri (1) Senibina (21) Serangga (15) Sukan (43) Syiah (15) Syirik (1) Syria (41) Teknologi (248) Teknologi Nano (8) Teori konspirasi (181) Time lapse (39) Timur Tengah (177) Tumbuhan (37) UFO (39) Ulama meninggal dunia (2) Video (335) Wallpaper Islamik (40) Yahudi (10) Zionis (20)

Unikversiti Designed by Templateism.com & Copy Blogger Themes

Imej tema oleh blue_baron. Dikuasakan oleh Blogger.