Cara Hidup

Konspirasi

Dunia Islam

Kisah Nabi dan Sahabat

Kisah umat dahulu

Sains

Foto

» » Kisah Rasulullah diperlihatkan buah anggur yang ada dalam Syurga

buah anggur
Di dalam kitab Shahihain (Bukhari dan Muslim) disebutkan hadits Ibnu Abbas tentang masalah shalat gerhana matahari, yang di dalamnya antara lain disebutkan bahawa mereka (para sahabat) bertanya, "Wahai Rasulullah, kami melihat engkau meraih sesuatu dari tempatmu itu, kemudian kami lihat engkau mundur." Maka Rasulullah S.a.w. menjawab; 

"Sesungguhnya aku melihat syurga lalu aku berniat memetik setangkai anggur darinya. Seandainya aku benar-benar memetiknya, nescaya kalian akan makan sebahagian darinya selama dunia ini masih ada."

Al-Hafidz Abu Ya'la mengatakan, telah menceritakan kepada kami Abu Khaisamah, telah menceritakan kepada kami Abdullah ibnu Ja'far, telah menceritakan kepada kami Ubaidillah, telah menceritakan kepada kami Abu Uqail, dari Jabir r.a yang mengatakan, "Ketika kami dalam shalat Zohor, tiba-tiba Rasulullah S.a.w maju ke depan, kemudian Rasulullah S.a.w meraih sesuatu seakan-akan hendak mengambilnya, tetapi setelah itu beliau mundur kembali. Setelah shalat selesai, Ubay ibnu Ka'b bertanya kepada beliau, "Wahai Rasulullah, pada hari ini engkau telah melakukan sesuatu dalam shalat yang belum pernah kami lihat engkau melakukannya sebelum itu." Maka Rasulullah S.a.w. menjawab;

"Sesungguhnya syurga ditampilkan kepadaku dan semua bunga serta pohonnya yang hijau, maka aku bermaksud hendak memetik setangkai buah anggur darinya untuk diberikan kepada kalian, tetapi antara aku dan buah anggur ada penghalang. Seandainya aku dapat mendatangkannya buat kalian, tentulah semua makhluk yang ada di antara langit dan bumi dapat memakannya tanpa menguranginya."

Imam Muslim meriwayatkan melalui hadits AbuzZubair, dari Jabir yang berkedudukan sebagai syahid (bukti) bagi sebahagiannya. Dari Atabah ibnu Abdus Salma, disebutkan bahawa ada seorang Badwi bertanya kepada Nabi S.a.w tentang syurga. Dia bertanya, "Apakah di dalam syurga ada buah anggur?" Nabi S.a.w menjawab, "Ya." Lelaki Badwi bertanya, "Sebesar apakah tangkai buah anggurnya?" Rasulullah S.a.w menjawab, "Besarnya sama dengan perjalanan satu bulan bagi burung gagak yang hitam legam (bila terbang) tanpa berhenti." Hadits ini merupakan riwayat Imam Ahmad. Imam Tabrani mengatakan, telah menceritakan kepada kami Mu'az ibnul Musanna, telah menceritakan kepada kami Ali ibnul Madini, telah menceritakan kepada kami Raihan ibnu Sa'id, dari Abbad ibnu Mansur, dari Ayyub, dari Abu Qilabah, dari Abu Asma, dari Sauban yang mengatakan bahawa Rasulullah S.a.w pernah bersabda;

"Sesungguhnya seseorang apabila memetik sebiji buah dari syurga, maka tumbuh lagi buah lain yang menggantikan kedudukannya."

Dari Jabir ibnu Abdullah, disebutkan bahawa Rasulullah S.a.w pernah bersabda; "Penduduk syurga makan dan minum tanpa mengeluarkan hingus, tanpa buang air besar dan tanpa buang air kecil, makanan mereka (dikeluarkan melalui) sendawa yang baunya wangi seperti minyak kasturi, dan mereka diilhami untuk bertasbih dan bertaqdis (mensucikan Allah) sebagaimana mereka diilhami untuk bernafas."  Hadits ini adalah riwayat Imam Muslim.

Imam Ahmad dan Imam Nasai meriwayatkan melalui hadits Al-A'masy, dari Tamam ibnu Uqbah; dia pernah mendengar Zaid ibnu Arqam mengatakan bahawa seorang lelaki dari kalangan ahli kitab pernah datang, lalu bertanya, "Wahai Abul Qasim, engkau menduga bahawa penduduk syurga makan dan minum?"

Rasulullah S.a.w menjawab; "Ya, demi Tuhan yang jiwa Muhammad berada di dalam genggaman kekuasaan-Nya, sesungguhnya seseorang dari penduduk syurga benar-benar diberi kekuatan seratus orang lelaki dalam hal makan, minum, bersetubuh, dan syahwat (berahi)"

Lelaki ahli kitab bertanya, "Sesungguhnya orang yang makan dan minum itu tentunya akan membuang hajat, sedangkan di dalam syurga tidak terdapat kotoran."

Rasulullah S.a.w menjawab; "Hajat seseorang dari mereka berupa keringat yang keluar dari kulit mereka, baunya wangi seperti minyak kasturi, lalu perut mereka mengempis (mengecil)." (Riwayat Ahmad dan Nasai) 

Al-Hasan ibnu Arafah mengatakan, telah menceritakan kepada kami Khalaf ibnu Khalifah, dari Humaid ibnul A'raj, dari Abdullah ibnul Haris, dari Abdullah ibnu Mas'ud r.a yang mengatakan bahawa Rasulullah S.a.w pernah bersabda kepadanya; "Sesungguhnya kamu benar-benar memandang seekor burung di syurga, maka burung itu jatuh terguling di hadapanmu dalam keadaan telah terpanggang (siap untuk dimakan)."

Di dalam sebahagian hadits disebutkan bahawa apabila seseorang telah memakannya, maka burung panggang itu kembali berwujud burung dan terbang seperti sediakala dengan izin Allah S.w.t.


[Imam Ibnu Katsir - Tafsir Ibnu Katsir, Surah ar-Ra'd, ayat 35]


«
Next
Catatan Terbaru
»
Previous
Catatan Lama


Artikel berkaitan:

Tiada ulasan:

Leave a Reply

Terima kasih :)

Kategori

Air terjun (8) Ajaib (22) Alam sekitar (10) Angkasalepas (51) Animasi GIF (3) Antik (8) Aqidah (13) Arkeologi (21) Astronomi (48) Bala bencana (41) Batu kalimah (4) Batu permata (23) Biar betul (112) Biologi (2) Bionik (4) Budaya (5) Cinemagraph (3) Dajjal (2) Download (2) Duit (37) Duit Kertas (15) Duit Syiling (24) Dunia Hiburan (127) Ekonomi Dunia (20) Ensaiklopedia (55) Foto (346) Freemason (2) Freeware (3) Gempa bumi (7) Geologi (6) Gerhana bulan (1) GIF animation (3) Grafik 3D (3) Halimunan (3) Hamas (8) Hantu (52) High speed video (6) Iblis (13) Illuminati (26) Imam empat mazhab (5) Indeks batu permata (1) Indeks duit (2) Indeks kad telefon (1) Indeks sampul duit raya (1) Indeks setem (1) Internet (91) Jalan-jalan (56) Jenayah (121) Jin (35) Kad telefon (3) Kamera (21) Kamera digital (16) Kata-kata hikmah (28) Kemalangan (57) Kematian (55) Kesihatan dan Perubatan (191) Ketenteraan (46) Kiamat (7) Kisah akhir zaman (2) Klasik (59) Kristologi (47) Landskap (110) Makanan dan minuman (17) Makro (6) Manipulasi Foto (6) Metafizik (5) Misteri (59) Motivasi (34) Muzium mini (65) Paleontologi (1) Palestine (49) Paranormal (28) Penggodam (23) Perang (31) Perkahwinan (22) Pernikahan (19) Perubatan Islam (5) Polis (9) Politik (130) Politik dunia (49) Puisi (6) Rekod (101) Robotik (27) Sains (60) Sampul duit raya (5) Scam (5) Sedih (46) Sejarah (29) Sejarah Islam (16) Sejarah kuno (4) Selebriti meninggal (12) Seni (5) Seni beladiri (1) Senibina (21) Serangga (15) Sukan (42) Syiah (15) Syirik (1) Syria (41) Teknologi (241) Teknologi Nano (7) Teori konspirasi (163) Time lapse (39) Timur Tengah (175) Tumbuhan (36) UFO (39) Ulama meninggal dunia (2) Video (291) Wallpaper Islamik (39) Yahudi (10) Zionis (20)