Berita Terkini

Kisah Nabi Ibrahim menguji Menantunya

Kisah Nabi Ibrahim menguji Menantunya
....... bersambung dari tajuk Kisah Nabi Ibrahim meninggalkan isteri dan anaknya di lembah yang tandus

Setelah Nabi Ismail a.s kahwin, Nabi Ibrahim a.s datang menjenguk keluarga yang ditinggalkannya, tetapi ternyata dia tidak menjumpai Ismail. Lalu dia menanyakannya kepada isterinya, maka isteri Ismail menjawab, "Suamiku sedang keluar mencari nafkah buat kami." Kemudian Nabi Ibrahim bertanya kepada isteri Ismail tentang penghidupan dan keadaan mereka. Isteri Ismail menjawab, "Kami dalam keadaan buruk, hidup kami susah dan keras." Ternyata dia mengemukakan keluhannya kepada Nabi Ibrahim. 

Nabi Ibrahim menjawab, "Apabila suamimu datang, sampaikan-lah salamku kepadanya dan katakanlah kepadanya agar dia menukar bingkai pintunya." 

Lalu Ismail datang dengan penampilan seakan-akan sedang merindukan sesuatu. Dia berkata, "Apakah telah datang seseorang kepadamu?" Isterinya menjawab, "Ya, telah datang kepadaku seorang tua yang ciri-cirinya anu dan anu, lalu dia menanyakan kepadaku tentang keadaan-mu. maka aku ceritakan segalanya kepadanya. Dia menanyakan kepadaku tentang kehidupan kita. Maka aku katakan kepadanya bahawa kita hidup sengsara dan keras." Ismail bertanya, "Apakah dia memesankan sesuatu kepadamu?" Isterinya menjawab, "Ya, dia berpesan kepadaku untuk menyampaikan salamnya kepadamu, dan mengatakan hendaklah engkau menukar bingkai pintumu." 

Ismail menjawab, "Dia adalah ayahku, dan sesungguhnya dia memerintahkan kepadaku agar menceraikanmu. Kerana itu, kembalilah kamu kepada keluargamu." Ismail menceraikannya dan kahwin lagi dengan perempuan lain dari kalangan mereka. 

Setelah selang beberapa masa yang dikehendaki oleh Allah, Nabi Ibrahim tidak menjenguk mereka. Kemudian dia datang lagi kepada mereka, tetapi dia tidak menemui Ismail, lalu dia masuk menemui isteri Ismail dan menanyakan kepadanya tentang Ismail. Maka isteri Ismail menjawab, "Suamiku sedang keluar mencari nafkah buat kami." Nabi Ibrahim bertanya, "Bagaimanakah keadaan kalian?" Nabi Ibrahim menanyakan kepada isteri Ismail tentang kehidupan dan keadaan mereka. Maka isteri Ismail menjawab, "Kami dalam keadaan baik-baik saja dan dalam kemudahan hidup," hal ini dikatakannya seraya memuji kepada Allah S.w.t. 

Nabi Ibrahim bertanya, "Apakah makanan pokok kalian?" Isteri Ismail menjawab, "Daging." Ibrahim a.s bertanya, "Apakah minuman kalian?" Isteri Ismail menjawab, "Air." Nabi Ibrahim a.s berdoa, "Ya Allah, berkatilah daging dan air bagi mereka." 

Nabi S.a.w bersabda; "Tiadalah bagi mereka di masa itu biji-bijian. Seandainya mereka mempunyai biji-bijian, nescaya Nabi Ibrahim mendoakannya buat mereka."

Ibnu Abbas melanjutkan kisahnya, bahawa tidak sekali-kali daging dan air tersebut bila dijadikan sebagai makanan pokok oleh seseorang di luar kota Mekah melainkan keduanya tidak akan sesuai baginya. 

Nabi Ibrahim berkata, "Apabila suamimu datang, sampaikanlah salamku kepadanya dan katakanlah kepadanya agar dia mengukuhkan bingkai pintunya." Ketika Ismail datang dan bertanya, "Apakah telah datang seseorang kepadamu?" Isterinya menjawab, "Ya, telah datang kepada kami seorang syeikh yang penampilannya baik," isteri Ismail memuji syeikh tersebut. Dia melanjutkan kata-katanya, "Lalu dia menanyakan kepadaku tentang engkau, maka aku ceritakan kepadanya; dan dia bertanya kepadaku tentang kehidupan kita, maka ku jawab bahawa kami dalam keadaan baik-baik saja." 

Ismail bertanya, "Apakah dia mewasiatkan sesuatu kepadamu?" Isterinya menjawab, "Ya, dia menyampaikan salamnya kepadamu, dan memerintahkan kepadamu agar mengukuhkan bingkai pintumu." Ismail berkata, "Dia adalah ayahku dan bingkai pintu tersebut adalah kamu sendiri. Dia memerintahkan kepadaku agar memegang engkau menjadi isteriku selamanya." 

Setelah selang beberapa lama yang dikehendaki oleh Allah S.w.t, maka datanglah Ibrahim a.s, ketika itu Nabi Ismail sedang membuat anak panahnya di bawah sebuah pohon berhampiran telaga Zamzam. Ketika Ismail melihatnya, dia segera bangkit menyambutnya dan keduanya melakukan perbuatan yang biasa dilakukan oleh seorang ayah kepada anaknya dan seorang anak kepada ayahnya (bila lama tak bersua, lalu berjumpa). 

Kemudian Nabi Ibrahim berkata, "Hai Ismail, sesungguhnya Allah telah memerintahkan sesuatu kepadaku." Ismail menjawab, "Apakah perintah Tuhanmu itu?" Nabi Ibrahim balik bertanya, "Mahukah engkau membantuku?" Ismail menjawab, "Dengan senang hati aku akan membantu ayah." Nabi Ibrahim a.s berkata, "Sesungguhnya Allah telah memerintahkan kepadaku agar aku membangun sebuah rumah (Baitullah) di sini," seraya mengisyaratkan kepada sebuah timbunan tanah tinggi yang lebih tinggi daripada tanah yang ada di sekitarnya.

[Imam Ibnu Katsir - Tafsir Ibnu Katsir, surah al-Baqarah : ayat 125 - 128]


Bersambung ke Kisah Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail meninggikan binaan Ka'bah

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih :)

Kategori

Air terjun (9) Ajaib (22) Al-Hadits dan Sains (2) Alam sekitar (11) AlQuran dan Sains (38) Angkasalepas (51) Animasi GIF (3) Antik (8) Aqidah (12) Arkeologi (21) Astronomi (47) Bala bencana (41) Batu kalimah (4) Batu permata (23) Biar betul (113) Biologi (2) Bionik (4) Budaya (5) Cinemagraph (3) Dajjal (2) Download (1) Duit (37) Duit Kertas (15) Duit Syiling (25) Dunia Hiburan (129) Ekonomi Dunia (20) Ensaiklopedia (55) Foto (345) Freemason (2) Freeware (3) Gempa bumi (7) Geologi (6) Gerhana bulan (1) GIF animation (3) Grafik 3D (3) Halimunan (3) Hamas (8) Hantu (58) High speed video (6) Iblis (13) Illuminati (27) Imam empat mazhab (5) Indeks batu permata (1) Indeks duit (2) Indeks kad telefon (1) Indeks sampul duit raya (1) Indeks setem (1) Internet (94) Jalan-jalan (56) Jenayah (121) Jin (56) Kad telefon (3) Kamera (21) Kamera digital (16) Kata-kata hikmah (28) Kemalangan (58) Kematian (55) Kesihatan dan Perubatan (202) Ketenteraan (46) Kiamat (7) Kisah akhir zaman (2) Klasik (61) Kristologi (88) Landskap (111) Makanan dan minuman (17) Makro (6) Manipulasi Foto (6) Metafizik (6) Misteri (59) Motivasi (34) Muzium mini (65) Paleontologi (1) Palestine (50) Paranormal (48) Penggodam (23) Perang (31) Perkahwinan (22) Pernikahan (18) Perubatan Islam (4) Polis (9) Politik (132) Politik dunia (49) Puisi (6) Rekod (102) Robotik (27) Sains (60) Sampul duit raya (5) Scam (5) Sedih (46) Sejarah (29) Sejarah Islam (16) Sejarah kuno (4) Selebriti meninggal (12) Seni (6) Seni beladiri (1) Senibina (21) Serangga (15) Sukan (43) Syiah (15) Syirik (1) Syria (41) Teknologi (248) Teknologi Nano (8) Teori konspirasi (181) Time lapse (39) Timur Tengah (177) Tumbuhan (37) UFO (39) Ulama meninggal dunia (2) Video (328) Wallpaper Islamik (40) Yahudi (10) Zionis (20)

Unikversiti Designed by Templateism.com & Copy Blogger Themes

Imej tema oleh blue_baron. Dikuasakan oleh Blogger.