Berita Terkini

Kisah Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail meninggikan binaan Ka'bah

....... bersambung dari Kisah Nabi Ibrahim menguji Menantunya

Ibnu Abbas r.a melanjutkan kisahnya, bahawa pada ketika itu juga keduanya mulai meninggikan dasar-dasar Baitullah; Nabi Ismail a.s yang mendatangkan batu-batuan, sedangkan Nabi Ibrahim a.s yang membangunnya. Ketika bangunan mulai tinggi, Ismail datang membawa batu ini (maqam Ibrahim), lalu meletakkannya untuk menjadikannya sebagai tangga Nabi Ibrahim selama membangun. Maka Nabi Ibrahim berdiri di atasnya sambil membangun, sedangkan Nabi Ismail terus membekalkan batu-batunya seraya keduanya mengucapkan doa berikut, yang disebut oleh firman-Nya;

 رَبَّنَا تَقَبَّلْ مِنَّا ۖ  إِنَّكَ أَنْتَ السَّمِيعُ الْعَلِيمُ

"....... Ya Tuhan kami, terimalah dari kami (amalan kami), sesungguhnya Engkaulah Yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui." [Al-Baqarah : 127]

Gambarajah cara Haji

Ibnu Abbas melanjutkan kisahnya, bahawa Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail terus membangun Ka'bah hingga berpusing melengkapkan sekelilingnya seraya mengucapkan doa;

"....... Ya Tuhan kami, terimalah dari kami (amalan kami), sesungguhnya Engkaulah Yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui." [Al-Baqarah : 127]

Hadits ini diriwayatkan pula oleh Abdu Ibnu Humaid, dari Abdur Razzaq dengan lafaz yang sama lagi cukup panjang. Ibnu Abu Hatim meriwayatkannya pula dari Abu Abdullah, iaitu Muhammad ibnu Hammad At-Thabrani dan Ibnu Jarir, dari Ahmad ibnu Sabit Ar-Razi, keduanya meriwayatkan hadits ini dari Abdur Razzaq, tetapi dengan lafaz yang singkat.

Di dalam riwayat Imam Bukhari yang lain, ketika bangunan makin tinggi dan Nabi Ibrahim yang sudah berusia lanjut itu merasa lemah untuk mengangkat batu-batuan, maka dia berdiri di atas batu maqam, sedangkan Ismail memberikan batu-batu itu kepadanya. Keduanya bekerja seraya mengucapkan doa berikut

"....... Ya Tuhan kami, terimalah dari kami (amalan kami), sesungguhnya Engkaulah Yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui." [Al-Baqarah : 127]

Demikianlah riwayat yang diketengahkan oleh Imam Bukhari melalui dua jalur di dalam Kitabul Anbiya.

Disebutkan di dalam kitab shahih bahawa kedua tanduk kibas yang disembelihnya itu digantungkan di Ka'bah. Disebutkan pula bahawa Nabi Ibrahim berkunjung kepada keluarganya di Mekah dengan memakai kenderaan buraq yang kecepatannya seperti kilatan sinar. Setelah selesai kunjungannya, dia kembali lagi ke Baitul Maqdis. Di dalam riwayat hadits ini disebutkan nama-nama tempat yang sudah tiada, diketengahkan oleh Ibnu Abbas, dari Nabi S.a.w.


Kisah Hajarul Aswad (Batu hitam)

As-Saddi mengatakan, sesungguhnya Allah memerintahkan kepada Ibrahim untuk membangun Baitullah bersama Ismail, dan Allah berfirman, "Bangunkanlah olehmu berdua rumah-Ku bagi orang-orang yang tawaf, yang i'tikaf, yang rukuk, dan yang sujud." Maka Ibrahim berangkat hingga tiba di Mekah, lalu dia dan Ismail mengambil cangkul, sedangkan keduanya masih belum mengetahui letak Baitullah yang akan dibangunnya.

Maka Allah mengirimkan angin yang dikenali dengan sebutan angin khajuj (puting beliung). Angin tersebut mempunyai dua sayap dan kepala seakan-akan bentuknya seperti ular. Kemudian angin tersebut menguakkan bagi keduanya (Ibrahim dan Ismail) semua yang ada di sekitar Ka'bah hingga nampaklah tapak asas Baitullah yang pertama. Lalu keduanya mengikutinya dengan cangkul mereka, keduanya terus menggali hingga tapak asas diletakkan. Yang demikian itu adalah yang disebutkan di dalam firman-Nya;

وَإِذْ يَرْفَعُ إِبْرَاهِيمُ الْقَوَاعِدَ مِنَ الْبَيْتِ

"Dan (ingatlah) ketika Ibrahim meninggikan (membina) asas-asas Baitullah......." [Al-Baqarah : 127]

"Dan (ingatlah) ketika Kami memberikan tempat kepada Ibrahim di tempat Baitullah." [Surah Al-Hajj : 26]

Ketika keduanya hampir selesai dari pembangunannya, dan tahapan pembangunannya sampai pada rukun, lalu Ibrahim berkata kepada Ismail, "Hai anakku, carikanlah sebuah batu yang baik untukku, nanti akan aku letakkan di tempat (rukun) ini." Ismail menjawab, "Wahai ayahku, sesungguhnya aku sedang malas dan penat." Ibrahim berkata, "Sekalipun demikian, kamu harus mencarinya." Maka berangkatlah Ismail mencari batu tersebut untuk ayahnya.

Ketika itu juga Malaikat Jibril datang kepada Ibrahim dengan membawa Hajar Aswad dari India. Pada mulanya Hajar Aswad berwarna putih. la adalah batu yaqut berwarna putih seperti bunga saghamah (putih bersih). Pada mulanya batu itu dibawa oleh Adam dari syurga ketika diturunkan ke bumi, lalu batu itu menjadi hitam kerana dosa-dosa manusia.

Ismail datang membawa batu yang diminta, tetapi ternyata dia mendapati bahawa rukun tersebut telah diisi dengan Hajar Aswad. Maka dia bertanya, "Wahai ayahku, siapakah yang mendatangkan batu ini kepadamu?" Ibrahim menjawab, "Ia didatangkan oleh orang yang lebih bersemangat daripada kamu."

Lalu keduanya terus membangun seraya berdoa mengucapkan kalimat-kalimat yang pernah diujikan oleh Allah kepada Ibrahim.

[Imam Ibnu Katsir - Tafsir Ibnu Katsir, surah al-Baqarah : ayat 125 - 128]

Bersambung ke Kisah Nabi Ibrahim bertemu Dzul Qarnain


Rumah ibadat yang mula-mula dibina

"Sesungguhnya Rumah Ibadat yang mula-mula dibina untuk manusia ialah Baitullah yang di Bakkah (Makkah) yang diberkati dan (dijadikan) petunjuk bagi umat manusia. Di situ ada tanda-tanda yang nyata (yang menunjukkan kemuliaannya; di antaranya ialah) Maqam Ibrahim, barangsiapa masuk ke dalamnya aman tenteramlah dia, mengerjakan Haji adalah kewajipan manusia terhadap Allah, iaitu bagi yang mampu sampai kepadanya, dan sesiapa yang kufur (engkarkan kewajipan ibadat Haji), maka sesungguhnya Allah Maha Kaya (tidak berhajatkan sesuatu pun) dari semesta alam." [Surah aali-Imran : ayat 96]

Imam Ahmad mengatakan, telah menceritakan kepada kami Sufyan, dari Al-A'masy, dari Ibrahim at-Taimi, dari ayahnya, dari Abu Dzar r.a yang menceritakan;

Aku bertanya, "Wahai Rasulullah, masjid manakah yang mula-mula dibangunkan?" Nabi S.a.w menjawab, "Masjidil Haram." Aku bertanya "Selepas itu mana lagi?" Nabi S.a.w menjawab, "Masjidil Aqsa." Aku bertanya, "Berapa lama jarak di antara keduanya?" Nabi S.a.w menjawab, "Empat puluh tahun." Aku bertanya, "Kemudian masjid apa lagi?" Nabi S.a.w bersabda; "Kemudian tempat di mana kamu mengalami waktu shalat, maka shalatlah padanya, kerana semuanya adalah masjid."

Imam Bukhari dan Imam Muslim mengenengahkannya melalui hadits Al-A'masy dengan lafaz yang sama.

Ibnu Abu Hatim mengatakan, telah menceritakan kepada kami Al-Hasan ibnu Muhammad ibnus Sabah, telah menceritakan kepada kami Sa'id ibnu Sulaiman, dari Syarik, dari Mujahid, dari Asy-Sya'bi, dari Ali r.a berkaitan dengan firman-Nya;

"Sesungguhnya Rumah Ibadat yang mula-mula dibina untuk manusia ialah Baitullah yang di Bakkah (Makkah) yang diberkati ....... [Aali-Imran : ayat 96]

Memang banyak rumah yang telah dibangunkan sebelum Masjidil Haram, tetapi Baitullah adalah rumah yang mula-mula dibangunkan sebagai tempat beribadah.

Ibnu Abu Hatim mengatakan lagi, dan telah menceritakan kepada kami ayahku, telah menceritakan kepada kami Al-Hasan ibnur Rabi', telah menceritakan kepada kami Abul Ahwas, dari Sammak, dari Khalid ibnu Ur'urah yang menceritakan bahawa ada seorang lelaki berdiri, lalu menuju kepada Ali r.a dan bertanya, "Sudikah engkau menceritakan kepadaku tentang Baitullah, apakah ia merupakan rumah yang mula-mula dibangunkan di bumi ini?"

Ali r.a menjawab, "Tidak, tetapi Baitullah merupakan rumah yang mula-mula dibangun yang mengandungi berkah, iaitu Maqam Ibrahim, dan barangsiapa memasukinya menjadi aman lah dia."

Bakkah merupakan salah satu nama lain dari kota Mekah yang terkenal. Menurut suatu pendapat, dinamakan demikian kerana kota Mekah dapat mcmbuat hina orang-orang yang zalim dan yang angkara murka. Dcngan kata lain, mereka menjadi hina dan tunduk bila memasukinya.

Menurut pendapat yang lainnya lagi, dinamakan demikian kerana manusia bcrdesak-desakan padanya. Qatadah mengatakan, sesungguh-nya Allah membuat manusia berdesak-desakan di dalamnya, hingga kaum wanita dapat shalat di depan kaum laki-laki; hal seperti ini tidak boleh dilakukan selain hanya di dalam kota Mekah. Hal yang sama diriwayatkan pula dari Mujahid, Ikrimah, Sa'id ibnu Jubair, Amr ibnu Syu'aib, dan Muqati1 ibnu Hayyan.

Hammad ibnu Salamah meriwayatkan dari Ata' ibnus Sa-ib, dari Sa'id ibnu Jubair, dari Ibnu Abbas r.a. yang mengatakan bahawa batas Mekah mulai dari Al-Faj sampai ke Tan'im, sedangkan Bakkah batas-nya dari Baitullah sampai ke Al-Bat-ha.

Syu'bah meriwayatkan dari Al-Mugirah, dari Ibrahim, bahawa Bakkah ialah Baitullah dan Masjidil Haram. Hal yang sama dikatakan pula oleh Az-Zuhri.

Ikrimah dalam salah satu riwayat dan Maimun ibnu Mihran mengatakan bahawa Baitullah dan sekitarnya dinamakan Bakkah, sedangkan selain itu dinamakan Mekah.

Abu Malik, Abu Saleh, Ibrahim An-Nakha'i, Auyyah AI-Aufi, dan Muqatil ibnu Hayyan mengatakan bahawa Bakkah ialah tempat Baitullah berada, sedangkan selain itu dinamakan Mekah.

Mereka menyebutkan beberapa nama lain yang banyak bagi Mekah, iaitu Bakkah, Baitul 'Atiq, Baitul Haram, Baladul Amin, Al-Ma-mun, Ummu Rahim, Ummul Qura, Salah, Al-Arsy, Al-Qadis (kerana menyucikan dosa-dosa), Al-Muqaddasah, An-Nasah, Al- Basah, Al-Balsah, Al-Hatimah, Ar-Ra-s, Kausa, Al-Baldah, Al- Bunyah, dan Al-Ka'bah.


Pemindahan Maqam Ibrahim

Pada mulanya maqam Ibrahim ini menempel pada dinding Ka'bah, kemudian pada masa pemerintahan Khalifah Umar ibnul Khattab r.a maqam tersebut dipindahkan ke sebelah timur Ka'bah hingga memudahkan bagi orang-orang yang bertawaf dan tidak berdesak-desakan dengan orang-orang yang shalat berdekatannya sesudah melakukan tawaf. Kerana Allah S.w.t telah memerintahkan kepada kita agar melakukan shalat berdekatan maqam Ibrahim, iaitu melalui firman-Nya;

"Dan jadikanlah sebahagian maqam Ibrahim sebagai tempat salat." [Al- Baqarah : 125]

AI-Aufi meriwayatkan dari Ibnu Abbas berhubungan dengan firman-Nya;

"Padanya terdapat tanda-tanda yang nyata (di antaranya) maqam Ibrahim." [Ali-Imran : 97]

Yakni antara lain ialah maqam Ibrahim dan tanda-tanda lainnya. Menurut Mujahid, bekas kedua telapak kaki Nabi Ibrahim di maqam-nya merupakan tanda yang nyata. Hal yang sama dikatakan pula dalam riwayat lain dari Umar ibnu Abdul Aziz, Al-Hasan, Qatadah, As-Saddi, Muqatil ibnu Hayyan, dan lain-lainnya.

[Imam Ibnu Katsir - Tafsir Ibnu Katsir, surah aali-Imran : ayat 96 - 97]

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih :)

Kategori

Air terjun (9) Ajaib (22) Al-Hadits dan Sains (2) Alam sekitar (11) AlQuran dan Sains (38) Angkasalepas (51) Animasi GIF (3) Antik (8) Aqidah (12) Arkeologi (21) Astronomi (47) Bala bencana (41) Batu kalimah (4) Batu permata (23) Biar betul (113) Biologi (2) Bionik (4) Budaya (5) Cinemagraph (3) Dajjal (2) Download (1) Duit (37) Duit Kertas (15) Duit Syiling (25) Dunia Hiburan (129) Ekonomi Dunia (20) Ensaiklopedia (55) Foto (345) Freemason (2) Freeware (3) Gempa bumi (7) Geologi (6) Gerhana bulan (1) GIF animation (3) Grafik 3D (3) Halimunan (3) Hamas (8) Hantu (58) High speed video (6) Iblis (13) Illuminati (27) Imam empat mazhab (5) Indeks batu permata (1) Indeks duit (2) Indeks kad telefon (1) Indeks sampul duit raya (1) Indeks setem (1) Internet (94) Jalan-jalan (56) Jenayah (121) Jin (56) Kad telefon (3) Kamera (21) Kamera digital (16) Kata-kata hikmah (28) Kemalangan (58) Kematian (55) Kesihatan dan Perubatan (202) Ketenteraan (46) Kiamat (7) Kisah akhir zaman (2) Klasik (61) Kristologi (88) Landskap (111) Makanan dan minuman (17) Makro (6) Manipulasi Foto (6) Metafizik (6) Misteri (59) Motivasi (34) Muzium mini (65) Paleontologi (1) Palestine (50) Paranormal (48) Penggodam (23) Perang (31) Perkahwinan (22) Pernikahan (18) Perubatan Islam (4) Polis (9) Politik (132) Politik dunia (49) Puisi (6) Rekod (102) Robotik (27) Sains (60) Sampul duit raya (5) Scam (5) Sedih (46) Sejarah (29) Sejarah Islam (16) Sejarah kuno (4) Selebriti meninggal (12) Seni (6) Seni beladiri (1) Senibina (21) Serangga (15) Sukan (43) Syiah (15) Syirik (1) Syria (41) Teknologi (248) Teknologi Nano (8) Teori konspirasi (181) Time lapse (39) Timur Tengah (177) Tumbuhan (37) UFO (39) Ulama meninggal dunia (2) Video (328) Wallpaper Islamik (40) Yahudi (10) Zionis (20)

Unikversiti Designed by Templateism.com & Copy Blogger Themes

Imej tema oleh blue_baron. Dikuasakan oleh Blogger.