Berita Terkini

Ibrahim Ali dan Datuk Ambiga disiasat polis hari ini, baru adil

Ibrahim Ali - Ambiga - Bersih 2
Presiden PERKASA iaitu Ibrahim Ali dan Pengerusi Bersih 2.0 iaitu Datuk Ambiga Sreenevasan disoal siasat oleh pihak polis hari ini.

Siasatan adalah berkenaan dengan Himpunan Bersih 2.0 yang akan diadakan pada 9 Julai ini di tiga lokasi iaitu pusat membeli belah Sogo, Masjid Kampung Baru dan Bangunan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL). Baru hampir adil namanya jika kedua-duanya di soal-siasat.

TETAPI mesti diingat, panggil keduanya disoal-siasat tidak semestinya adil sepenuhnya lagi, kerana mesti tengok juga apa keputusan dan tindakan pihak polis nanti. Jangan ini hanya lakonan untuk memperlihatkan polis telah menyoal kedua-duanya sudah.

Polis membuat siasatan juga ke atas Ibrahim Ali mungkin kerana atas permintaan Ketua Pergerakan Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin yang mahukan Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa (Perkasa) disiasat di bawah Akta Hasutan kerana didakwa mengeluarkan kenyataan bersifat rasis terhadap kaum Cina.

“Saya mengutuk sekeras-kerasnya kenyataan yang dikeluarkan oleh Ibrahim Ali yang seolah-olah mengugut masyarakat Cina.

“Ini kenyataan yang rasis, menghasut, bahaya yang perlu diambil tindakan terhadap beliau. Ini adalah satu ugutan terhadap satu-satu kaum di Malaysia, secara jelas dan nyata,” katanya kepada pemberita di lobi Parlimen pada hari Isnin minggu lepas.

Ketua Wira Perkasa Irwan Fahmi Ideris, sempat lagi cuba membela Ibrahim Ali dan membuat kenyataan, bahawa tindakan sama sepatutnya dikenakan terhadap Khairy, kerana turut melibatkan diri dalam perhimpunan membantah Himpunan Bersih 2.0 dengan menganjurkan Himpunan Patriot.

Himpunan Patriot anjuran Pemuda Umno dan Kelab Putra 1Malaysia dilancarkan pada 26 Jun bagi mewakili suara orang ramai dalam menentang Himpunan Bersih 2.0.

Dalam pada itu, Sasterawan Negara Datuk A Samad Said juga merupakan antara yang dipanggil bagi memberi keterangan kepada polis hari ini, dipercayai berhubung ucapannya di majlis pelancaran BERSIH 2.0 pada 19 Jun lalu.

Dia juga turut membacakan sebuah puisi yang berjudul Unggun Bersih di majlis itu.

"Ucapan pendek, itu saja," katanya lagi mengulas ucapannya pada malam itu yang antara lainnya menyentuh mengenai gambaran media arus perdana ke atas kumpulan BERSIH 2.0.

Ucapan berkenaan turut dimuatkan di laman blog peribadinya – samadsaid.wordpress.com, kata A Samad yang juga aktivis Gerakan Mansuh PPSMI.

"Kita maklum bahawa gergasi media arus perdana kini sedang ikut garang menghempit kita dalam arus peristiwa yang semakin durjana. Kita sedang berlawan dengan keangkuhan yang pejal.

"Oleh media arus perdana ini, kita sewenangnya digambarkan sebagai kumpulan 'siasah' yang sangat bercita-cita buruk.

"Lebih buruk, kita digambarkan sebagai kelompok yang sengaja ingin menggelorakan masyarakat seburuk hajat," ucapan itu dipetik.


[Malaysian Insider , mStar, Malaysiakini]


* Update 28 Jun 2011

Petang ini Datuk Seri Anwar Ibrahim iaitu Ketua Pakatan Rakyat pula akan disoal-siasat polis. Anwar mungkin akan disoal-siasat di ibu pejabat polis Dang Wangi.

Polis juga telah mengambil keterangan dari Ketua Pemuda Umno Wilayah Persekutuan semalam sebagai mewakili mereka-mereka yang berkenaan denga Himpunan Patriot.




Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih :)

Kategori

Air terjun (9) Ajaib (22) Al-Hadits dan Sains (2) Alam sekitar (11) AlQuran dan Sains (38) Angkasalepas (51) Animasi GIF (3) Antik (8) Aqidah (12) Arkeologi (21) Astronomi (47) Bala bencana (41) Batu kalimah (4) Batu permata (23) Biar betul (113) Biologi (2) Bionik (4) Budaya (5) Cinemagraph (3) Dajjal (2) Download (1) Duit (37) Duit Kertas (15) Duit Syiling (25) Dunia Hiburan (129) Ekonomi Dunia (20) Ensaiklopedia (55) Foto (345) Freemason (2) Freeware (3) Gempa bumi (7) Geologi (6) Gerhana bulan (1) GIF animation (3) Grafik 3D (3) Halimunan (3) Hamas (8) Hantu (58) High speed video (6) Iblis (13) Illuminati (27) Imam empat mazhab (5) Indeks batu permata (1) Indeks duit (2) Indeks kad telefon (1) Indeks sampul duit raya (1) Indeks setem (1) Internet (94) Jalan-jalan (56) Jenayah (121) Jin (56) Kad telefon (3) Kamera (21) Kamera digital (16) Kata-kata hikmah (28) Kemalangan (58) Kematian (55) Kesihatan dan Perubatan (202) Ketenteraan (46) Kiamat (7) Kisah akhir zaman (2) Klasik (61) Kristologi (88) Landskap (111) Makanan dan minuman (17) Makro (6) Manipulasi Foto (6) Metafizik (6) Misteri (59) Motivasi (34) Muzium mini (65) Paleontologi (1) Palestine (50) Paranormal (48) Penggodam (23) Perang (31) Perkahwinan (22) Pernikahan (18) Perubatan Islam (4) Polis (9) Politik (132) Politik dunia (49) Puisi (6) Rekod (102) Robotik (27) Sains (60) Sampul duit raya (5) Scam (5) Sedih (46) Sejarah (29) Sejarah Islam (16) Sejarah kuno (4) Selebriti meninggal (12) Seni (6) Seni beladiri (1) Senibina (21) Serangga (15) Sukan (43) Syiah (15) Syirik (1) Syria (41) Teknologi (248) Teknologi Nano (8) Teori konspirasi (181) Time lapse (39) Timur Tengah (177) Tumbuhan (37) UFO (39) Ulama meninggal dunia (2) Video (328) Wallpaper Islamik (40) Yahudi (10) Zionis (20)

Unikversiti Designed by Templateism.com & Copy Blogger Themes

Imej tema oleh blue_baron. Dikuasakan oleh Blogger.