Budak berumur 17 tahun ini telah merakamkan aksinya menggantung anjing belaannya sendiri sampai mati, kemudian post ke Facebook dan mengatakan "I’ve killed my dog - ha, ha."
Hric, dari Poprad, Slovakia telah ditahan polis setelah dilaporkan oleh seorang ahli Facebook yang melihat gambarnya. Apa jawapannya pada pihak polis? "Jadi apa? Ini hanya anjing. Saya melakukannya untuk berseronok," kata budak sakit mental itu.
Seorang juru cakap polis mengatakan: "Kami tidak tahu apa yang membuatkannya melakukan sedemikian, tetapi kita akan melakukan laporan psikiatri."
Kes anjing ditanam hidup-hidup
Dalam satu kes lain pula, seekor anjing telah ditanam hidup-hidup di Malta minggu lepas.
Anjing kacukan itu ditemui secara kebetulan berhampiran bandar Birzebbuga oleh petugas kebajikan haiwan yang sedang menyiasat kes yang tidak berkaitan.
Anjing yang kemudian dinamakan Star oleh penyelamatnya, dijumpai terkubur di tanah selepas pegawai mendengar ia merintih dari bawah papan kayu.
Keempat kaki nya telah diikat bersama-sama dan dia telah ditembak berulang kali dengan senapang angin.
Binatang ajaib itu selamat dalam sebuah pembedahan untuk membuang 40 pelet dari kepalanya di hospital Ta' Qali, di Malta Tengah.
Bahaya sungguh. Mula2 bunuh anjing sendiri. Lama2 nanti manusia pulak jadi mangsa.
BalasPadam