Banyak watak superhero dalam dunia Marvel tidak terlepas dari pengaruh dewa-dewi dan kepercayaan pagan kuno. Tetapi di sini akan dibahaskan tentang yang ada dalam permainan android Marvel Future Fight sahaja.
Pengaruh Dewa-Dewi
Pengaruh Dewa-Dewi
Odin
Odin adalah dewa kepada orang-orang Norse. Dalam Bahasa Inggeris Lama dia dikenali sebagai Woden. Dalam mitos Norse, Odin digambarkan sebagai yang bermata satu dan berjanggut panjang (lebih kurang sama lah yang digambarkan dalam watak Marvel).
Thor
Thor adalah dewa petir kepada orang Norse. Dia digambarkan sebagai menunggang kenderaan yang ditarik oleh kambing dan menggunakan tukul Miölnir. Dia adalah pembela orang-orang Aesir, yang ditakdirkan untuk membunuh dan dibunuh oleh Ular Midgard.
Loki
Loki adalah dewa tipudaya dan kerosakan bagi orang Norse.
Sif
Sif adalah dewi penuaian, kesuburan dan kekeluargaan, yang menjadi isteri kepada dewa Thor. Dia digambarkan sebagai seorang wanita cantik yang mempunyai rambut keemasan seperti matahari.
Hyperion
Hyperion adalah salah satu daripada dua belas anak-anak Titan iaitu Gaia (Bumi) dan Uranus (Langit), yang diketuai oleh Cronus, mereka menggulingkan Uranus ayahnya dan kemudiannya mereka digulingkan oleh para Olympian.
Illuminati
Kebiasaannya, amat jarang didapati produk-produk Illuminati yang dilabelkan terang-terangan dengan nama Illuminati. Tetapi permainan ini nampaknya tanpa segan-silu menyelitkan beberapa nama Illuminati di dalamnya.
Jika digabungkan 2 atau 3 watak tertentu di dalam game ini, yang jika menepati dengan Team Bonus nya, maka akan dapatlah kelebihan sedikit "power" tersendiri ketika beraksi dalam game. Gabungan watak Black Bolt, Iron Man dan Doctor Strange dapat team bonus yang bernama 'Illuminati Triumvirate', manakala gabungan Black Bolt, Hulk (Amadeus Cho) dan Black Panther, dapat team bonus bernama 'Illuminati'.
Gabungan Black Bolt dan Black Panther pula dapat team bonus yang bernama 'Kings of Illuminati'.
Simbol-simbol Pagan oleh Doctor Strange
Penampilan Doctor Strange dalam watak Marvel tidak ubah seperti seorang ahli sihir sensasi suatu masa dahulu iaitu Merlin. Merlin juga pernah dikaitkan dengan salah satu penampilan Dajjal ke dunia nyata yang kemudiannya menghilangkan diri dan akan muncul lagi suatu masa nanti. Disamping Doctor Strange, ada lagi sebenarnya satu watak Marvel yang bukan sahaja dapat dikaitkan dengan Merlin, tetapi memang namanya pun adalah Merlin.
All Seeing Eye (Mata Yang Melihat Segalanya)
Salah satu nama skill yang dimiliki oleh Doctor Strange dalam permainan ini ialah All-Seeing Eye (Mata Yang Melihat Segalanya). Loket yang dipakai oleh Doctor Strange juga berberntuk mata satu yang diberi nama Eye of Agamotto.
Telah kita ketahui bahawa All-Seeing Eye berkait rapat dengan simbol mata satu yang dinisbahkan kepada dewa Horus.
Simbol Jari pemuja Syaitan
Rebirth of the Phoenix
Untuk membolehkan watak Jean Grey dimainkan dalam game ini, perlu menjadikan 5 watak dalam komik X-Men kesemuanya menjadi 6 bintang level 60. Jean Grey juga dikenali sebagai Phoenix kerana ada satu kuasa kosmik dalam dirinya yang mengaku sebagai Phoenix.
Dalam mitologi Yunani, Phoenix adalah burung yang hidup lama yang dapat kitar semula atau dilahirkan semula. Dikaitkan juga dengan Matahari, phoenix memperolehi kehidupan baru dengan muncul dari abu mayat pendahulunya.
Mengikut beberapa sumber, phoenix mati dalam keadaan terbakar, walaupun ada sumber lain yang mendakwa bahawa burung legenda itu mati dan hanya terurai sebelum dilahirkan semula. Dalam catatan sejarah, phoenix "melambangkan pembaharuan secara umum matahari, masa, Empayar, metempsychosis, penyucian, kebangkitan, kehidupan di syurgawi, Kristus, Maria, keperawanan, lelaki yang luar biasa, dan aspek-aspek tertentu Kehidupan Kristian".
Ianya juga mempunyai persamaan konsep dengan kelahiran / kebangkitan semula para dewa, sebagai contoh kebangkitan semula dewa Horus. Cuma Horus dilambangkan selain dari simbol mata satu itu, ia juga berkepala burung Rajawali (Falcon).
Sebut tentang burung Rajawali (Falcon), teringat pula kepada watak Falcon yang juga adalah satu watak superhero Marvel.
Obelisk
Salah satu gear yang digunakan oleh setiap watak dalam game ini dipanggil Obelisk. Kebetulan lagi? Atau kebetulan yang disengajakan?
Obelisk adalah monumen tirus yang tinggi, empat sisi dan sempit yang berakhir dengan bentuk seperti-piramid atau pyramidion di bahagian atas. Ia pada asalnya dipanggil "tekhenu" oleh pembinanya, orang-orang Mesir Kuno.
Orang-orang Yunani yang melihat mereka menggunakan bahasa Yunani 'obeliskos' untuk memberi gambaran tentang mereka, dan perkataan ini diterjemahkan ke dalam bahasa Latin dan akhirnya bahasa Inggeris.
Para firaun mengarahkan monumen-monumen besar ini dibina untuk mereka supaya mereka sentiasa diingati. Tulisan-tulisan pada obelisk memberitahu kita banyak perkara tentang tamadun Mesir kuno.
Terdapat sangat banyak binaan ini di pelbagai tempat di serata dunia hari ini. Dan ia juga merupakan salah satu dari simbol Illuminati.
Setakat ini saja dulu yang saya jumpa dan perasan, mungkin ada lagi. Sebenarnya, dalam dunia Marvel ada banyak lagi watak yang berkaitan dengan dewa-dewi kuno, hanya belum dimasukkan lagi ke dalam game Marvel Future Fight setakat ini.
Wallahu a'lam .......
Rujukan:
1 - Lawrence A. Crowl - https://www.crowl.org/Lawrence/time/days.html
2 - mythology.net
3 - Marvel Future Fight mobile game
4 - Wikipedia

Mata Horus
Salah satu skill Doctor Strange yang mempamerkan mata satu yang besar
Simbol Jari pemuja Syaitan
Rebirth of the Phoenix
Untuk membolehkan watak Jean Grey dimainkan dalam game ini, perlu menjadikan 5 watak dalam komik X-Men kesemuanya menjadi 6 bintang level 60. Jean Grey juga dikenali sebagai Phoenix kerana ada satu kuasa kosmik dalam dirinya yang mengaku sebagai Phoenix.
Sinaran cahaya matahari di belakang gambar Jean Grey
Mengikut beberapa sumber, phoenix mati dalam keadaan terbakar, walaupun ada sumber lain yang mendakwa bahawa burung legenda itu mati dan hanya terurai sebelum dilahirkan semula. Dalam catatan sejarah, phoenix "melambangkan pembaharuan secara umum matahari, masa, Empayar, metempsychosis, penyucian, kebangkitan, kehidupan di syurgawi, Kristus, Maria, keperawanan, lelaki yang luar biasa, dan aspek-aspek tertentu Kehidupan Kristian".
Ianya juga mempunyai persamaan konsep dengan kelahiran / kebangkitan semula para dewa, sebagai contoh kebangkitan semula dewa Horus. Cuma Horus dilambangkan selain dari simbol mata satu itu, ia juga berkepala burung Rajawali (Falcon).
Gambaran Horus dipahat pada dinding piramid
Sebut tentang burung Rajawali (Falcon), teringat pula kepada watak Falcon yang juga adalah satu watak superhero Marvel.
Falcon
Obelisk
Salah satu gear yang digunakan oleh setiap watak dalam game ini dipanggil Obelisk. Kebetulan lagi? Atau kebetulan yang disengajakan?
Obelisk adalah monumen tirus yang tinggi, empat sisi dan sempit yang berakhir dengan bentuk seperti-piramid atau pyramidion di bahagian atas. Ia pada asalnya dipanggil "tekhenu" oleh pembinanya, orang-orang Mesir Kuno.
Orang-orang Yunani yang melihat mereka menggunakan bahasa Yunani 'obeliskos' untuk memberi gambaran tentang mereka, dan perkataan ini diterjemahkan ke dalam bahasa Latin dan akhirnya bahasa Inggeris.
Para firaun mengarahkan monumen-monumen besar ini dibina untuk mereka supaya mereka sentiasa diingati. Tulisan-tulisan pada obelisk memberitahu kita banyak perkara tentang tamadun Mesir kuno.
Terdapat sangat banyak binaan ini di pelbagai tempat di serata dunia hari ini. Dan ia juga merupakan salah satu dari simbol Illuminati.
Setakat ini saja dulu yang saya jumpa dan perasan, mungkin ada lagi. Sebenarnya, dalam dunia Marvel ada banyak lagi watak yang berkaitan dengan dewa-dewi kuno, hanya belum dimasukkan lagi ke dalam game Marvel Future Fight setakat ini.
Wallahu a'lam .......
Rujukan:
1 - Lawrence A. Crowl - https://www.crowl.org/Lawrence/time/days.html
2 - mythology.net
3 - Marvel Future Fight mobile game
4 - Wikipedia
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Terima kasih :)