Berita Terkini

Pengebom berani mati pakai purdah di Pakistan

Wanita pakai purdahKejadian terbaru di Pakistan, seorang pengebom berani mati pakai purdah , telah membunuh seorang budak lelaki dan empat anggota polis dengan letupan bom.

Kejadian berlaku di bahagian barat laut negara tersebut. Kelima-lima mangsa yang terkorban sedang lalu-lalang di tempat letupan bom. 22 orang lagi mendapat kecederaan.

Letupan pertama adalah bom kawalan jauh yang meletup di dalam kawasan Lahori Gate di Peshawar yang meletup ketika trak polis membawa konstabel baru memulakan pertukaran pemanduan.

Saya tidak mahu mengulas panjang tentang berita tersebut, cuma seperti biasa, pihak-pihak yang membenci Islam terus mengambil kesempatan untuk memburukkan pemakaian purdah itu. 

Ramai yang terus mengecam pemakaian purdah, dan suara ramai untuk mengharamkan pemakaian purdah semakin lantang di UK dan negara-negara barat lain.

Memang perbuatan mengebom di tempat awam adalah perbuatan yang kejam. Walaupun dengan niat membalas dendam , atau melawan penjajah, ia tetap dilarang dalam agama kerana membahayakan keselamatan orang awam yang tidak bersalah.

Cuma masalahnya, jangan kerana segelintir orang yang mungkin MENYAMAR memakai purdah demi untuk melakukan pengeboman, maka semua yang memakai purdah mesti dihukum dan terus mengharamkan purdah.

Jika pihak mereka mengharamkan pemakaian purdah pun, jika seseorang itu mahu mengebom tempat awam, dia boleh pakai purdah juga jika dia mahu. 

Begitu juga dalam hal penjenayah yang memakai TOPENG. Adakah topeng itu yang bersalah? Kalau hendak dikirakan, jika pemakaian purdah pun dilarang, maka penjualan topeng-topeng di pasaran pun sepatutnya diharamkan. Tetapi kenapa tidak diharamkan penjualan topeng?

Pokok pangkalnya di sini bukan masalah pemakaian purdah @ burqa itu (kerana penjenayah boleh saja mahu pakai topeng atau apa jenis selubung pun yang boleh menutup muka mereka), tetapi fahaman Islamofobia yang semakin mempengaruhi mereka-mereka yang masih tidak faham Islam.

Mungkin ini saja caranya yang mereka dapat burukkan Islam. Kalau semua wanita tak pakai purdah, dan pakai tudung seperti biasa yang nampak muka, mungkin senyap lah mulut mereka, tak ada hujjah lagi mahu memburukkan Islam.

Tetapi dari segi psikologi, orang awam memang akan mempunyai perasaan takut dan berwaspada jika melihat orang yang menutup seluruh tubuh termasuk muka. Ditambah lagi jika semakin banyak kejadian jenayah berlaku disebabkan orang yang memakai pakaian seperti purdah.

Akibat segelintir orang yang menyalahgunakan purdah dengan melakukan jenayah, maka semua perempuan yang memakai purdah kena tanggung, dan nama Islam juga semakin terjejas. Cobaan .......

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih :)

Kategori

Air terjun (9) Ajaib (22) Al-Hadits dan Sains (2) Alam sekitar (11) AlQuran dan Sains (38) Angkasalepas (51) Animasi GIF (3) Antik (8) Aqidah (12) Arkeologi (21) Astronomi (47) Bala bencana (41) Batu kalimah (4) Batu permata (23) Biar betul (113) Biologi (2) Bionik (4) Budaya (5) Cinemagraph (3) Dajjal (2) Download (1) Duit (37) Duit Kertas (15) Duit Syiling (25) Dunia Hiburan (129) Ekonomi Dunia (20) Ensaiklopedia (55) Foto (345) Freemason (2) Freeware (3) Gempa bumi (7) Geologi (6) Gerhana bulan (1) GIF animation (3) Grafik 3D (3) Halimunan (3) Hamas (8) Hantu (58) High speed video (6) Iblis (13) Illuminati (27) Imam empat mazhab (5) Indeks batu permata (1) Indeks duit (2) Indeks kad telefon (1) Indeks sampul duit raya (1) Indeks setem (1) Internet (94) Jalan-jalan (56) Jenayah (121) Jin (56) Kad telefon (3) Kamera (21) Kamera digital (16) Kata-kata hikmah (28) Kemalangan (58) Kematian (55) Kesihatan dan Perubatan (202) Ketenteraan (46) Kiamat (7) Kisah akhir zaman (2) Klasik (61) Kristologi (87) Landskap (111) Makanan dan minuman (17) Makro (6) Manipulasi Foto (6) Metafizik (6) Misteri (59) Motivasi (34) Muzium mini (65) Paleontologi (1) Palestine (50) Paranormal (48) Penggodam (23) Perang (31) Perkahwinan (22) Pernikahan (18) Perubatan Islam (4) Polis (9) Politik (132) Politik dunia (49) Puisi (6) Rekod (102) Robotik (27) Sains (60) Sampul duit raya (5) Scam (5) Sedih (46) Sejarah (29) Sejarah Islam (16) Sejarah kuno (4) Selebriti meninggal (12) Seni (6) Seni beladiri (1) Senibina (21) Serangga (15) Sukan (43) Syiah (15) Syirik (1) Syria (41) Teknologi (248) Teknologi Nano (8) Teori konspirasi (181) Time lapse (39) Timur Tengah (177) Tumbuhan (37) UFO (39) Ulama meninggal dunia (2) Video (328) Wallpaper Islamik (40) Yahudi (10) Zionis (20)

Unikversiti Designed by Templateism.com & Copy Blogger Themes

Imej tema oleh blue_baron. Dikuasakan oleh Blogger.