Baru-baru ini terjadi kemalangan bot tenggelam kerana bocor, hingga kerugian beribu-ribu liter minyak. Pakcik yang menceritakannya kepada saya juga mengatakan, beliau sendiri pernah mengalami kejadian yang sama suatu ketika dulu. Tetapi mujurlah bukan di tengah lautan sana, hanya di sekitar sungai ini.
Berada di jeti ini juga boleh melihat pemandangan Bandaraya Kuala Terengganu secara melebar. Dan lebih menarik dilihat pada waktu malam kerana dipenuhi warna-warni dari lampu-lampu di Pulau Warisan seberang sana.
Untuk melihat lebih lagi dan menghargai alam ciptaan Allah S.w.t, sila berkunjung sendiri ....... more than meets the eye .......
FREE GAZA!!
salam saudara , minta izin untuk guna gambar pemandangan ini sebagai background blog saya.
BalasPadamboleh email kpd saya jika ada bantahan neruscarrental@gmail.com