Berita Terkini

Islam larang kita memulakan serangan tanpa diserang


Saya ingin menjawab sedikit tentang amaran Senator Ezam Mohd Nor terhadap golongan Kristian yang cuba memurtadkan orang Islam di Malaysia.

“Kalau terpaksa kita bersedia berperang dengan mereka demi mempertahankan akidah umat Islam kalau mereka tidak berhenti daripada meneruskan kegiatan ini,” kata Ezam di hadapan kira-kira 100 orang seperti yang dilaporkan dalam Malaysian Insider.

Nabi Muhammad s.a.w TIDAK AJAR serang orang lain terlebih dahulu. Umat Islam dulu BERPERANG kerana orang-orang MUSYRIKIN dan orang-orang KAFIR yang seksa, bunuh dan serang umat ISLAM terlebih dulu! Fahami Sejarah Islam wahai Ezam, jangan busukkan lagi nama umat Islam yang semakin busuk sekarang ini, akibat orang Islam sendiri yang TIDAK FAHAM ISLAM.

Islam turun dengan HUJJAH, maka mari kita sama-sama DAKWAH mereka kepada agama TAUHID, bukannya ajak berperang. Begitulah jadinya kalau orang suruh belajar ISLAM tak mahu.

"Diizinkan berperang bagi orang-orang (Islam) yang diperangi, kerana sesungguhnya mereka telah dianiaya dan sesungguhnya Allah amat berkuasa untuk menolong mereka." (Surah Al Hajj : Ayat 39)

Ayat di atas adalah perintah pertama berperang setelah Nabi Muhammad s.a.w dan para sahabat diusir dari kota Mekah.


"Barangsiapa yang mengganggu seorang kafir dzimmi maka aku yang menjadi lawannya nanti pada hari kiamat!". (Hadith Riwayat Al Khathib dalam At Tarikh dari Ibnu Mas’ud radhiallahu ‘anhu dengan sanad shahih)

"Barangsiapa yang membunuh seorang kafir mu’ahhad maka dia tidak akan mencium aroma wangi al Jannah (padahal) sesungguhnya aroma wangi al Jannah itu didapati (tercium) sejauh perjalanan 40 tahun." (Hadith Riwayat  Al Bukhari 3166, 6914; An Nasaa-i 4764; Ibnu Majah 2736; Ahmad V/36)

Kafir Dzimmi ialah kafir yang tinggal dalam negara yang diperintah oleh umat Islam dan mereka tidak mengganggu dan menyerang umat Islam.  Manakala Kafir Mu’ahhad ialah kafir yang tinggal di negara lain tetapi mereka sudah membuat perjanjian dengan umat Islam agar saling tidak menyerang.

Maka soal berperang di dalam Islam bukannya perkara sewenang-wenangnya sahaja, tetapi dengan SYARAT yang ketat, jika tidak umat Islam sendiri yang tidak akan mencium bau syurga , na’uzubillah.  Dan lagi  Rasulullah S.a.w sendiri melarang kita bercita-cita untuk berperang.

"Wahai manusia! Jangan kamu bercita-cita bertembung dengan musuh, mintalah daripada Allah keselamatan. Namun jika kamu bertembung dengan mereka juga, kamu hendaklah sabar (tetap jangan berganjak)." (Hadith Riwayat Bukhari dan Muslim)

Kan bagus semangat seperti EZAM itu digunakan untuk menegakkan kembali UNDANG-UNDANG ISLAM di Malaysia ini seperti zaman kegemilangan Melaka dulu! Tegakkan kembali HUKUM HUDUD untuk keamanan dan membasmi MAKSIAT dan JENAYAH di muka bumi ALLAH ini! 

Ini tidak, pergi cari penyakit ajak orang lain BERPERANG, astaghfirullah .......

Sepatutnya kita perbanyakkan DAKWAH ke jalan Tauhid, dan juga dialog-dialog antara agama, bagi membuktikan mana yang BENAR dan mana yang BATHIL. Adakan rancangan dialog antara agama dalam televisyen, bagi semua orang tengok dan fahami sendiri.

KEBENARAN mesti dibuktikan dengan HUJJAH dan FAKTA, bukannya dengan MAKI HAMUN, MARAH BERAPI, MENCARUT, MENGGILA dan sebagainya. Mari kita cuba AJAK / DAKWAH orang ke jalan yang BENAR, tapi bukan memaksa.

Kita hanya disuruh MENGAJAK, bukan MEMAKSA. Jika orang bukan Islam tidak mahu ikut, maka "bagiku agamaku dan bagimu agamamu".  Yang penting, usaha MENGAJAK itu jangan dihentikan. Dan jika mereka marah dan tak puas hati dengan AJAKAN kita, dan mahu menyerang kita, itu terserah pada mereka.

Hanya manusia yang TIDAK BERFIKIR PANJANG yang tidak mahu dengar kata-kata orang lain saja yang jenis mahu serang orang dulu. Maka jangan kita pula jadi sebegitu.  Ingatlah, Islam adalah agama yang BENAR dan penuh dengan HUJJAH. Maka mari kita berhujjah dengan sebaik-baiknya dengan mereka.

"Ajaklah ke jalan Tuhanmu dengan kebijaksanaan dan contoh pengajaran yang baik dan berdailoglah dengan mereka dengan cara yang lebih baik."  (Surah Al-Nahl : Ayat 125)

"Hai orang-orang yang beriman, jika kamu menolong (agama) Allah nescaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu." (Surah Muhammad : Ayat 7)

Bukan dengan cara memberi ancaman PERANG pada pihak lain. Ini sudah keterlaluan dan bukan dari landasan syara'.  Lagi pun hukuman yang ada dalam Islam ialah bagi orang MURTAD, bukan orang agama lain yang memurtadkan orang Islam.  Umat Islam ada yang murtad kerana salah kita sendiri juga, yang tidak bela nasib orang-orang Islam yang susah, tidak lakukan DAKWAH / AJAK orang ke agama Tauhid agar manusia selamat di dunia dan akhirat, dan membiarkan rakyat ramai dalam keadaan JAHIL dan TIDAK FAHAM ISLAM dengan sebenarnya.

Dan ingatlah juga, jika kita mengajak orang kepada Islam bukan kerana kita mahu menunjuk-nunjuk atau membenci orang lain, tetapi kerana kita sayangkan anak cucu Adam dan tidak mahu mereka tersesat ke jalan BATHIL. Ibarat orang sesat jalan di dalam hutan, maka tugas kita yang tahu jalan lah untuk menunjukkan kepada mereka dengan sebaiknya, dengan niat untuk membantu.  Wallahu a'lam.


Kategori

Air terjun (9) Ajaib (22) Al-Hadits dan Sains (2) Alam sekitar (11) AlQuran dan Sains (38) Angkasalepas (51) Animasi GIF (3) Antik (8) Aqidah (12) Arkeologi (21) Astronomi (47) Bala bencana (41) Batu kalimah (4) Batu permata (23) Biar betul (113) Biologi (2) Bionik (4) Budaya (5) Cinemagraph (3) Dajjal (2) Download (1) Duit (37) Duit Kertas (15) Duit Syiling (25) Dunia Hiburan (129) Ekonomi Dunia (20) Ensaiklopedia (55) Foto (345) Freemason (2) Freeware (3) Gempa bumi (7) Geologi (6) Gerhana bulan (1) GIF animation (3) Grafik 3D (3) Halimunan (3) Hamas (8) Hantu (58) High speed video (6) Iblis (13) Illuminati (27) Imam empat mazhab (5) Indeks batu permata (1) Indeks duit (2) Indeks kad telefon (1) Indeks sampul duit raya (1) Indeks setem (1) Internet (94) Jalan-jalan (56) Jenayah (121) Jin (56) Kad telefon (3) Kamera (21) Kamera digital (16) Kata-kata hikmah (28) Kemalangan (58) Kematian (55) Kesihatan dan Perubatan (202) Ketenteraan (46) Kiamat (7) Kisah akhir zaman (2) Klasik (61) Kristologi (88) Landskap (111) Makanan dan minuman (17) Makro (6) Manipulasi Foto (6) Metafizik (6) Misteri (59) Motivasi (34) Muzium mini (65) Paleontologi (1) Palestine (50) Paranormal (48) Penggodam (23) Perang (31) Perkahwinan (22) Pernikahan (18) Perubatan Islam (4) Polis (9) Politik (132) Politik dunia (49) Puisi (6) Rekod (102) Robotik (27) Sains (60) Sampul duit raya (5) Scam (5) Sedih (46) Sejarah (29) Sejarah Islam (16) Sejarah kuno (4) Selebriti meninggal (12) Seni (6) Seni beladiri (1) Senibina (21) Serangga (15) Sukan (43) Syiah (15) Syirik (1) Syria (41) Teknologi (248) Teknologi Nano (8) Teori konspirasi (181) Time lapse (39) Timur Tengah (177) Tumbuhan (37) UFO (39) Ulama meninggal dunia (2) Video (328) Wallpaper Islamik (40) Yahudi (10) Zionis (20)

Unikversiti Designed by Templateism.com & Copy Blogger Themes

Imej tema oleh blue_baron. Dikuasakan oleh Blogger.