Ratusan warga New York telah naik keretapi bawah tanah dengan underwear mereka sahaja tanpa seluar panjang.
Mereka melucuti seluar panjang mereka pada hari Ahad lalu untuk kali kesembilan acara tahunan No Pants Subway Ride, dan berlagak kononnya tiada apa yang berlaku.
Peserta bertemu di enam lokasi di seluruh bandar. Mereka membentuk kumpulan dan beredar ke stesen keretapi bawah tanah untuk menaiki keretapi. Setelah berada dalam keretapi, mereka mulai dengan selamber melucutkan seluar panjang mereka dan melipatnya.
Kebanyakan orang membaca majalah atau bercakap-cakap dengan teman-teman mereka seperti penumpang lain.
Acara ini telah bermula pada 2002 dengan hanya tujuh orang. Ianya telah tersebar ke bandar-bandar lain.
Ianya dianjurkan oleh Improv Everywhere, kumpulan yang mengatakan misinya adalah untuk menimbulkan "adegan kekacauan dan keriangan di tempat umum."
Hi
BalasPadamThanks for visitting me.I'm following you.
Hi
BalasPadamThanks for visitting me.I'm following you.