Kajian yang dilakukan oleh lembaga kajian asal Washington DC, Amerika Syarikat, Pew Research Center menyebut, Amerika boleh perlu mengubah data kependudukan mereka kelak dalam beberapa tahun ke depan.
Ini kerana, majoriti penduduk negara kuasa besar ini kelak tidak akan lagi beragama Kristian, sebagaimana yang sudah berlaku sejak negara ini ditubuhkan pada 239 tahun lalu.
Dipetik dari The Huffington Post, 12 Mei 2015, Pew Research Center menyebut agama Kristian terus mengalami penurunan jumlah pemeluk di Negeri Pak Cik Sam ini.
Menurut kajian yang mereka lakukan, antara tahun 2007 dan 2014, jumlah pemeluk agama Kristian di AS mengalami penurunan hingga 8%, dari yang asal 78.4%, kini menjadi 70,6%.
Yang menarik, jumlah penduduk AS yang mengaku tak memeluk agama apapun, tumbuh makin pesat. Jumlah golongan ini, yang semula ada di lingkungan 16.1% pada 2007, menjadi 22.8% pada 2014.
Penduduk generasi millenial, atau lebih dikenali dengan 'Generasi Y' (mereka yang lahir tahun 1980 - 2000), disebut menjadi pembawa trend semakin besarnya penduduk AS yang tidak mahu terikat dengan agama.
"Seiring dengan beranjak dewasanya para Generasi Y, kajian menunjukkan rendahnya diantara mereka yang terikat dengan sebuah agama, termasuk makin sedikit yang ke gereja, daripada generasi yang lebih tua," demikian tulis Pew Research.
Kajian menunjukkan, semakin ramai penduduk Amerika yang berpindah agama ketika dewasa.
Sebanyak 34% penduduk AS yang telah dewasa, meninggalkan agama yang diperkenalkan oleh ibu bapa mereka.
Menariknya, agama-agama di luar Kristian, seperti Islam, Hindu, dan Yahudi, tidak mengalami fenomena itu di AS.
Kira-kira 80 peratus orang Hindu, 77 peratus muslim, dan 75 peratus Yahudi yang tinggal di AS, masih bertahan dengan agama masa kecil mereka.
Hasil kajian ini dibuat Pew, dengan mengambil 35,000 responden pada 4 Jun dan 30 September 2014.
Sebelum ini, institusi ini juga menyelidik, ketika Kristian menurun, daripada tiga per empat menjadi dua pertiga pada tahun 2050 justeru Islam akan naik.
Pemeluk Islam akan melampaui Yahudi sebagai agama non-Kristian paling popular di Amerika Syarikat.
Para penyelidik mengumpul data lebih daripada 2,500 bancian, kaji selidik, dan register penduduk dari 175 negara, meliputi 95 peratus daripada penduduk dunia.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Terima kasih :)