Berita Terkini

Usaha melarang pembinaan menara masjid di Switzerland

Mufti Mesir Ali Gomaa pada hari Minggu mencela pemungutan suara di Swiss yang melarang pembuatan suatu menara baru bagi umat Islam. Gomaa menilai hal itu sebagai penghinaan terhadap umat Muslim di seluruh dunia dan dia juga menyeru umat Muslim agar tidak terpancing.

Majoriti pungutan suara di Swiss memilih untuk melarang pembuatan menara yang berkaitan dengan masjid dan menjadi tempat azan dikumandangkan.

"Usul ini ... bukan hanya dipandang sebagai serangan terhadap kebebasan untuk menganut kepercayaan, tapi juga sebagai upaya untuk menghina perasaan masyarakat Muslim di dalam dan luar Swiss," kata Gomaa, pejabat pemerintah Mesir dalam urusan hukum Islam, kepada pejabat berita rasmi negeri tersebut, MENA dan dikutip oleh AFP.

Ia mendorong 400,000 Muslim di Swiss agar menggunakan dialog dan cara-cara hukum bagi menghadapi larangan itu, yang dia gambarkan sebagai tindakan provokatif.

Parti Rakyat Swiss (SVP - Swiss People's Party), yang beraliran tengah dan menjadi parti terbesar di parlimen Swiss, telah menggolkan referendum tersebut setelah mengumpulkan 100,000 tandatangan wajib dari pemilih yang sah dalam tempoh 18 bulan.

Sementara kerajaan Swiss sendiri melarang usaha ban / larangan itu dengan mengatakan bahawa ia boleh memburukkan imej Switzerland, khususnya dalam dunia Muslim.

Gomaa juga menyeru umat Muslim agar tidak terpengaruh oleh aksi provokasi itu, dan menambahkan Islam memandang umat manusia sebagai satu keluarga.

Mesir dalam negara Arab yang berpenduduk paling padat dan menjadi pusat serangan terhadap Denmark pada 2006, setelah satu surat khabar Denmark menyiarkan gambar kartun Nabi Muhammad SAW.

Umat Muslim di Swiss dan luar negeri mengutuk pemungutan suara tersebut sebagai biadab dan anti-Islam. Kelompok pengusaha mengatakan keputusan itu merugikan sikap internasional Swiss dan dapat merosakkan hubungan dengan negara Muslim serta penanam modal kaya yang melakukan transaksi perbankan, melancong dan berbelanja di sana.

"Swiss telah gagal memberi tanda yang jelas mengenai keseragaman, kebebasan beragama dan hak asasi manusia," kata Omar Ar-Rawi, wakil integrasi Islamic Domination di Austria, yang menyatakan reaksinya penuh duka dan kekecewaan.

Penyokong-penyokong larangan itu mendakwa bahawa dengan membenarkan pembinaan menara akan mewakili pertumbuhan sebuah ideologi dan sistem hukum - hukum Syariah - yang tidak sesuai dengan demokrasi Switzerland.

Tetapi yang lain berkata kempen pungutan itu menghasut kebencian. Pada hari Rabu, masjid Geneva telah cuba dirosakkan untuk kali ketiganya selama kempen, menurut media tempatan.

Amnesty International mengatakan pungutan suara itu melanggar hak kebebasan beragama dan mungkin akan dibatalkan oleh Mahkamah Persekutuan Switzerland atau Mahkamah Eropah atas nama Hak Asasi Manusia.

Switzerland mempunyai rakyat Muslim sekitar 400,000 orang tetapi baru sahaja ada empat menara masjid. Selepas Kristian, Islam adalah agama yang paling berkembang luas di Switzerland, tetapi tetap relatif tersembunyi.

Ada beberapa ruangan bagi muslim untuk solat secara tidak rasmi, dan perancangan aplikasi untuk membina menara baru hampir selalu ditolak.


Sumber -

1 - BBC News
2 - Antara News

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih :)

Kategori

Air terjun (9) Ajaib (22) Al-Hadits dan Sains (2) Alam sekitar (11) AlQuran dan Sains (38) Angkasalepas (51) Animasi GIF (3) Antik (8) Aqidah (12) Arkeologi (21) Astronomi (47) Bala bencana (41) Batu kalimah (4) Batu permata (23) Biar betul (113) Biologi (2) Bionik (4) Budaya (5) Cinemagraph (3) Dajjal (2) Download (1) Duit (37) Duit Kertas (15) Duit Syiling (25) Dunia Hiburan (129) Ekonomi Dunia (20) Ensaiklopedia (55) Foto (345) Freemason (2) Freeware (3) Gempa bumi (7) Geologi (6) Gerhana bulan (1) GIF animation (3) Grafik 3D (3) Halimunan (3) Hamas (8) Hantu (58) High speed video (6) Iblis (13) Illuminati (27) Imam empat mazhab (5) Indeks batu permata (1) Indeks duit (2) Indeks kad telefon (1) Indeks sampul duit raya (1) Indeks setem (1) Internet (94) Jalan-jalan (56) Jenayah (121) Jin (56) Kad telefon (3) Kamera (21) Kamera digital (16) Kata-kata hikmah (28) Kemalangan (58) Kematian (55) Kesihatan dan Perubatan (202) Ketenteraan (46) Kiamat (7) Kisah akhir zaman (2) Klasik (61) Kristologi (88) Landskap (111) Makanan dan minuman (17) Makro (6) Manipulasi Foto (6) Metafizik (6) Misteri (59) Motivasi (34) Muzium mini (65) Paleontologi (1) Palestine (50) Paranormal (48) Penggodam (23) Perang (31) Perkahwinan (22) Pernikahan (18) Perubatan Islam (4) Polis (9) Politik (132) Politik dunia (49) Puisi (6) Rekod (102) Robotik (27) Sains (60) Sampul duit raya (5) Scam (5) Sedih (46) Sejarah (29) Sejarah Islam (16) Sejarah kuno (4) Selebriti meninggal (12) Seni (6) Seni beladiri (1) Senibina (21) Serangga (15) Sukan (43) Syiah (15) Syirik (1) Syria (41) Teknologi (248) Teknologi Nano (8) Teori konspirasi (181) Time lapse (39) Timur Tengah (177) Tumbuhan (37) UFO (39) Ulama meninggal dunia (2) Video (328) Wallpaper Islamik (40) Yahudi (10) Zionis (20)

Unikversiti Designed by Templateism.com & Copy Blogger Themes

Imej tema oleh blue_baron. Dikuasakan oleh Blogger.