Berwarna emas jenis 'convertible' melalui jalan-jalan Kemboja, menjadi kehairanan mereka yang melihatnya kerana penciptanya Nhean Phaloek mendakwa bahawa keretanya itu boleh dikendalikan secara telepati.
"Saya hanya perlu menjentikkan jari dan pintu kereta akan terbuka. Atau saya hanya berfikir membuka pintu kereta, dan pintu akan terbuka," kata bekas guru matematik dan fizik yang berusia 51 tahun ketika dia dengan bangga menunjukkan kereta buatan sendirinya yang bernama Angkor 333-2010.
Badannya dibuat dari serat-kaca (fiber glass), kenderaan itu menelan kos 5,000 dollar dan 19 bulan kerja, akan tetapi dia tidak berminat untuk mendedahkan tentang sistem kawalan jauh di sebaliknya.
"Saya sangat senang dan bangga dengan kereta ini kerana banyak orang mengagumi saya dan terus bertanya pada saya tentang bagaimana saya boleh melakukannya," katanya, sambil menambah bahawa Angkor 333-2010 boleh mencapai kelajuan sehingga 100 kilometer (62 batu) per jam.
Sumber - Perpustakaan
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Terima kasih :)