Berita Terkini

Kisah kewafatan Nabi Daud a.s

Telah disebutkan riwayat-riwayat yang menjelaskan tentang penciptaan Adam a.s, iaitu ketika Allah S.w.t mengeluarkan keturunannya dari sulbinya. Adam a.s melihat sebahagian dari keturunan-nya adalah para nabi a.s. Adam melihat seorang lelaki yang bercahaya dari para nabi itu, kemudian Adam a.s bertanya, "Wahai Rabb-ku, siapakah dia?" Allah S.w.t menjawab, "Ini adalah puteramu Daud a.s." Kemudian Adam bertanya lagi, "Wahai Rabb-ku, berapakah umurnya?" Allah menjawab, "Enam puluh tahun." Adam a.s berkata, "Wahai Rabb-ku, tambahkan-lah umurnya." Allah menjawab, "Tidak, kecuali jika Aku tambah umurnya (yang diambil) dari umur-mu." Sedangkan umur Adam sendiri ialah seribu tahun. Kemudian umur Daud a.s ditambah empat puluh tahun. Ketika umur Adam telah habis, datanglah Malaikat Maut kepadanya, kemudian Adam a.s berkata, "Umurku masih ada empat puluh tahun." Adam telah lupa dengan umur yang telah diberikan kepada Daud a.s. Allah S.w.t pun menyempurnakan umur Adam a.s hingga seribu tahun dan Daud a.s hingga seratus tahun.

Ahmad meriwayatkan-nya dari Ibnu Abbas, at-Turmudzi dari Abu Hurairah dan dia menshahihkan-nya, dan Ibnu Khuzaimah, Ibnu Hibban, al-Hakim berkata, "Hadits ini berdasarkan syarat Muslim.

Adapun tentang meninggalnya Daud a.s, Imam Ahmad telah mengatakan dalam Musnadnya, Qubaishah telah menceritakan kepada kami, Ya'qub bin Abdur Rahman bin Muhammad bin Amr bin Abu Amr telah menceritakan kepada kami dari al-Muthalib, dari Abu Hurairah r.a, sesungguhnya Rasulullah S.a.w bersabda; "Daud a.s adalah orang yang pencemburu sekali, ketika Daud a.s keluar rumah, dia mengunci pintu-pintu sehingga dia kembali, tidak seorang pun boleh masuk ke dalam keluarganya. Pada suatu hari Daud keluar rumah dan dia pun mengunci rumahnya. Kemudian isterinya mengintip ke dalam rumah. Tiba-tiba ada seorang lelaki berada di dalam rumah itu. Dari mana orang itu boleh masuk rumah, sedangkan rumah masih terkunci. Demi Allah, ini merupakan aib bagi Daud a.s. Kemudian Daud a.s mendatangi lelaki yang berdiri di tengah-tengah rumahnya. Daud a.s bertanya, "Siapakah anda?" Lelaki itu menjawab, "Saya adalah orang yang tidak pernah takut kepada raja dan tidak ada penghalang bagi saya." Daud berkata, "Kalau begitu, engkau pastilah Malaikat Maut yang datang membawa perintah Allah S.w.t, selamat datang." Dan Malaikat Maut pun berdiam diri beberapa ketika hingga dicabutnya roh Daud a.s. Dan ketika sudah dimandikan dan dikafani, panas terik matahari menyengatnya. Kemudian Sulaiman a.s memerintahkan kepada burung untuk memberikan naungan kepada Daud a.s.  Burung-burung pun menaungi Daud sampai bumi kelihatan gelap di bawah naungan-nya.  Kemudian Sulaiman memberikan perintah kepada burung-burung tersebut, "rapatkan-lah satu sayap kalian."

Al-Jauhari berkata, "Itu adalah burung (helang) yang panjang sayapnya." As-Saddi berkata, "Diriwayatkan dari Abu Malik, dari Ibnu Abbas r.a dia berkata, "Daud a.s wafat hari Sabtu secara mendadak dan burung-burung menaungi jasadnya." As-Saddi juga berkata, "Diriwayatkan dari Abu Malik, dari Sa'id bin Jubair dia berkata, "Daud a.s wafat pada hari Sabtu secara tiba-tiba." Ishaq bin Bisyr berkata, "Diriwayatkan dari Sa'id bin Abu Arubah dari Qatadah, dari Al-Hasan dia berkata, "Daud a.s wafat secara tiba-tiba pada hari Rabu dalam usia seratus tahun." Abu Sakan al-Hijriy berkata, "Ibrahim al-Khalil, Daud dan puteranya, Sulaiman, wafatnya secara tiba-tiba." Semoga Allah memberikan selawat serta salam ke atas mereka semua. Hadits ini diriwayatkan oleh Ibnu Asakir.

Dan ada sebuah riwayat yang menjelaskan bahawa Malaikat Maut mendatangi Daud a.s ketika dia sedang turun dari mihrabnya. Kemudian Daud a.s berkata kepada Malaikat Maut itu, "Biarkan lah aku turun atau aku akan naik (dari mihrab)." Malaikat Maut menjawab, "Wahai Nabiyullah, engkau telah menghabiskan waktu, tahun demi tahun, bulan demi bulan, umur dan juga rezeki." Kemudian Daud a.s terus sujud di atas tangga tersebut. Daud a.s diambil nyawanya ketika sujud.

[Imam Ibnu Katsir - Qashashul Anbiya']


Wallahu a'lam ....... :-)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih :)

Kategori

Air terjun (9) Ajaib (22) Al-Hadits dan Sains (2) Alam sekitar (11) AlQuran dan Sains (38) Angkasalepas (51) Animasi GIF (3) Antik (8) Aqidah (12) Arkeologi (21) Astronomi (47) Bala bencana (41) Batu kalimah (4) Batu permata (23) Biar betul (113) Biologi (2) Bionik (4) Budaya (5) Cinemagraph (3) Dajjal (2) Download (1) Duit (37) Duit Kertas (15) Duit Syiling (25) Dunia Hiburan (129) Ekonomi Dunia (20) Ensaiklopedia (55) Foto (345) Freemason (2) Freeware (3) Gempa bumi (7) Geologi (6) Gerhana bulan (1) GIF animation (3) Grafik 3D (3) Halimunan (3) Hamas (8) Hantu (58) High speed video (6) Iblis (13) Illuminati (27) Imam empat mazhab (5) Indeks batu permata (1) Indeks duit (2) Indeks kad telefon (1) Indeks sampul duit raya (1) Indeks setem (1) Internet (94) Jalan-jalan (56) Jenayah (121) Jin (56) Kad telefon (3) Kamera (21) Kamera digital (16) Kata-kata hikmah (28) Kemalangan (58) Kematian (55) Kesihatan dan Perubatan (202) Ketenteraan (46) Kiamat (7) Kisah akhir zaman (2) Klasik (61) Kristologi (88) Landskap (111) Makanan dan minuman (17) Makro (6) Manipulasi Foto (6) Metafizik (6) Misteri (59) Motivasi (34) Muzium mini (65) Paleontologi (1) Palestine (50) Paranormal (48) Penggodam (23) Perang (31) Perkahwinan (22) Pernikahan (18) Perubatan Islam (4) Polis (9) Politik (132) Politik dunia (49) Puisi (6) Rekod (102) Robotik (27) Sains (60) Sampul duit raya (5) Scam (5) Sedih (46) Sejarah (29) Sejarah Islam (16) Sejarah kuno (4) Selebriti meninggal (12) Seni (6) Seni beladiri (1) Senibina (21) Serangga (15) Sukan (43) Syiah (15) Syirik (1) Syria (41) Teknologi (248) Teknologi Nano (8) Teori konspirasi (181) Time lapse (39) Timur Tengah (177) Tumbuhan (37) UFO (39) Ulama meninggal dunia (2) Video (328) Wallpaper Islamik (40) Yahudi (10) Zionis (20)

Unikversiti Designed by Templateism.com & Copy Blogger Themes

Imej tema oleh blue_baron. Dikuasakan oleh Blogger.