Berita Terkini

Waktu bersahur Rasulullah S.a.w

makan sahur
Ketetapan Allah S.w.t yang membolehkan seseorang makan sehingga fajar terbit menunjukkan sunat bersahur, kerana sahur termasuk dalam bab rukhsah (keringanan), dan mengamalkannya merupakan perkara yang dianjurkan. Kerana itulah di dalam sunnah Rasul S.a.w terdapat anjuran bersahur. Seperti dalam kitab Shahihain, dari Anas a.s disebutkan bahawa Rasulullah S.a.w bersabda;

"Bersahurlah kalian kerana sesungguhnya di dalam sahur terdapat barakah."

Di dalam kitab Shahih Muslim disebutkan dari Amr ibnul 'Ash r.a yang menceritakan bahawa Rasulullah S.a.w bersabda;

"Sesungguhnya perbezaan antara puasa kita dengan puasa Ahli Kitab ialah makan sahur."

Imam Ahmad mengatakan, telah menceritakan kepada kami Ishaq ibnu Isa (iaitu Ibnu Tabba'), telah menceritakan kepada kami Abdur Rahman ibnu Zaid, dari ayahnya, dari Atha' ibnu Yasar, dari Abu Sa'id yang menceritakan bahawa Rasulullah S.a.w pernah bersabda;

"Sahur adalah makan yang mengandungi barakah, maka janganlah kalian melewatkannya, sekalipun seorang di antara kalian hanya meminum seteguk air, kerana sesungguhnya Allah dan para malaikat-Nya berselawat kepada orang-orang yang makan sahur."

Waktu Rasulullah S.a.w bersahur

Mengakhirkan sahur sunat hukumnya, seperti yang disebutkan dalam kitab Shahihain (Bukhari dan Muslim), dari Anas ibnu Malik, dari Zaid ibnu Tsabit yang menceritakan; "Kami makan sahur bersama Rasulullah S.a.w, kemudian kami bangkit mengerjakan shalat." Anas bertanya kepada Zaid, "Berapa lamakah jarak antara azan (Subuh) dan sahur?" Zaid menjawab "Lebih kurang sama dengan membaca lima puluh ayat (al-Quran)."

Imam Ahmad mengatakan, telah menceritakan kepada kami  Musa ibnu Daud, telah menceritakan kepada kami Ibnu Luhai-ah, dari Salim ibnu Ghailan, dari Sulaiman ibnu Abu Utsman, dari Addi ibnu Hatim al-Hamsi, dari Abu Dzar yang menceritakan bahawa Rasulullah S.a.w pernah bersabda;

"Umatku masih tetap dalam keadaan baik selagi mereka menyegerakan berbuka (puasa) dan mengakhirkan makan sahur."

Banyak hadits yang menjelaskan bahawa Rasulullah S.a.w menamakan makan sahur ini dengan sebutan "jamuan yang diberkati". Di dalam sebuah hadits yang diriwayatkan oleh Imam Ahmad, Imam an-Nasa-i dan Imam Ibnu Majah, melalui riwayat Hammad ibnu Salamah, dari Asim ibnu Bahdalah, dari Zaid ibnu Hubaisy, dari Hudzaifah yang menceritakan;

"Kami makan sahur bersama Rasulullah S.a.w, maka hari pun mulai pagi, hanya matahari belum terbit."

[Imam Ibnu Katsir - Tafsir Ibnu Katsir, surah al-Baqarah, ayat 187]


Sahur mukmin yang paling baik ialah kurma kering

نعم سحور المؤمن التمر

"Sahur seorang mu'min yang paling baik ialah kurma kering." [HR Abu Daud, Ibnu Hibban dan al-Baihaqi]

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih :)

Kategori

Air terjun (9) Ajaib (22) Al-Hadits dan Sains (2) Alam sekitar (11) AlQuran dan Sains (38) Angkasalepas (51) Animasi GIF (3) Antik (8) Aqidah (12) Arkeologi (21) Astronomi (47) Bala bencana (41) Batu kalimah (4) Batu permata (23) Biar betul (113) Biologi (2) Bionik (4) Budaya (5) Cinemagraph (3) Dajjal (2) Download (1) Duit (37) Duit Kertas (15) Duit Syiling (25) Dunia Hiburan (129) Ekonomi Dunia (20) Ensaiklopedia (55) Foto (345) Freemason (2) Freeware (3) Gempa bumi (7) Geologi (6) Gerhana bulan (1) GIF animation (3) Grafik 3D (3) Halimunan (3) Hamas (8) Hantu (58) High speed video (6) Iblis (13) Illuminati (27) Imam empat mazhab (5) Indeks batu permata (1) Indeks duit (2) Indeks kad telefon (1) Indeks sampul duit raya (1) Indeks setem (1) Internet (94) Jalan-jalan (56) Jenayah (121) Jin (56) Kad telefon (3) Kamera (21) Kamera digital (16) Kata-kata hikmah (28) Kemalangan (58) Kematian (55) Kesihatan dan Perubatan (202) Ketenteraan (46) Kiamat (7) Kisah akhir zaman (2) Klasik (61) Kristologi (87) Landskap (111) Makanan dan minuman (17) Makro (6) Manipulasi Foto (6) Metafizik (6) Misteri (59) Motivasi (34) Muzium mini (65) Paleontologi (1) Palestine (50) Paranormal (48) Penggodam (23) Perang (31) Perkahwinan (22) Pernikahan (18) Perubatan Islam (4) Polis (9) Politik (132) Politik dunia (49) Puisi (6) Rekod (102) Robotik (27) Sains (60) Sampul duit raya (5) Scam (5) Sedih (46) Sejarah (29) Sejarah Islam (16) Sejarah kuno (4) Selebriti meninggal (12) Seni (6) Seni beladiri (1) Senibina (21) Serangga (15) Sukan (43) Syiah (15) Syirik (1) Syria (41) Teknologi (248) Teknologi Nano (8) Teori konspirasi (181) Time lapse (39) Timur Tengah (177) Tumbuhan (37) UFO (39) Ulama meninggal dunia (2) Video (328) Wallpaper Islamik (40) Yahudi (10) Zionis (20)

Unikversiti Designed by Templateism.com & Copy Blogger Themes

Imej tema oleh blue_baron. Dikuasakan oleh Blogger.