Berita Terkini

Kisah Nabi Dzul Kifli menggagalkan Tipu Daya Iblis

Gambaran Iblis
"Dan ingatlah akan Ismail, Ilyasa', dan Dzul kifli, semuanya termasuk orang-orang yang paling baik." [Surah Shaad : ayat 48]

Secara zahir bahawa Al-Quran menyebutkan sanjungan Allah kepada Dzulkifli bersamaan dengan para nabi. Ini menunjukkan bahawa dia adalah seorang nabi. Semoga Allah melimpahkan selawat dan salam kepadanya. Inilah pendapat yang masyhur.

Ibnu Jarir dan Ibnu Abi Hatim meriwayatkan dari jalur Dawud bin Abi Hind, dari Mujahid, bahawasanya dia berkata; "Setelah Al-Yasa' berusia lanjut, maka dia berkata, "Adakah orang yang akan menggantikanku, mengurusi dan bekerja untuk orang-ramai pada sisa usiaku ini, hingga aku dapat melihat dia bekerja? Maka dia mengumpulkan orang-ramai dan berkata, "Barangsiapa menerima tiga permintaanku, maka akan aku jadikan penggantiku; iaitu puasa di siang hari, shalat di malam hari, dan menahan marahnya."

Mujahid melanjutkan, "Maka bangkitlah seorang lelaki yang dipandang hina oleh masyarakat, dia berkata, "Aku." Al-Yasa' berkata, "Apakah kamu sanggup puasa di siang hari, shalat di malam hari, dan menahan marah?" Dia menjawab, "Ya."

Mujahid melanjutkan, "Maka Al-Yasa' mengulanginya di hari itu dan di hari lain dengan pertanyaan yang sama. Orang-ramai terdiam. Orang tadi bangkit dan berkata, "Aku." Maka Al-Yasa' melantiknya untuk menjadi penggantinya.

Mujahid berkata, "Maka Iblis berkata kepada para syaitan, "Goda lah si fulan." Mereka pun angkat tangan dan tidak sanggup melakukannya. Iblis berkata, "Biar aku sendiri yang tanganinya." Maka Iblis mendatanginya dalam rupa seorang tua renta yang faqir. Iblis mendatanginya di kala Dzul Kifli hendak berbaring istirehat siang. Sebelumnya dia masih belum tidur baik siang atau malam kecuali waktu tersebut.

Iblis mengetuk pintu. Maka Dzul Kifli bertanya, "Siapa?" Iblis menjawab, "Seorang tua yang dizalimi." Maka Dzul Kifli bangkit dan membuka pintu. Kemudian Iblis bercerita panjang lebar seraya berkata, "Ada sebuah konflik yang terjadi antara diriku dan kaumku. Mereka menzalimiku dan memperlakukanku dengan sewenang-wenangnya." Iblis terus berbicara hingga waktu istirehat pun habis. Lalu Dzul Kifli berkata, "Bila malam telah tiba maka datanglah ke mari, aku akan kembalikan hakmu."

Ketika malam tiba, Dzul Kifli berada di tempatnya dan mengamati sekiranya ada si tua tadi. Dia tidak melihatnya dan dia pun bangkit meninggalkan tempat itu.

Keesokan harinya Dzul Kifli disibukkan dengan pekerjaannya memutuskan perkara-perkara manusia. Dia menunggu si tua renta yang dizalimi itu, namun tidak menemuinya. Tatkala dia kembali ke rumah untuk istirehat siang, maka pintu rumahnya diketuk oleh seseorang. Dia berkata, "Siapa?" Maka Iblis berkata, "Si tua renta yang dizalimi."

Dia pun membuka pintu seraya berkata, "Bukankah aku telah katakan kepadamu bila aku dalam pekerjaanku maka datanglah?" Iblis menjawab, "Mereka adalah seburuk-buruk kaum. Bila mereka mengetahui bahawa engkau sedang dalam pekerjaanmu, maka mereka mengatakan, "kami akan memenuhi hakmu". Namun bila engkau bangkit (pulang), maka mereka menentangmu." Dzul Kifli berkata, "Pergilah, nanti malam datang padaku."

Dengan demikian, maka hilang sudah waktu tidur siangnya. Kemudian pada malam harinya dia menunggu-nunggu orang tua tadi, tetapi tidak kunjung tiba, hingga akhirnya dia dihinggap rasa mengantuk, lalu dia berkata kepada anggota keluarganya, "Jangan biarkan seorang pun dekati pintu ini sehingga aku dapat tidur, kerana aku merasa mengantuk."

Pada saat itulah muncul orang tua tadi seraya berkata, "Aku sudah menemuinya kelmarin dan sudah aku ceritakan masalahku kepadanya." Lalu keluarganya berkata, "Tidak, demi Allah, dia telah menyuruh kami agar tidak membiarkan seorang pun mendekati pintu ini."

Setelah tidak berhasil memujuk keluarganya itu, dia melihat ada lubang angin pada rumahnya, lalu dia masuk melalui lubang angin itu, hingga tiba-tiba dia sudah berada dalam rumah dan mengetuk pintu dari dalam rumah. Kemudian Dzul Kifli seraya berkata, "Hai fulan, bukankah aku telah menyuruhmu agar tidak ada yang mendekati pintu ini?"

Iblis menjawab, "Memang aku tidak dibenarkan masuk, tetapi lihatlah dari mana aku boleh masuk."

Kemudian Dzul Kifli bangkit dan menuju ke pintu dan ternyata pintu masih tertutup seperti asal dia menutupnya. Dia tertanya-tanya dari mana orang ini masuk, hingga akhirnya dia tahu seraya bertanya, "Adakah kamu musuh Allah?"

"Ya, engkau telah menjadikan aku tidak mampu untuk menakluki dirimu. Aku telah berusaha sedaya upaya seperti yang engkau lihat untuk membuat-mu marah." Jawabnya. Oleh kerana itulah, Allah menamakan-nya Dzul Kifli (yang memilki kemampuan), kerana dia telah memikul satu perintah dan mampu menunaikannya.

[Imam Ibnu Katsir - Qashashul Anbiya']


Nabi Dzul Kifli a.s tetap tenang dan tidak marah, walaupun Iblis berusaha sedaya-upaya untuk membuatnya "marah".

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih :)

Kategori

Air terjun (9) Ajaib (22) Al-Hadits dan Sains (2) Alam sekitar (11) AlQuran dan Sains (38) Angkasalepas (51) Animasi GIF (3) Antik (8) Aqidah (13) Arkeologi (21) Astronomi (47) Bala bencana (42) Batu kalimah (4) Batu permata (23) Biar betul (113) Biologi (2) Bionik (4) Budaya (5) Cinemagraph (3) Dajjal (2) Download (1) Duit (37) Duit Kertas (15) Duit Syiling (25) Dunia Hiburan (129) Ekonomi Dunia (20) Ensaiklopedia (55) Foto (345) Freemason (2) Freeware (3) Gempa bumi (7) Geologi (6) Gerhana bulan (1) GIF animation (3) Grafik 3D (3) Halimunan (3) Hamas (8) Hantu (79) High speed video (6) Iblis (13) Illuminati (27) Imam empat mazhab (5) Indeks batu permata (1) Indeks duit (2) Indeks kad telefon (1) Indeks sampul duit raya (1) Indeks setem (1) Internet (94) Jalan-jalan (56) Jenayah (121) Jin (62) Kad telefon (3) Kamera (21) Kamera digital (16) Kata-kata hikmah (28) Kemalangan (58) Kematian (55) Kesihatan dan Perubatan (202) Ketenteraan (46) Kiamat (7) Kisah akhir zaman (2) Klasik (61) Kristologi (55) Landskap (111) Makanan dan minuman (17) Makro (6) Manipulasi Foto (6) Metafizik (6) Misteri (59) Motivasi (34) Muzium mini (65) Paleontologi (1) Palestine (50) Paranormal (74) Penggodam (23) Perang (31) Perkahwinan (22) Pernikahan (18) Perubatan Islam (4) Polis (9) Politik (132) Politik dunia (49) Puisi (6) Rekod (102) Robotik (27) Sains (60) Sampul duit raya (5) Scam (5) Sedih (46) Sejarah (29) Sejarah Islam (16) Sejarah kuno (4) Selebriti meninggal (12) Seni (6) Seni beladiri (1) Senibina (21) Serangga (15) Sukan (43) Syiah (15) Syirik (1) Syria (41) Teknologi (247) Teknologi Nano (8) Teori konspirasi (181) Time lapse (39) Timur Tengah (177) Tumbuhan (37) UFO (39) Ulama meninggal dunia (2) Video (335) Wallpaper Islamik (40) Yahudi (10) Zionis (20)

Unikversiti Designed by Templateism.com & Copy Blogger Themes

Imej tema oleh blue_baron. Dikuasakan oleh Blogger.