Berita Terkini

Nasihat para sahabat Nabi S.a.w berkenaan Ilmu

Kelebihan ilmu

Ali ibnu Abi Thalib r.a berkata kepada Kumail; "Hai Kumail! Ilmu itu lebih baik daripada harta. Ilmu menjaga engkau sedangkan engkau menjaga harta. Ilmu itu penghukum (hakim) sedangkan harta itu terhukum. Harta itu kurang apabila dibelanjakan sedangkan ilmu itu bertambah jika dibelanjakan."

Berkata lagi Ali r.a; "Orang berilmu lebih utama dari orang yang selalu berpuasa, solat dan berjihad. Apabila mati orang yang berilmu, maka terdapatlah satu kekosongan di dalam Islam yang tidak dapat ditutup selain orang penggantinya."

Berkata Ibnu Abbas r.a; "Disuruh pilih pada Sulaiman bin Daud a.s antara ilmu dan, harta dan kerajaan. Maka dipilihnya ilmu, lalu dianugerahkan kepadanya harta dan kerajaan bersama ilmu itu."

Berkata Ibnu Abbas r.a; "Bertukar fikiran tentang ilmu sebahagian dari malam, lebih aku sukai daripada berbuat ibadah di malam itu."  Begitu juga menurut Abu Hurairah r.a.

Berkata Al-Hasan r.a; "Ditimbang tinta para ulama dengan darah para syuhada, maka beratlah timbangan tinta ulama itu dari darah para syuhada."

Berkata Al-Hasan r.a tentang firman Allah Ta'ala yang maksudnya; "Wahai Tuhan kami! Berilah kami kebaikan di dunia ini dan kebaikan pula di akhirat nanti." [Surah al-Baqarah : ayat 201],  bahawa kebaikan di dunia itu ialah ilmu dan ibadah, sedangkan kebaikan di akhirat itu ialah syurga.

Berkata Ibnu Mas'ud r.a; "Hendaklah engkau berilmu sebelum ilmu itu diangkat. Diangkat ilmu adalah dengan kematian perawi-perawinya. Demi Tuhan yang jiwaku di dalam kekuasaanNya, sesungguhnya orang yang syahid dalam perang sabil, lebih suka dibangkitkan oleh Allah nanti sebagai ulama.  Kerana melihat kemuliaan ulama itu. Sesungguhnya tidak ada seorang pun yang dilahirkan berilmu. Kerana ilmu itu adalah dengan belajar."

[Imam al-Ghazali - Ihya' Ulumuddin, Jilid 1, Kitab ilmu: Kelebihan ilmu]


Keutamaan belajar

Berkata Abu Darda' r.a; "Lebih suka aku mempelajari satu masalah, daripada mengerjakan solat satu malam."

Dan ditambahnya pula; "Orang yang berilmu dan orang yang menuntut ilmu, bersekutu pada kebajikan. Dan manusia lain adalah jahil, tidak ada kebajikan padanya."

Dan katanya lagi; "Hendaklah engkau menjadi orang berilmu, atau belajar, atau mendengar ilmu, dan jangan lah engkau menjadi orang yang keempat (tidak termasuk salah satu yang tiga tadi) maka binasalah engkau."

Berkata Abu Darda' lagi; "Barangsiapa berpendapat bahawa pergi menuntut ilmu itu bukan jihad, maka adalah dia orang yang kurang fikiran dan akal."

Berkata Umar ibnu al-Khattab r.a; "Meninggalnya seribu 'abid (ahli ibadah) yang malamnya mengerjakan solat dan siangnya berpuasa, adalah lebih mudah, daripada meninggalnya seorang alim yang mengetahui yang dihalalkan dan yang diharamkan oleh Allah."

[Imam al-Ghazali - Ihya' Ulumuddin, Jilid 1, Kitab ilmu: Keutamaan belajar]


Keutamaan mengajar

Berkata Umar r.a; "Barangsiapa menceritakan suatu hadits, lalu diamalkan orang, maka baginya pahala seperti pahala yang diperolehi oleh orang yang mengamalkannya."

Berkata Ibnu Abbas r.a; "Orang yang mengajarkan kebaikan kepada orang ramai, nescaya diminta ampun dosanya oleh segala sesuatu, hingga ikan di dalam laut."

Berkata Al-Hasan r.a; "Kalau tidak ada lah orang yang berilmu, nescaya jadilah manusia itu seperti haiwan. Ertinya, dengan mengajar, para ahli ilmu itu mengeluarkan manusia dari batas kehaiwanan, kepada batas kemanusiaan."

[Imam al-Ghazali - Ihya' Ulumuddin, Jilid 1, Kitab ilmu: Keutamaan mengajar]

Kategori

Air terjun (9) Ajaib (22) Al-Hadits dan Sains (2) Alam sekitar (11) AlQuran dan Sains (38) Angkasalepas (51) Animasi GIF (3) Antik (8) Aqidah (12) Arkeologi (21) Astronomi (47) Bala bencana (41) Batu kalimah (4) Batu permata (23) Biar betul (113) Biologi (2) Bionik (4) Budaya (5) Cinemagraph (3) Dajjal (2) Download (1) Duit (37) Duit Kertas (15) Duit Syiling (25) Dunia Hiburan (129) Ekonomi Dunia (20) Ensaiklopedia (55) Foto (345) Freemason (2) Freeware (3) Gempa bumi (7) Geologi (6) Gerhana bulan (1) GIF animation (3) Grafik 3D (3) Halimunan (3) Hamas (8) Hantu (58) High speed video (6) Iblis (13) Illuminati (27) Imam empat mazhab (5) Indeks batu permata (1) Indeks duit (2) Indeks kad telefon (1) Indeks sampul duit raya (1) Indeks setem (1) Internet (94) Jalan-jalan (56) Jenayah (121) Jin (56) Kad telefon (3) Kamera (21) Kamera digital (16) Kata-kata hikmah (28) Kemalangan (58) Kematian (55) Kesihatan dan Perubatan (202) Ketenteraan (46) Kiamat (7) Kisah akhir zaman (2) Klasik (61) Kristologi (88) Landskap (111) Makanan dan minuman (17) Makro (6) Manipulasi Foto (6) Metafizik (6) Misteri (59) Motivasi (34) Muzium mini (65) Paleontologi (1) Palestine (50) Paranormal (48) Penggodam (23) Perang (31) Perkahwinan (22) Pernikahan (18) Perubatan Islam (4) Polis (9) Politik (132) Politik dunia (49) Puisi (6) Rekod (102) Robotik (27) Sains (60) Sampul duit raya (5) Scam (5) Sedih (46) Sejarah (29) Sejarah Islam (16) Sejarah kuno (4) Selebriti meninggal (12) Seni (6) Seni beladiri (1) Senibina (21) Serangga (15) Sukan (43) Syiah (15) Syirik (1) Syria (41) Teknologi (248) Teknologi Nano (8) Teori konspirasi (181) Time lapse (39) Timur Tengah (177) Tumbuhan (37) UFO (39) Ulama meninggal dunia (2) Video (328) Wallpaper Islamik (40) Yahudi (10) Zionis (20)

Unikversiti Designed by Templateism.com & Copy Blogger Themes

Imej tema oleh blue_baron. Dikuasakan oleh Blogger.