Yayasan Al-Aqsa untuk Wakaf dan Peninggalan Bersejarah (Muassasah Al-Aqsa Lil Waqfi Wal Turats) mendedahkan bahawa kerajaan zionis Israel telah merasmikan pada awal minggu ini terowong dan ruangan bawah tanah yang terletak di bawah Masjid Al-Aqsa, setelah selama belasan tahun sebelumnya melakukan penggalian dan pembangunan secara separa tersembunyi.
Acara perasmian tersebut dihadiri oleh para pemimpin agama Yahudi dan pemimpin tentera, diiringi senandung dan tarian agama Yahudi.
Dewan yang dirasmikan tersebut dinamakan dengan Pusat Pengunjung di Belakang Dinding (Ratapan) Kita (Visitor Center - Behind Our Wall) berisi catatan-catatan sejarah umat Yahudi pada masa lampau.
Yayasan Al-Aqsa mengingatkan pelbagai pihak bahawa pembangunan terowong dan dewan bawah tanah tersebut berbahaya bagi Masjid Al-Aqsa dan meminta umat Islam untuk menyelamatkan masjid suci ketiga setelah Masjidil Haram dan Masjid Nabawi tersebut.