Bakal-bakal ibubapa sebelum ini dapat melihat imej imbasan anak mereka di dalam perut ibu mengandung dengan mesin ultrasound di hospital. Tetapi imej tersebut masih lagi agak kabur dan hanya dalam dilihat pada skrin yang disambung.
Tetapi dengan alat baru iaitu PreVue, anak tersebut dikatakan dapat dilihat terus pada perut ibu mengandung / hamil dengan membalut alat tersebut di sekeliling perutnya. PreVue akan memanfaatkan teknologi yang akan datang iaitu 'e-tekstil' untuk menggabungkan paparan dan elektronik ke dalam alat tersebut.
PreVue direka oleh seorang perekabentuk industri iaitu Melody Shiue yang juga pelajar di University of New South Wales. Alat ini juga adalah projek thesisnya di situ.
Kemajuan terkini dalam teknologi sekarang menawarkan doktor dan ibubapa gambar 3D yang lebih terperinci dari janin secara 'real-time' (masa sebenar). Imbasan 3 dimensi menghantar gelombang bunyi dari sudut yang berbeza dan imej komposit masih dihasilkan yang menunjukkan kedalaman permukaan dan kelantangan.
Sekarang dimensi lain telah ditambah - masa. Kemampuan melihat secara 'real-time' telah ditambah ke dalam persamaan oleh teknik ultrasound 4D, sehingga gambar hidup dari janin yang bergerak di sekitar dapat dilihat pada skrin yang ditampal pada perut ibu mengandung / hamil.
Gambar-gambar ini hanyalah gambar contoh , bukannya gambar sebenar kepada alat yang dinamakan PreVue itu.
Yang menjadi persoalannya, adakah menggunakan ultrasound terhadap bayi dalam kandungan ini memberikan risiko terhadap kesihatan bayi? Dan adakah bayi tersebut rela orang melihatnya di dalam perut ibu yang hamil itu? :)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Terima kasih :)