Artefact Group dari Seattle, Washington, AS telah memecah tradisi dengan mencipta sebuah kamera DSLR yang sekaligus merupakan telefon mobil (mobile phone / smartphone). Tetapi ianya masih belum dijual dan masih merupakan kamera konsep sahaja.
Yang paling menariknya, lense Camera Futura ini bukan sahaja boleh dicabut sepertimana kamera DSLR lain, tetapi ianya juga adalah wireless. Walaupun lense itu dicabut, tetapi kamera digital ini masih dapat mengesan gambar yang di zoom oleh lense tersebut.
Sistem ini dikenali sebagai WVIL (Wireless Viewfinder Interchangeable Lens). Menggunakan 31 megapixel full frame CMOS sensor , membuatkan resolusi imej sangat besar (setakat kamera Canon dan Nikon kategori Intermediate sudah kalah ni).
Skrinnya menggunakan paparan high definition touchscreen. Terbina dengan kerangka aloi aluminum dan magnesium. Antena wireless untuk WLAN, Bluetooth, GPS dan sebagainya. Memorinya adalah micro-SDHC dan juga pek bateri. Paparan touchscreen mempunyai baterinya yang tersendiri.
Mungkin ini lah kamera masa depan yang akan menjadi teman sang jurugambar tidak lama lagi. Dan adakah syarikat-syarikat kamera digital seperti Canon, Nikon, Sony dan lain-lain merasa kejutan elektrik akibat keluarnya kamera konsep ini?
Baru-baru ini juga telah diperkenalkan kamera digital yang bukannya DSLR yang berkombinasi dengan telefon mobil iPhone oleh syarikat Black Design Associates. Model keluarannya itu dipanggil Leica i9 Concept.
Camera Futura di pameran CES 2011 pada bulan Januari baru-baru ini
[Artefactgroup]
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Terima kasih :)