Berita Terkini

Madu upah lelaki simbah asid


asid bahaya
Tak habis-habis dengan perangai zalim dan khianat menyimbah asid pada orang lain, akibat busuk hati dan tidak sabar menahan ujian hidup .......

TEMERLOH  6 September 2011  -  Akibat cemburu buta, seorang wanita melecur di muka selepas disimbah asid oleh seorang lelaki tidak dikenali yang diupah madunya dalam kejadian di Tanjung Kerayong, dekat sini, pada 30 Ogos lalu.

Dalam kejadian kira-kira jam 9.30 malam, mangsa berusia 27 tahun dan berasal dari Indonesia yang mendapat taraf penduduk tetap, melecur di muka, tubuh dan tangan dikejarkan ke Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (Hoshah), dekat sini, untuk menerima rawatan.

Sebelum kejadian, mangsa berada di rumah abangnya selepas pulang dari pasar malam dihampiri seorang lelaki tidak dikenali sebelum suspek menyimbah sejenis cecair pada muka mangsa.

Akibatnya, mangsa meraung sambil menekup muka menahan kesakitan sebelum dibantu suaminya berusia 30-an dan dikejarkan ke Hoshah.

Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Md Nor Mansor, berkata susulan itu, polis menahan seorang wanita iaitu madu mangsa di Selayang, Kuala Lumpur, Jumaat lalu.

Menurutnya, siasatan awal mendapati, kejadian terbabit dipercayai bermotifkan cemburu apabila wanita itu mengupah seorang lelaki lain untuk menyimbah asid pada mangsa.

“Polis mengklasifikasi kejadian terbabit mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan parah,” katanya.

[Harian Metro]

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih :)

Kategori

Air terjun (9) Ajaib (22) Al-Hadits dan Sains (2) Alam sekitar (11) AlQuran dan Sains (38) Angkasalepas (51) Animasi GIF (3) Antik (8) Aqidah (12) Arkeologi (21) Astronomi (47) Bala bencana (41) Batu kalimah (4) Batu permata (23) Biar betul (113) Biologi (2) Bionik (4) Budaya (5) Cinemagraph (3) Dajjal (2) Download (1) Duit (37) Duit Kertas (15) Duit Syiling (25) Dunia Hiburan (129) Ekonomi Dunia (20) Ensaiklopedia (55) Foto (345) Freemason (2) Freeware (3) Gempa bumi (7) Geologi (6) Gerhana bulan (1) GIF animation (3) Grafik 3D (3) Halimunan (3) Hamas (8) Hantu (58) High speed video (6) Iblis (13) Illuminati (27) Imam empat mazhab (5) Indeks batu permata (1) Indeks duit (2) Indeks kad telefon (1) Indeks sampul duit raya (1) Indeks setem (1) Internet (94) Jalan-jalan (56) Jenayah (121) Jin (56) Kad telefon (3) Kamera (21) Kamera digital (16) Kata-kata hikmah (28) Kemalangan (58) Kematian (55) Kesihatan dan Perubatan (202) Ketenteraan (46) Kiamat (7) Kisah akhir zaman (2) Klasik (61) Kristologi (87) Landskap (111) Makanan dan minuman (17) Makro (6) Manipulasi Foto (6) Metafizik (6) Misteri (59) Motivasi (34) Muzium mini (65) Paleontologi (1) Palestine (50) Paranormal (48) Penggodam (23) Perang (31) Perkahwinan (22) Pernikahan (18) Perubatan Islam (4) Polis (9) Politik (132) Politik dunia (49) Puisi (6) Rekod (102) Robotik (27) Sains (60) Sampul duit raya (5) Scam (5) Sedih (46) Sejarah (29) Sejarah Islam (16) Sejarah kuno (4) Selebriti meninggal (12) Seni (6) Seni beladiri (1) Senibina (21) Serangga (15) Sukan (43) Syiah (15) Syirik (1) Syria (41) Teknologi (248) Teknologi Nano (8) Teori konspirasi (181) Time lapse (39) Timur Tengah (177) Tumbuhan (37) UFO (39) Ulama meninggal dunia (2) Video (328) Wallpaper Islamik (40) Yahudi (10) Zionis (20)

Unikversiti Designed by Templateism.com & Copy Blogger Themes

Imej tema oleh blue_baron. Dikuasakan oleh Blogger.