Cara Hidup

Konspirasi

Dunia Islam

Kisah Nabi dan Sahabat

Kisah umat dahulu

Sains

» » » Fosil Dinasour terbesar ditemui di Argentina

Tulang fosil seekor dinosaur yang dipercayai sebagai haiwan terbesar pernah wujud di bumi ditemui di Argentina, kata ahli paleontologi.


Berdasarkan tulang pehanya yang besar, ia mungkin berukuran 40 meter panjang dan 20 meter tinggi.

Dengan berat 77 tan, haiwan itu seberat 14 gajah Afrika dan 7 tan lebih berat daripada pemegang rekod spesis dinosaur sebelum ini, Argentinosaurus.

Saintis percaya haiwan ini ialah spesis dinasour herbivor terbaru yang dinamakan sebagai Titanosaur – yang hidup pada akhir zaman Cretaceous.


Seorang pekerja ladang warga tempatan pada mulanya tersandung pada bonggol tulang haiwan itu di padang pasir berhampiran La Flecha, kira-kira 250 kilometer di barat Trelew, Patagonia.

Fosil itu kemudian digali oleh sepasukan ahli paleontologi daripada Muzium Paleontologi Egidio Feruglio yang diketuai oleh Dr Jose Luis Carballido dan Dr Diego Pol.

Mereka menemui sebahagian rangka tujuh haiwan dengan jumlah keseluruhan sebanyak 150 tulang, kesemuanya dalam keadaan yang mengagumkan.

Argentinosaurus

Seorang kru filem daripada Unit Sejarah Semulajadi BBC turut berada di sana untuk merakam setelah saintis menyedari betapa besar penemuan mereka itu. 

"Berdasarkan saiz tulang itu yang melepasi ukuran sebarang haiwan gergasi sebelum ini, dinosaur yang baru ditemui itu ialah yang terbesar yang pernah hidup di bumi," kata penyelidik kepada BBC News.

"Panjangnya dari kepala hingga ke hujung ekor ialah 40 meter."

"Ketika haiwan itu berdiri ia mungkin setinggi 20 meter iaitu sama dengan bangunan tujuh tingkat," katanya.

Herbivor gergasi berkenaan tinggal di hutan Patagonia antara 95 hingga 100 juta tahun dahulu berdasarkan usia pembentukan batu-batan dimana tulang itu ditemui.

[BBC / ]

«
Next
Catatan Terbaru
»
Previous
Catatan Lama


Artikel berkaitan:

Kategori

Air terjun (9) Ajaib (22) Alam sekitar (10) Angkasalepas (51) Animasi GIF (3) Antik (8) Aqidah (13) Arkeologi (21) Astronomi (48) Bala bencana (41) Batu kalimah (4) Batu permata (23) Biar betul (112) Biologi (2) Bionik (4) Budaya (5) Cinemagraph (3) Dajjal (2) Download (2) Duit (37) Duit Kertas (15) Duit Syiling (24) Dunia Hiburan (127) Ekonomi Dunia (20) Ensaiklopedia (55) Foto (346) Freemason (2) Freeware (3) Gempa bumi (7) Geologi (6) Gerhana bulan (1) GIF animation (3) Grafik 3D (3) Halimunan (3) Hamas (8) Hantu (52) High speed video (6) Iblis (13) Illuminati (26) Imam empat mazhab (5) Indeks batu permata (1) Indeks duit (2) Indeks kad telefon (1) Indeks sampul duit raya (1) Indeks setem (1) Internet (91) Jalan-jalan (56) Jenayah (121) Jin (35) Kad telefon (3) Kamera (21) Kamera digital (16) Kata-kata hikmah (28) Kemalangan (57) Kematian (55) Kesihatan dan Perubatan (191) Ketenteraan (46) Kiamat (7) Kisah akhir zaman (2) Klasik (59) Kristologi (47) Landskap (111) Makanan dan minuman (17) Makro (6) Manipulasi Foto (6) Metafizik (5) Misteri (59) Motivasi (34) Muzium mini (65) Paleontologi (1) Palestine (49) Paranormal (28) Penggodam (23) Perang (31) Perkahwinan (22) Pernikahan (19) Perubatan Islam (5) Polis (9) Politik (130) Politik dunia (49) Puisi (6) Rekod (101) Robotik (27) Sains (60) Sampul duit raya (5) Scam (5) Sedih (46) Sejarah (29) Sejarah Islam (16) Sejarah kuno (4) Selebriti meninggal (12) Seni (5) Seni beladiri (1) Senibina (21) Serangga (15) Sukan (42) Syiah (15) Syirik (1) Syria (41) Teknologi (241) Teknologi Nano (7) Teori konspirasi (163) Time lapse (39) Timur Tengah (176) Tumbuhan (36) UFO (39) Ulama meninggal dunia (2) Video (292) Wallpaper Islamik (39) Yahudi (10) Zionis (20)