Maulana Muhammad Asri Yusoff menjawab soalan, "Adakah Imam Mazhab tidak ikut Sunnah?" Ikuti video penjelasan ringkas berikut;
Berikut antara "point" yang dijelaskan oleh Maulana Asri;
- Hampir-hampir kita tidak boleh temui bahawa Imam Mazhab terutamanya Imam-imam besar, bercanggah dengan hadits. Melainkan kalau di peringkat-peringkat bawahan, mungkin ada.
- Imam Mazhab berijtihad dengan dalil hadits masing-masing. Mungkin ada hadits yang ulama lain kata sudah mansukh, tetapi dia kata tidak mansukh. Tetapi untuk mengatakan sebagai contohnya, Imam Syafi'e itu melakukan bid'ah, adalah tidak wajar sama sekali.
- Bid'ah itu sendiri kadang-kadang ada yang khilaf, ada yang tidak khilaf.
Video penjelasan Dr Mohd Asri Zainul Abidin di bawah pula mungkin boleh memperincikan sedikit lagi tentang hal ini. Dan video penjelasan Ustaz Azhar Idrus mungkin sesuai bagi sesiapa yang masih tidak faham, kenapa perlu ikut Imam Mazhab. :-)

Dr Asri - Ada Kemungkinan Sahabat & Imam Mazhab Tak Jumpa Hadis?
Kenapa Kita Perlu Ikut Mazhab? Kenapa Tak Ikut Al-Quran & Hadis Saja? - Ustaz Azhar Idrus