Berita Terkini

Aisha Canlas sering bertanya, apakah seorang Lelaki itu Tuhan?

Aisha CanlasAisha Canlas, adalah penganut Katolik sebelum menjadi seorang Muslim. Kedua orang tuanya juga Katolik, namun ketika itu dia menjadi anggota perkumpulan gereja yang berbeza dengan gereja kedua ibu bapanya. Namun mereka sama-sama berdoa di depan gambar seorang lelaki yang diyakini sebagai tuhannya umat Kristian. Ketika itu, Canlas sering bertanya, benarkah ini wajah Tuhan? Bagaimana seseorang boleh tahu seperti apa wajah Tuhan? Apakah mereka sudah pernah bertemu dengan Tuhan?

Di sudut lain, Canlas selalu merasa ketenangan dan kedamaian ketika mendengar suara azan dari sebuah masjid di bandar Manila, Filipina. "Saya selalu memejamkan mata dan merasakan ketenangan walaupun, saya tidak tahu makna kata-kata dalam azan. Suara azan seperti suara muzik di hati saya," tutur Canlas. Tapi semasa itu, dia sama sekali belum terfikir untuk masuk Islam.

Canlas akhirnya merantau ke Arab Saudi untuk bekerja, dengan harapan dapat memberikan masa depan yang lebih baik untuk keluarganya. Sebelum berangkat ke Saudi, Canlas belajar banyak perkara tentang Saudi untuk mengelakkan kejutan akibat perbezaan budaya dan untuk memudahkannya bergaul di negara tempat dia bekerja.

"Saya belajar tentang budaya, dan tentang negara Saudi secara keseluruhan, mulai dari bahasa dan tentu saja agamanya. Dan saya mula tertarik dengan agama Islam dan ingin lebih tahu banyak tentang Islam," ujar Canlas.

Dia mengakui prosesnya masuk Islam cukup panjang. Dia sering bertanya pada para doktor di tempat kerjanya tentang agama Islam. Kemudian dia mengetahui bahawa ada sebuah madrasah di persekitaran kerjanya dan memutuskan untuk ikut mendaftarkan diri di madrasah tersebut dan mula mengikuti pelajaran di madrasah itu bersama seorang rakan dan kawan sebiliknya pada 17 Januari 2008.

"Pada mulanya, saya menjadi pusat perhatian, kerana saya pelajar baru di kelas dan satu-satunya penganut Kristian yang duduk bersama mereka. Saya mendengar apa yang disampaikan guru kami tentang Islam, al-Quran, Rasulullah dan Allah S.w.t," ujar Canlas. 

"Sejak itu, saya mula memahami agama Islam. Kemudian meminta izin pada ibu saya di Filipina agar memberikan restu pada saya untuk berpindah agama dari seorang penganut Katolik menjadi seorang Muslimah," sambung Canlas.

Beruntung, Canlas tidak menghadapi halangan dari si ibu. Menurut Canlas, ibunya cuma bimbang ketika dia masuk Islam dia akan melupakan orang tuanya. Canlas menjelaskan pada ibunya bahawa Muslim sangat menghormati orang tuanya, terutama ibu.

Canlas mengucap dua kalimah syahadah pada 24 Januari 2008 di hadapan guru dan pelajar-pelajar madrasah lain. Canlas mengakui tidak dapat diungkapkan seperti apa perasaannya semasa itu. "Yang saya tahu, setelah bersyahadah saya merasa hati saya terlepas dari pelbagai beban. Saya merasakan kedamaian yang selama ini saya cari dalam kehidupan ini. Menjadi seorang Muslim sungguh sangat berbeza rasanya," ungkap Canlas.

Canlas berkata, beberapa rakannya bertanya mengapa dia masuk Islam. Dan dia menjawab bahawa tidak ada seorang atau sesuatu yang patut disembah kecuali Allah S.w.t dan Muhammad S.a.w adalah utusanNya. 

"Beberapa diantara mereka mengatakan bahawa saya mengkhianati agama saya yang dulu, Katolik. Tapi di lubuk hati saya mengatakan bahawa itu tidak benar," tegas Canlas.

"Saya berharap dan berdoa pada Allah S.w.t agar saya boleh meyakinkan keluarga saya untuk masuk Islam juga. Saya ingin mereka selamat dari api neraka pada Hari Kiamat nanti," harap Canlas.


Kategori

Air terjun (9) Ajaib (22) Al-Hadits dan Sains (2) Alam sekitar (11) AlQuran dan Sains (38) Angkasalepas (51) Animasi GIF (3) Antik (8) Aqidah (12) Arkeologi (21) Astronomi (47) Bala bencana (41) Batu kalimah (4) Batu permata (23) Biar betul (113) Biologi (2) Bionik (4) Budaya (5) Cinemagraph (3) Dajjal (2) Download (1) Duit (37) Duit Kertas (15) Duit Syiling (25) Dunia Hiburan (129) Ekonomi Dunia (20) Ensaiklopedia (55) Foto (345) Freemason (2) Freeware (3) Gempa bumi (7) Geologi (6) Gerhana bulan (1) GIF animation (3) Grafik 3D (3) Halimunan (3) Hamas (8) Hantu (58) High speed video (6) Iblis (13) Illuminati (27) Imam empat mazhab (5) Indeks batu permata (1) Indeks duit (2) Indeks kad telefon (1) Indeks sampul duit raya (1) Indeks setem (1) Internet (94) Jalan-jalan (56) Jenayah (121) Jin (56) Kad telefon (3) Kamera (21) Kamera digital (16) Kata-kata hikmah (28) Kemalangan (58) Kematian (55) Kesihatan dan Perubatan (202) Ketenteraan (46) Kiamat (7) Kisah akhir zaman (2) Klasik (61) Kristologi (88) Landskap (111) Makanan dan minuman (17) Makro (6) Manipulasi Foto (6) Metafizik (6) Misteri (59) Motivasi (34) Muzium mini (65) Paleontologi (1) Palestine (50) Paranormal (48) Penggodam (23) Perang (31) Perkahwinan (22) Pernikahan (18) Perubatan Islam (4) Polis (9) Politik (132) Politik dunia (49) Puisi (6) Rekod (102) Robotik (27) Sains (60) Sampul duit raya (5) Scam (5) Sedih (46) Sejarah (29) Sejarah Islam (16) Sejarah kuno (4) Selebriti meninggal (12) Seni (6) Seni beladiri (1) Senibina (21) Serangga (15) Sukan (43) Syiah (15) Syirik (1) Syria (41) Teknologi (248) Teknologi Nano (8) Teori konspirasi (181) Time lapse (39) Timur Tengah (177) Tumbuhan (37) UFO (39) Ulama meninggal dunia (2) Video (328) Wallpaper Islamik (40) Yahudi (10) Zionis (20)

Unikversiti Designed by Templateism.com & Copy Blogger Themes

Imej tema oleh blue_baron. Dikuasakan oleh Blogger.