Berita Terkini

Ubay ibnu Ka’ab, sahabat yang paling mengerti tentang Al-Quran

Sayyidina Ubay ibnu Ka'ab r.a ialah salah seorang sahabat dan qari yang masyhur. Sebelum memeluk Islam lagi beliau telah pandai membaca dan menulis. Kebolehan itu bukanlah kebiasaan umum dalam kalangan bangsa 'Arab pada masa itu. Setelah kedatangan Islam, barulah kemahiran itu diperluaskan.

Beliau selalu berada di sisi Nabi S.a.w untuk menulis wahyu. Beliau sangat mahir tentang Al-Quran dan beliau ialah daripada kalangan mereka yang telah menghafal seluruh Al-Quran semasa hayat Rasulullah S.a.w lagi. Beliau selalu berusaha untuk mengkhatamkan Al-Quran dalam tempoh 8 malam semasa solat Tahajjud. [1]

Ubay r.a paling mengerti tentang Al-Quran

Dari Ubay ibnu Ka’ab r.a dia berkata, Rasulullah shallallahu alaihi wasallam bertanya;

"Wahai Abul Mundzir, ayat apakah dalam al-Qur'an menurutmu yang paling agung?" Ubay berkata: Aku menjawab: "Allah dan Rasul-Nya yang lebih mengetahui." Nabi bertanya kembali: "Wahai Abul Mundzir, ayat apakah dalam al-Qur'an menurutmu yang paling agung?"  Aku menjawab: اللهُ لاَ إِلَهَ إِلاَّ هُوَ الْحَيُّ القَيُّوْمُ  [ayat kursi, surat al-Baqarah : 255], Ubay melanjutkan kisahnya: Lalu Rasulullah shallallahu alaihi wasallam menepuk dadaku, dan bersabda: "Demi Allah, semoga ilmu mudah engkau capai wahai Abul Mundzir!" [2]

Ibnu Abbas berkata: Umar ibnu al-Khattab berkata;

"Orang yang paling mengerti tentang al-Qur'an di antara kami adalah Ubay (ibnu Ka'ab), dan yang paling tepat di antara kami dalam memutuskan perkara adalah Ali (ibnu Abi Thalib), dan kami meninggalkan pendapat Ubay ibnu Ka'ab, yang demikian itu kerana Ubay berkata: Aku tidak meninggalkan suatu ilmu yang aku dengar dari Rasulullah shallallahu alaihi wasallam, sedangkan Allah ta'ala berfirman: "Ayat mana saja yang kami nasakhkan, atau Kami menjadikan manusia lupa kepadanya." [Surah al-Baqarah : 106] [HR Ahmad, al-Bukhari 4481]

Ubay r.a berpendapat tidak adanya ayat al-Qur’an yang mansukh (terhapus), kerana dia menyatakan belum sampai ilmu hal itu kepadanya dari Rasulullah S.a.w, maka Umar membantahnya dengan firman Allah dalam Surah al-Baqarah : 106.   [Irsyad as-Saari hadits No 4481]

Dari Anas, dia berkata : Rasulullah S.a.w bersabda;  "Umatku yang paling mengerti al-Qur’an adalah Ubay." [HR Tirmidzi 3793, Ibnu Majah 154]

Dari Abdullah bin Amru dia berkata:  "Pelajarilah al-Qur’an dari empat orang; Abdullah ibnu Mas'ud, Ubay ibnu Ka'ab, Mu'adz ibnu Jabal, Salim khadam kepada Abu Huzaifah." [HR al-Bukhari 3758,  al-Hakim, dan Abu Nuaim]

Pada suatu ketika semasa Rasulullah S.a.w mengimami solat, baginda S.a.w telah tertinggal satu ayat. Ubay r.a telah menegur baginda S.a.w. Selepas solat baginda S.a.w bertanya, "Siapakah yang menegurku?" Ubay r.a menjawab "sayalah yang telah memberitahu."  Rasulullah S.a.w pun bersabda, "Saya memang sudah pun mengagak bahawa engkaulah yang memperbetulkan ayat itu."  [HR Ahmad]

Namanya disebut oleh Allah S.w.t

Anas berkata, Nabi shallallahu alaihi wasallam berkata kepada Ubay;

إِنَّ اللهَ أَمَرَنِي أَنْ أَقْرَأَ عَلَيْكَ القُرْآنَ

"Sesungguhnya Allah memerintahkan padaku untuk mengajarimu al-Qur'an." Dan dalam lafaz hadits lainnya; (أَمَرَنِي أَنْ أُقْرِئَكَ القُرْآنَ), Ubay bertanya: "Apakah Allah menyebut namaku kepadamu?" Nabi shallallahu alaihi wasallam menjawab; "Ya" Ubay bertanya kembali; "Dan aku disebut di sisi Allah Pencipta alam semesta?" Nabi shallallahu alaihi wasallam menjawab;  "Ya", mendengar hal itu Ubay mencucurkan air mata, menangis (terharu). [HR Ahmad, al-Bukhari, Muslim dan at-Turmudzi]

Dari Abdullah bin Abdurrahman bin Abza, dari ayahnya, dia berkata, Ubay bin Ka’ab berkata, Rasulullah S.a.w berkata padaku;

أُمِرْتُ أَنْ أَقْرَأَ عَلَيْكَ سُوْرَةً ، قُلْتُ : ياَ رَسُوْلَ اللهِ وَسُمِّيْتُ لَكَ ؟ قَالَ : “نَعَمْ”، قُلْتُ ِلأُبَيٍّ : فَرِحْتَ بِذَلِكَ ؟ قاَلَ : وَمَا يَمْنَعُنِي وَهُوَ يَقُوْلُ : قُلْ بِفَضْلِ اللهِ وَبِرَحْمَتِهِ فَبِذَلِكَ فَلْيَفْرَحُوْا هُوَ خَيْرٌ مِمَّا يَجْمَعُوْنَ

"Aku diperintah untuk mengajarkan padamu surah dalam al-Qur'an," Aku bertanya; "Wahai Rasulullah, namaku disebut padamu?" Beliau shallallahu alaihi wasallam menjawab; "Ya."  Periwayat hadits berkata;  Aku bertanya kepada Ubay; "Apakah engkau gembira dengan hal ini?" Dia menjawab; "Apa yang menghalangiku untuk tidak bergembira? Sedangkan Allah ta'ala berfirman; "Katakanlah dengan kurnia Allah dan rahmat-Nya hendaknya mereka bergembira, dia lebih baik dari apa yang mereka kumpulkan." [Surah Yunus : 57] [HR Ahmad dan Abu Nuaim]

Pandangannya tentang dunia

Mengenai dunia, Ubay pernah melukiskannya sebagai berikut, "Sesungguhnya makanan manusia itu sendiri, dapat diambil sebagai perumpamaan bagi dunia. Dikatakannya enak atau tidak, tetapi yang penting menjadi apa nantinya?"

Bila Ubay r.a bercakap di hadapan khalayak ramai, maka semua leher akan terhulur dan telinga sama terpasang, disebabkan sama terpukau dan terpikat, sebab apabila dia berbicara mengenai agama Allah tiada seorang pun yang ditakutinya, dan tiada udang di sebalik batu.

Tatkala wilayah Islam telah meluas, dan dilihatnya sebahagian kaum Muslimin mulai menyeleweng dengan menjilat pada pembesar-pembesar mereka, dia tampil dan melepas kata-katanya yang tajam, "Celaka mereka, demi Tuhan! Mereka celaka dan mencelakakan! Tetapi aku tidak menyesal melihat nasib mereka, hanya kusayangkan ialah kaum Muslimin yang celaka disebabkan mereka! "

Kerana kesalehan dan ketakwaannya, Ubay selalu menangis setiap kali mengingati Allah dan hari yang akhir. Ayat-ayat Al-Quranul Karim, baik yang dibaca atau yang didengarnya semua menggetarkan hati dan seluruh persendiannya.

Yang paling dicemaskan oleh Ubay terhadap umat Islam ialah datangnya suatu generasi umat yang saling berbantah-bantahan sesama mereka. Dia selalu memohon keselamatan kepada Allah, berkat kurnia serta rahmat-Nya, Ubay memperolehinya. Dia menghadap Allah dalam keadaan beriman, tenteram dan mendapat limpahan pahala-Nya. [3]

Jundub ibnu 'Abdullah r.a berkata; "Saya telah datang ke Madinah untuk menuntut ilmu. Pada masa itu, ada beberapa orang yang sedang mengajar hadits kepada kumpulan-kumpulan pelajar di Masjid Nabawi. Terdapat juga halqah-halqah pelajar secara berasingan di sisi setiap guru. Saya melewati halqah-halqah itu sehingga saya tiba pada satu halqah yang saya dapati seorang yang seumpama musafir sedang duduk mengajar hadits. Terdapat hanya 2 helai kain di badannya. Saya bertanya kepada orang ramai, "Siapakah syeikh ini?" Mereka menjawab, "Inilah penghulu orang-orang Islam, Sayyidina Ubay ibnu Ka'ab r.a."  Saya pun duduk dalam majlisnya. Setelah selesai mengajar hadits, beliau pulang ke rumah. Saya pun mengekorinya.  Sampai di suatu tempat, saya nampak sebuah rumah yang sangat usang dan hampir roboh dengan peralatan yang ringkas, kehidupan yang sungguh zuhud." [4]

Wasiat Ubay r.a

Dari Abu al-Aliyah, dia berkata; Seseorang berkata kepada Ubay bin Kaab r.a; "Berilah aku wasiat!" Ubay r.a menjawab; "Jadikan Kitabullah sebagai imam,  dan redhalah terhadap hukum yang diputuskan al-Quran, sesungguhnya al-Quran-lah yang menjadikan Rasul kalian menguasai kalian, al-Quran memberikan syafaat (bagi yang mengamalkannya), al-Quran adalah kitab yang ditaati, di dalam al-Quran kalian disebut dan demikian pula orang-orang sebelum kalian dikisahkan, dan al-Quran adalah pemutus perselisihan di antara kalian, dan al-Quran adalah kisah tentang kalian dan orang-orang sesudah kalian." [5]

Di samping kecintaannya terhadap ilmu dan perkhidmatannya yang khusus terhadap Al-Quran, beliau juga menyertai Nabi S.a.w dalam setiap peperangan. Tiada satu ghazwah Rasulullah S.a.w pun yang beliau tidak ikut serta. [6]

Rujukan:

1 - Syeikh Muhammad Zakariyya Kandhlawi - Fadhaa-il Al-'Amal, Bab 8: Kesungguhan terhadap ilmu.
2 - HR Ahmad 21278, Muslim 1885.
3 - Hepi Andi Bastoni - 101 Sahabat Nabi.
4 - Muhammad Ibn Sa'ad al-Zuhri - Thabaqat Ibnu Sa'ad (at-Thabaqat al-Kubra).
5 - HR Abu Nuaim dalam kitab al-Hilyah, 1/253.
6 - Syeikh Muhammad Zakariyya Kandhlawi - Fadhaa-il Al-'Amal, Bab 8: Kesungguhan terhadap ilmu.

Kategori

Air terjun (9) Ajaib (22) Al-Hadits dan Sains (2) Alam sekitar (11) AlQuran dan Sains (38) Angkasalepas (51) Animasi GIF (3) Antik (8) Aqidah (12) Arkeologi (21) Astronomi (47) Bala bencana (41) Batu kalimah (4) Batu permata (23) Biar betul (113) Biologi (2) Bionik (4) Budaya (5) Cinemagraph (3) Dajjal (2) Download (1) Duit (37) Duit Kertas (15) Duit Syiling (25) Dunia Hiburan (129) Ekonomi Dunia (20) Ensaiklopedia (55) Foto (345) Freemason (2) Freeware (3) Gempa bumi (7) Geologi (6) Gerhana bulan (1) GIF animation (3) Grafik 3D (3) Halimunan (3) Hamas (8) Hantu (58) High speed video (6) Iblis (13) Illuminati (27) Imam empat mazhab (5) Indeks batu permata (1) Indeks duit (2) Indeks kad telefon (1) Indeks sampul duit raya (1) Indeks setem (1) Internet (94) Jalan-jalan (56) Jenayah (121) Jin (56) Kad telefon (3) Kamera (21) Kamera digital (16) Kata-kata hikmah (28) Kemalangan (58) Kematian (55) Kesihatan dan Perubatan (202) Ketenteraan (46) Kiamat (7) Kisah akhir zaman (2) Klasik (61) Kristologi (88) Landskap (111) Makanan dan minuman (17) Makro (6) Manipulasi Foto (6) Metafizik (6) Misteri (59) Motivasi (34) Muzium mini (65) Paleontologi (1) Palestine (50) Paranormal (48) Penggodam (23) Perang (31) Perkahwinan (22) Pernikahan (18) Perubatan Islam (4) Polis (9) Politik (132) Politik dunia (49) Puisi (6) Rekod (102) Robotik (27) Sains (60) Sampul duit raya (5) Scam (5) Sedih (46) Sejarah (29) Sejarah Islam (16) Sejarah kuno (4) Selebriti meninggal (12) Seni (6) Seni beladiri (1) Senibina (21) Serangga (15) Sukan (43) Syiah (15) Syirik (1) Syria (41) Teknologi (248) Teknologi Nano (8) Teori konspirasi (181) Time lapse (39) Timur Tengah (177) Tumbuhan (37) UFO (39) Ulama meninggal dunia (2) Video (328) Wallpaper Islamik (40) Yahudi (10) Zionis (20)

Unikversiti Designed by Templateism.com & Copy Blogger Themes

Imej tema oleh blue_baron. Dikuasakan oleh Blogger.