Para jemaah haji di Masjid Nabi Muhammad S.a.w di Madinah terkejut mendengar jeritan kegembiraan dari seorang jemaah tua Sudan yang mengatakan bahawa dia dapat melihat kembali.
“Saya tidak boleh percaya apa yang berlaku kepada saya,” kata Fatima Al Mahi memberitahu akhbar harian berbahasa Arab Okza, Emirate 24/7 yang dilaporkan pada Isnin, 14 Oktober.
Fatima Al Mahi berkata bahawa dia berada di Masjid Nabi apabila dia mula melihat cahaya yang telah hilang darinya sejak tujuh tahun yang lalu.
“Saya boleh melihat anak saya buat pertama kali dalam tempoh tujuh tahun dan saya kini boleh bergerak tanpa bantuan dari siapa-siapa pun,” katanya.
Kisah Fatima bermula apabila dia kehilangan penglihatan mata tujuh tahun lalu.
Walaupun telah melalui beberapa operasi di rumah untuk mengubatinya, kes itu tidak berubah. Pada masa itu, dia mula untuk mempercayai bahawa dia akan dikembalikan penglihatan jika dia melawat Makkah dan Madinah untuk menunaikan haji.
Pergi ke haji tahun ini, warga tua itu tinggal untuk tempoh yang lama di dalam Masjid Nabi, berdoa kepada Allah.
“Saya berharap saya akan melihat sekali lagi apabila saya pergi ke Arab Saudi untuk menunaikan haji,” katanya yang dipetik oleh Okza .
“Saya menghabiskan masa beberapa hari di Masjidil Haram berdoa kepada Allah S.W.T agar menyembuhkan saya."
“Saya sedang duduk di satu sudut di Masjidil Haram apabila tiba-tiba kegelapan seperti dibersihkan dari mata saya dan saya mula dapat melihat, ” katanya.
[On Islam]
SubhanAllah MasyaAllah TabaarakAllah .......
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Terima kasih :)