Amerika Syarikat tidak tahu di mana pemimpin jaringan Al Qaida, Osama bin Laden bersembunyi dan tidak memiliki laporan intelijen yang baik mengenai keberadaannya dalam beberapa tahun, kata Menteri Pertahanan Robert Gates, Sabtu.
Berbicara dalam satu wawancara yang disiarkan Minggu dalam program "This Week" stesyen television ABC, Gates juga mengatakan dia tidak boleh mengesahkan berita-berita bulan ini bahawa seorang tahanan mungkin telah melihat Osama di Afghanistan awal tahun ini, sebagaimana dikutip dari Reuters.
"Kami tidak tahu di mana Osama bin Laden berada. Jika kami tahu, kami akan bergerak dan menangkap dia," kata Gates dalam kutipan-kutipan wawancara itu yang disiarkan ABC.
Ditanya bila terakhir kali Amerika Syarikat memiliki laporan intelijen yang baik mengenai keberadaan Osama, Gates mengatakan "Saya kira itu beberapa tahun lalu.
Stesyen television Inggeris BBC awal bulan ini memberitakan seorang tahanan di Pakistan mengaku memiliki informasi bahawa Osama berada di Ghazni, Afghanistan timur Januari atau Februari.
Komiti Hubungan Luar Negeri Senat AS mengeluarkan sebuah laporan akhir bulan lalu yang menyalahkan tidak adanya usaha-usaha dilakukan oleh pemerintah bekas Presiden George W. Bush dan para komandan tentera AS kerana membiarkan Osama bin Laden melarikan diri dari daerah Tora Bora, Afghanistan akhir tahun 2001.
Sumber - Antara News
Benarkah AS tidak tahu di mana Osama Laden bersembunyi sedangkan mereka mempunyai pelbagai teknologi untuk mengesan termasuk lah satelit, ataupun ianya sekadar propaganda untuk terus menuduh orang Islam sebagai pengganas?? Ataupun Osama Laden yang sebenar kemungkinan besar ialah Tim Osman iaitu agen CIA?
Memang ade syarikat Bin Laden di Saudi tu. Company saya pernah berurus niaga dahulu. Memang kaya raya. Tapi.... Osama tu.. betul ke wujud atau rekaan pihak2 tertentu semata2.. Saje untuk mencemarkan agama Islam..
BalasPadamMemang ade syarikat Bin Laden di Saudi tu. Company saya pernah berurus niaga dahulu. Memang kaya raya. Tapi.... Osama tu.. betul ke wujud atau rekaan pihak2 tertentu semata2.. Saje untuk mencemarkan agama Islam..
BalasPadam