Sumber - Berita Harian
"Nabi Muhammad S.a.w ialah Rasul Allah, dan orang-orang yang bersama dengannya bersikap keras dan tegas terhadap orang-orang kafir (yang memusuhi Islam), dan sebaliknya bersikap KASIH SAYANG sesama mereka (umat Islam). " (Surah Al-Fath - Ayat 29)
“Dan tidaklah Kami mengutus kamu (wahai Muhammad), melainkan sebagai RAHMAT (KASIH SAYANG) bagi semesta alam.” (Surah Al-Anbiyaa' - ayat 107)
Terkini
Bekas Geng Cari Hantu DEDAH KEBOHONGAN Aktiviti Paranormal
"Dah Macam Penggambaran Filem!" Bekas Geng Cari Hantu Dedah di Sebalik Tabir Paranormal
Pendeta KABUR dari Bang Zuma setelah tahu Tuhannya adalah YESUS PALSU
pENDETA BERCEL DAN KABUR DARI BANGZUMA SETELAH TAHU SEMBAHANNYA ADALAH YESUS PALSU..Pendeta Yunus .....
Nasihat Ringkas kepada orang yang mahu Mencari Guru Agama yang Betul
Assalaamu'alaikum wr wb ........ Nasihat saya untuk saudara-saudara Islam saya, kalau mahu MENCARI G...
Islamologi di STT Nias mengandungi PENGHINAAN terhadap Islam
ISLAMOLOGI DI STT, APA ISINYA?p/s: STT = Sekolah Tinggi Teologi
Learn Arabic in 1 hour only
Learn Arabic in 1 hour - The secret that will make you speak Arabic like a pro!
Wawancara bersama Dondy Tan setelah dapat kembali Channel Youtube nya yang kena HACK
Alhamdulillah dapat kembali channel Dondy Tan .......
Menurut ChatGPT, Paulus itu SESAT dan MENGUBAH AJARAN Yesus
TAMBAH PANAS !! USTADZ GPT BILANG PAULUS SES4T, KRISTEN SUDAH DIRUBAHSOALAN: Abaikan kristen dan dok...
Rambang Mata
Pautan luar
Cabaran tangani HIV / Aids
Hanya 50 doktor rawat lebih 70,000 pesakit di Malaysia . Mana mungkin kita mampu menyediakan kualiti rawatan dan jagaan pesakit HIV/Aids yang menyeluruh jika di kalangan pengamal perubatannya sendiri, rasa diskriminasi dan stigma masih menebal.
Presiden Persatuan Perubatan HIV Malaysia (MaSHM), Dr Christopher Lee, berkata sudah banyak usaha dilakukan sejak 1986 bagi menangani isu HIV dan Aids di Malaysia.
Bagaimanapun, mengubah ragam pemikiran pesakit, ahli profesional penjagaan kesihatan dan orang ramai mengenai stigma dan diskriminasi terhadap HIV dan Aids, sebenarnya bukanlah satu kerja mudah.
Bercakap ketika pelancaran It Begins With You, kempen yang diperkenalkan sejak 2005 bersempena sambutan Hari Aids Sedunia pada 1 Disember lalu, Dr Lee berkata, hakikatnya bilangan doktor yang merawat pesakit HIV Aids masih pada tahap membimbangkan.
“Dari segi nisbah pesakit dan doktor, sehingga kini dianggarkan 25 pakar penyakit berjangkit (ID) merawat pesakit dewasa dan 20 Paediatrik (kanak-kanak). Ini bermakna anggaran 45 hingga 50 doktor yang perlu merawat lebih 70,000 pesakit HIV/Aids di seluruh negara,” katanya. Menurut Dr Lee lagi, tidak semestinya pakar penyakit berjangkit (ID) saja yang layak untuk merawat HIV/Aids kerana pengamal perubatan umum juga layak merawat mereka.
Malangnya, tanggungjawab merawat pesakit ini lebih banyak digalas doktor kerajaan berbanding swasta.
“Kebanyakan doktor yang merawat pesakit HIV/Aids iaitu 90 peratus daripada mereka adalah dari Kementerian Kesihatan manakala selebihnya di kalangan sektor swasta,” katanya sambil mengakui bilangan petugas dari sektor swasta masih terlalu kecil.
Sehubungan itu, kata Dr Lee, besar harapan persatuan itu untuk melihat bukan saja jumlah doktor yang sanggup merawat pesakit HIV/Aids itu meningkat tetapi turut dapat mengurangkan kes doktor dan jururawat yang menolak pesakit HIV/Aids mendapatkan rawatan.
“Jika dulu penjagaan dan rawatan hanya ada di Hospital Kuala Lumpur (HKL) dengan jumlah doktor yang sangat terhad, tetapi kini lebih ramai doktor muda yang menunjukkan minat untuk merawat dan memberikan khidmat mereka selain ubat-ubatan yang lebih moden dan tidak membebankan pesakit,” katanya.
Mengenai penerimaan masyarakat pula, Dr Lee berkata, banyak perubahan yang dicatatkan hasil pendedahan menerusi sesi pengajaran dan pembelajaran di sekolah serta pelbagai kempen kesedaran yang dianjurkan kerajaan.
Kementerian Kesihatan mula melaporkan mengenai kes HIV/Aids pada 1986. Sejak itu, sejumlah 84,630 jangkitan HIV dilaporkan di Malaysia dan sehingga 31 Disember 2008, sejumlah 11,384 kematian dicatatkan akibat Aids.
Majoriti jumlah jangkitan baru HIV dikesan dikalangan dewasa berusia lingkungan 20 hingga 29 tahun (32.5 peratus kes 2003 dan 24.9 peratus kes pada 2008) dan lingkungan 30 hingga 39 tahun (41.8 peratus kes pada 2003 dan 42.2 peratus kes pada 2008).
Virus HIV kebanyakannya disebarkan menerusi suntikan jarum kerana penyalahgunaan dadah (70 peratus kes 2003 dan 53.2 peratus kes 2008) dan jumlah jangkitan akibat hubungan heteroseksual meningkat dari 19 peratus 2003 ke 26.8 peratus pada 2008.
Walaupun majoriti penghidap kes HIV di Malaysia ialah lelaki, jumlah wanita yang positif HIV juga mencatatkan peningkatan. Wanita menyumbang 9.5 peratus kes baru pada 2000, 10.8 peratus kes pada 2004 dan 19.1 peratus kes pada 2008.
Sumber - Berita Harian
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Kategori
Air terjun
(9)
Ajaib
(22)
Al-Hadits dan Sains
(2)
Alam sekitar
(11)
AlQuran dan Sains
(38)
Angkasalepas
(51)
Animasi GIF
(3)
Antik
(8)
Aqidah
(12)
Arkeologi
(21)
Astronomi
(47)
Bala bencana
(41)
Batu kalimah
(4)
Batu permata
(23)
Biar betul
(113)
Biologi
(2)
Bionik
(4)
Budaya
(5)
Cinemagraph
(3)
Dajjal
(2)
Download
(1)
Duit
(37)
Duit Kertas
(15)
Duit Syiling
(25)
Dunia Hiburan
(129)
Ekonomi Dunia
(20)
Ensaiklopedia
(55)
Foto
(345)
Freemason
(2)
Freeware
(3)
Gempa bumi
(7)
Geologi
(6)
Gerhana bulan
(1)
GIF animation
(3)
Grafik 3D
(3)
Halimunan
(3)
Hamas
(8)
Hantu
(58)
High speed video
(6)
Iblis
(13)
Illuminati
(27)
Imam empat mazhab
(5)
Indeks batu permata
(1)
Indeks duit
(2)
Indeks kad telefon
(1)
Indeks sampul duit raya
(1)
Indeks setem
(1)
Internet
(94)
Jalan-jalan
(56)
Jenayah
(121)
Jin
(55)
Kad telefon
(3)
Kamera
(21)
Kamera digital
(16)
Kata-kata hikmah
(28)
Kemalangan
(58)
Kematian
(55)
Kesihatan dan Perubatan
(202)
Ketenteraan
(46)
Kiamat
(7)
Kisah akhir zaman
(2)
Klasik
(61)
Kristologi
(88)
Landskap
(111)
Makanan dan minuman
(17)
Makro
(6)
Manipulasi Foto
(6)
Metafizik
(6)
Misteri
(59)
Motivasi
(34)
Muzium mini
(65)
Paleontologi
(1)
Palestine
(50)
Paranormal
(48)
Penggodam
(23)
Perang
(31)
Perkahwinan
(22)
Pernikahan
(18)
Perubatan Islam
(4)
Polis
(9)
Politik
(132)
Politik dunia
(49)
Puisi
(6)
Rekod
(102)
Robotik
(27)
Sains
(60)
Sampul duit raya
(5)
Scam
(5)
Sedih
(46)
Sejarah
(29)
Sejarah Islam
(16)
Sejarah kuno
(4)
Selebriti meninggal
(12)
Seni
(6)
Seni beladiri
(1)
Senibina
(21)
Serangga
(15)
Sukan
(43)
Syiah
(15)
Syirik
(1)
Syria
(41)
Teknologi
(248)
Teknologi Nano
(8)
Teori konspirasi
(181)
Time lapse
(39)
Timur Tengah
(177)
Tumbuhan
(37)
UFO
(39)
Ulama meninggal dunia
(2)
Video
(328)
Wallpaper Islamik
(40)
Yahudi
(10)
Zionis
(20)
“Tidak beriman (sempurna iman) seseorang itu sehingga dia KASIH kepada saudaranya sebagaimana dia kasih kepada dirinya sendiri.” [Hadits Riwayat al-Bukhari (13)]
Pentingnya mengkaji tentang Alam Jin
___________________
1:32 & 1:24 Diecast Cars
___________________
Arts of Video Games
Terhangit Bulan Ini
-
Ketika Rasulullah S.a.w berusia 35 tahun, orang Quraisy meroboh dan membangunkan semula Kaabah kerana Kaabah ketika itu hanya berupa susu...
-
Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Sebelum kita memulakan pembicaraan kita tentang lanjutan kaitan nombor-nombor ...
-
Assalaamu'alaikum w.b.t..... dan selamat sejahtera. Social Bookmarking (penandaan sosial) adalah satu cara bagi pengguna-pengguna Inter...
-
Boston Dynamics (pembangun robot Petman dan AlphaDog) telah membangunkan peserta untuk Cabaran Robotik Maya DARPA (Defense Advanced Resea...
-
Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Rambut diibaratkan sebagai mahkota seorang manusia. Cuma mahkota ini tidak selal...
-
Namanya Abu Ja’far Muhammad Bin Jarir bin Yazid bin Katsir bin Ghalib al-Thabari. Beliau dilahirkan di Thabaristan pada tahun 224 H. ...
-
Nabi Muhammad S.a.w menerima beberapa perintah ketika WAHYU YANG KEDUA turun, sebagaimana yang termaktub dalam firman Allah S.w.t; ي...
Stats
اَللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهَ وَصَحْبِهِ وَسَّلِم
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Terima kasih :)