Berita Terkini

19 kali dah rogol orang

Foto kredit: studentvillage.co.za
tak mahu dirogol
Saudara saya ada seorang bekerja sebagai polis di Kelantan, dan dia pernah beritahu sesuatu tempat di Kelantan itu memang parah jenayahnya, terutama orang-orang kawasan hulu kawasan BN menang. Tambah lagi dengan bercampurnya dengan orang-orang dari Thailand, dan senjata-senjata termasuk senjata api juga banyak diseludup masuk.

Apa-apa pun hati-hati lah wahai mek-mek kelate sekelian, nak keluar rumah tu baca dulu doa dan ayat Kursi. Semoga Allah ta'ala melindung, amin.

KOTA BHARU: Seorang perogol bersiri yang terbabit dalam 19 kejadian rogol dan cubaan merogol sejak tahun lalu kini giat memburu mangsanya menggunakan modus operandi mengikat tangan dan mengacukan pisau sebelum merogol.

Sasarannya wanita seperti penuntut institusi pengajian tinggi dan pekerja pasar raya yang tinggal bersendirian sama ada di asrama atau kediaman yang tidak berkunci.

Pemangku Ketua Polis Kelantan, Datuk Mazlan Lazim berkata, suspek berusia antara 20 dan 30-an dan kebanyakan kes dilaporkan berlaku di Kota Bharu dengan 16 kes serta masing-masing satu kes di Tanah Merah, Pasir Mas dan Tumpat.

Katanya, kejadian terbaru berlaku di Tanah Merah, awal bulan ini.

“Berdasarkan maklumat mangsa, kami memperoleh lakaran gambar wajah suspek dan satu rakaman kamera litar tertutup (CCTV) suspek di sebuah kedai.

“Fotofit wajah suspek akan disebarkan secara meluas bagi membantu polis memperoleh lebih banyak maklumat sehingga tertangkapnya suspek,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kelantan, di sini, semalam.

Menurut Mazlan, perogol bersiri itu menyasar mangsa berusia 20 hingga 30 tahun yang tinggal asrama atau kediaman tidak berkunci.

“Sebelum merogol suspek akan memastikan hanya mangsa berada di asrama atau di rumah. Dia mengikat tangan mangsa sama ada menggunakan wayar, tudung atau tali dan mengacukan pisau sebelum merogol mangsanya,” katanya.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih :)

Kategori

Air terjun (9) Ajaib (22) Al-Hadits dan Sains (2) Alam sekitar (11) AlQuran dan Sains (38) Angkasalepas (51) Animasi GIF (3) Antik (8) Aqidah (12) Arkeologi (21) Astronomi (47) Bala bencana (41) Batu kalimah (4) Batu permata (23) Biar betul (113) Biologi (2) Bionik (4) Budaya (5) Cinemagraph (3) Dajjal (2) Download (1) Duit (37) Duit Kertas (15) Duit Syiling (25) Dunia Hiburan (129) Ekonomi Dunia (20) Ensaiklopedia (55) Foto (345) Freemason (2) Freeware (3) Gempa bumi (7) Geologi (6) Gerhana bulan (1) GIF animation (3) Grafik 3D (3) Halimunan (3) Hamas (8) Hantu (58) High speed video (6) Iblis (13) Illuminati (27) Imam empat mazhab (5) Indeks batu permata (1) Indeks duit (2) Indeks kad telefon (1) Indeks sampul duit raya (1) Indeks setem (1) Internet (94) Jalan-jalan (56) Jenayah (121) Jin (56) Kad telefon (3) Kamera (21) Kamera digital (16) Kata-kata hikmah (28) Kemalangan (58) Kematian (55) Kesihatan dan Perubatan (202) Ketenteraan (46) Kiamat (7) Kisah akhir zaman (2) Klasik (61) Kristologi (86) Landskap (111) Makanan dan minuman (17) Makro (6) Manipulasi Foto (6) Metafizik (6) Misteri (59) Motivasi (34) Muzium mini (65) Paleontologi (1) Palestine (50) Paranormal (48) Penggodam (23) Perang (31) Perkahwinan (22) Pernikahan (18) Perubatan Islam (4) Polis (9) Politik (132) Politik dunia (49) Puisi (6) Rekod (102) Robotik (27) Sains (60) Sampul duit raya (5) Scam (5) Sedih (46) Sejarah (29) Sejarah Islam (16) Sejarah kuno (4) Selebriti meninggal (12) Seni (6) Seni beladiri (1) Senibina (21) Serangga (15) Sukan (43) Syiah (15) Syirik (1) Syria (41) Teknologi (248) Teknologi Nano (8) Teori konspirasi (181) Time lapse (39) Timur Tengah (177) Tumbuhan (37) UFO (39) Ulama meninggal dunia (2) Video (328) Wallpaper Islamik (40) Yahudi (10) Zionis (20)

Unikversiti Designed by Templateism.com & Copy Blogger Themes

Imej tema oleh blue_baron. Dikuasakan oleh Blogger.