Berita Terkini

Solat dan Azan pertama kali di Vatican City

Solat dan Azan pertama kali di Vatican City
Untuk pertama kalinya dalam sejarah, solat dan azan akan didengar di kota Vatican selepas Pope Francis menjemput Presiden Palestine Mahmoud Abbas dan Presiden Israel Shimon Perez untuk doa keamanan.

"Ini adalah masa untuk memohon pada Tuhan bagi hadiah keamanan. Ini adalah jeda dalam politik," Father Pierbattista Pizzaballa, seorang pegawai Gereja yang bertanggungjawab di tapak Katolik di Holy Land dan penganjur utama pertemuan Ahad ini, memberitahu Reuters pada hari Jumaat , 6 Jun.

Francis mengeluarkan jemputan kepada Presiden Israel Shimon Peres dan Pemerintah Palestin Presiden Mahmoud Abbas semasa lawatan beliau minggu lepas ke Jordan dan Al-Quds (Baitulmuqaddis).

Abbas, Peres, dan Francis akan disertai oleh para pemimpin agama Yahudi, Kristian dan Islam, kenyataan yang dikeluarkan oleh jurucakap Peres berkata, menurut Times of Israel.

Acara khas Vatican itu akan disiarkan kepada penonton di seluruh dunia. 

Francis dijangka menyambut Peres dan Abbas secara berasingan di hotel Vatican di mana dia tinggal dan akan memberi taklimat ringkas kepada mereka.

Pope akan disertai oleh pemimpin spiritual Kristian Ortodoks dunia, Ekumenikal Patriarch Bartholomew, yang akan menonjolkan barisan umat Kristian yang bersatu untuk acara tersebut.

Keempat-empatnya kemudian akan ke lapangan di taman-taman Vatican untuk majlis doa dibahagikan kepada tiga bahagian iaitu Yahudi, Kristian dan Islam.

Setiap kumpulan iman akan membaca teks dari kitab-kitab suci mereka, doa untuk pengampunan, dan doa untuk keamanan.



p/s: Nampak macam bagus, tetapi bagi saya, banyak menimbulkan tanda-tanya dan kepelikan. Terutamanya apabila menyentuh tentang kerajaan Israel.

Mengajak Presiden Israel untuk keamanan?  Setelah Israel merampas tanah Palestine hampir keseluruhannya? Adakah ini hanya taktik untuk membersihkan nama setelah melakukan banyak noda tanpa dibicarakan?

Sudah banyak kali sebelum ini, kononnya Israel diajak untuk "bincang keamanan", tetapi sampai sekarang perangai mereka tidak pernah berubah ke arah kebaikan pun.

Jika benar Israel ikhlas mahukan "keamanan", mereka sepatutnya kembalikan tanah-tanah orang Palestine. Kembalikan hak-hak rakyat Palestine seperti asal.

Muslim perlu ingat, agar tidak menjadikan Yahudi dan Nasrani sebagai teman karib atau pemimpin. Bukan kerana kita tidak mahu berbaik, tetapi agar berhati-hati dari agenda tersembunyi mereka. 

"Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu mengambil orang-orang Yahudi dan Nasrani itu sebagai teman rapat, kerana setengah mereka menjadi teman rapat kepada setengahnya yang lain; dan sesiapa di antara kamu yang menjadikan mereka teman rapatnya, maka sesungguhnya dia adalah dari golongan mereka. Sesungguhnya Allah tidak memberikan petunjuk kepada kaum yang berlaku zalim."  [Surah Al-Maaidah : ayat 51]

Kita bukan berhadapan dengan orang Yahudi awam dan biasa sekarang ini, tetapi dengan Yahudi Zionis Israel. Sejarah telah membuktikan banyak perkara yang mencelakakan umat Islam apabila mempercayai mereka. Semoga umat Islam sedunia berhati-hati dengan puak ini.  Allahul musta'an,

Walaubagaimana pun, tentang solat dan azan di Vatican City, semoga ianya nanti dapat memancarkan sinar baru di sana, agar Vatican City mula terima hidayah kepada Islam. Apa pun perancangan mereka, perancangan Allah S.w.t adalah sebaik-baik perancangan. Wallahu a'lam ....... :-)

Kategori

Air terjun (9) Ajaib (22) Al-Hadits dan Sains (2) Alam sekitar (11) AlQuran dan Sains (38) Angkasalepas (51) Animasi GIF (3) Antik (8) Aqidah (12) Arkeologi (21) Astronomi (47) Bala bencana (41) Batu kalimah (4) Batu permata (23) Biar betul (113) Biologi (2) Bionik (4) Budaya (5) Cinemagraph (3) Dajjal (2) Download (1) Duit (37) Duit Kertas (15) Duit Syiling (25) Dunia Hiburan (129) Ekonomi Dunia (20) Ensaiklopedia (55) Foto (345) Freemason (2) Freeware (3) Gempa bumi (7) Geologi (6) Gerhana bulan (1) GIF animation (3) Grafik 3D (3) Halimunan (3) Hamas (8) Hantu (58) High speed video (6) Iblis (13) Illuminati (27) Imam empat mazhab (5) Indeks batu permata (1) Indeks duit (2) Indeks kad telefon (1) Indeks sampul duit raya (1) Indeks setem (1) Internet (94) Jalan-jalan (56) Jenayah (121) Jin (56) Kad telefon (3) Kamera (21) Kamera digital (16) Kata-kata hikmah (28) Kemalangan (58) Kematian (55) Kesihatan dan Perubatan (202) Ketenteraan (46) Kiamat (7) Kisah akhir zaman (2) Klasik (61) Kristologi (88) Landskap (111) Makanan dan minuman (17) Makro (6) Manipulasi Foto (6) Metafizik (6) Misteri (59) Motivasi (34) Muzium mini (65) Paleontologi (1) Palestine (50) Paranormal (48) Penggodam (23) Perang (31) Perkahwinan (22) Pernikahan (18) Perubatan Islam (4) Polis (9) Politik (132) Politik dunia (49) Puisi (6) Rekod (102) Robotik (27) Sains (60) Sampul duit raya (5) Scam (5) Sedih (46) Sejarah (29) Sejarah Islam (16) Sejarah kuno (4) Selebriti meninggal (12) Seni (6) Seni beladiri (1) Senibina (21) Serangga (15) Sukan (43) Syiah (15) Syirik (1) Syria (41) Teknologi (248) Teknologi Nano (8) Teori konspirasi (181) Time lapse (39) Timur Tengah (177) Tumbuhan (37) UFO (39) Ulama meninggal dunia (2) Video (328) Wallpaper Islamik (40) Yahudi (10) Zionis (20)

Unikversiti Designed by Templateism.com & Copy Blogger Themes

Imej tema oleh blue_baron. Dikuasakan oleh Blogger.