Tindakan lapangan dakwah pengenalan Islam telah rasmi dilancarkan, Jumaat (6/6/2014) oleh Dewan Tinggi Imam dan Hal Ehwal Islam Brazil. Sasaran pengenalan Islam itu adalah para penyokong bola yang akan datang ke Brazil untuk mengikuti Piala Dunia 2014.
Sejak kelmarin sudah mula kelihatan kereta dakwah bersiar-siar, khemah-khemah dakwah juga sudah ditubuhkan di bandar Jawarulius, Sao Paulo. Khalid Rizq Taqiyudin, ketua Dewan Tinggi Imam, mengatakan, "Tindakan dakwah pengenalan Islam benar sudah bermula di Brazil. Bermula dari bandar Sao Paulo. Kerana bandar ini adalah bandar terbesar di Brazil dan Amerika Selatan, serta keempat terbesar di dunia dilihat dari populasi penduduknya."
Dalam usaha ini, akan dilakukan pembahagian buku dan buletin kepada peminat bola yang datang ke Brazil dari seluruh negara. Mereka juga akan dijelaskan tentang hal-hal penting dalam Islam. "Piala Dunia digunakan untuk berdakwah memperkenalkan Islam kerana saat ini mendapat perhatian besar dari seluruh penduduk dunia. Tidak ada bandingannya. "
p/s: Ma syaa Allah tabaarokAllah ....... Malaysia tak mahu ambil peluang dakwah ketika SUKMA, Piala Thomas, Sukan SEA dan seumpamanya ke? :)