Berita Terkini

Remaja berpesta dadah dan rumah Adi Putra diserbu kerana steroid

Tidak puas berhibur di pusat hiburan sekitar ibu kota, sekumpulan remaja dikatakan terus bergembira dengan mengunjungi ‘pesta dadah’ anjuran rakan di sebuah apartmen di Cheras, dekat sini, awal pagi semalam.

Seorang remaja dipercayai lalok, terkedu seketika apabila mendapati sekumpulan lelaki mengetuk pintu disangka remaja lain ingin menyertai aktiviti tidak bermoral itu sebenarnya anggota polis menjalankan serbuan.

Pemeriksaan kemudian mendapati seramai 35 remaja berusia antara 18 hingga 30 tahun menyertai pesta dadah terbabit.

Pelbagai jenis dadah dijumpai di apartmen itu yang disewa daripada pemilik asal, termasuk ganja, ecstasy, eramin, ketamin dan syabu yang berselerak di atas lantai.

Timbalan Ketua Polis Cheras, Superintendan Abdul Rahim Hamzah Othman, berkata polis menyerbu lokasi pesta dadah itu selepas mendapat maklumat daripada orang awam berhubung kegiatan tidak sihat dianjurkan remaja berkenaan.

Mengikut jumlah, 29 remaja lelaki dan enam gadis berusia antara 18 hingga 30 tahun ditahan manakala ujian saringan air kencing mendapati hanya empat daripada mereka negatif dadah.
Selain berpesta dadah, kumpulan remaja itu dipercayai terbabit dalam kegiatan seks bebas.
Mereka direman hingga Isnin ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 39 A (1) Akta Dadah Berbahaya, 1952 manakala sebuah Toyota Wish dipercayai milik penganjur pesta itu disita.


Rumah Adi Putra diserbu oleh Kementerian Kesihatan

Sementara itu amat mengejutkan apabila kediaman kanak-kanak dianggap genius matematik, Adi Putra Abdul Ghani, 11, dan keluarganya di Taman Berlian, Gombak, diserbu Bahagian Perkhidmatan Farmasi, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), sebelum ubatan bernilai RM600,000 dirampas, pagi semalam.

Ketika serbuan, dua wanita berada di premis terbabit, seorang dikenali sebagai Titi Sri Wahyuni Bustami, 38, dan seorang lagi dipercayai saudara keluarga Adi Putra.

Bagaimanapun, Adi Putra serta keluarganya tiada di situ kerana dikatakan menghadiri seminar di Sabah dan usaha mendapatkan komen mereka gagal.

Ketua Penolong Pengarah Kanan Penguatkuasaan Farmasi KKM, Mazlan Ismail, berkata sebelum serbuan, pihaknya mendapatkan sampel Ubat Penawar Sendi Tulang terbabit di pasaran.

“Hasil ujian klinikal dijalankan, ia disahkan mengandungi steroid dan bukan ramuan tradisional seperti tertera pada pelekat botol.


Sumber - Harian Metro , 18 januari 2010

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih :)

Kategori

Air terjun (9) Ajaib (22) Al-Hadits dan Sains (2) Alam sekitar (11) AlQuran dan Sains (38) Angkasalepas (51) Animasi GIF (3) Antik (8) Aqidah (13) Arkeologi (21) Astronomi (47) Bala bencana (42) Batu kalimah (4) Batu permata (23) Biar betul (113) Biologi (2) Bionik (4) Budaya (5) Cinemagraph (3) Dajjal (2) Download (1) Duit (37) Duit Kertas (15) Duit Syiling (25) Dunia Hiburan (129) Ekonomi Dunia (20) Ensaiklopedia (55) Foto (345) Freemason (2) Freeware (3) Gempa bumi (7) Geologi (6) Gerhana bulan (1) GIF animation (3) Grafik 3D (3) Halimunan (3) Hamas (8) Hantu (79) High speed video (6) Iblis (13) Illuminati (27) Imam empat mazhab (5) Indeks batu permata (1) Indeks duit (2) Indeks kad telefon (1) Indeks sampul duit raya (1) Indeks setem (1) Internet (94) Jalan-jalan (56) Jenayah (121) Jin (62) Kad telefon (3) Kamera (21) Kamera digital (16) Kata-kata hikmah (28) Kemalangan (58) Kematian (55) Kesihatan dan Perubatan (202) Ketenteraan (46) Kiamat (7) Kisah akhir zaman (2) Klasik (61) Kristologi (58) Landskap (111) Makanan dan minuman (17) Makro (6) Manipulasi Foto (6) Metafizik (6) Misteri (59) Motivasi (34) Muzium mini (65) Paleontologi (1) Palestine (50) Paranormal (74) Penggodam (23) Perang (31) Perkahwinan (22) Pernikahan (18) Perubatan Islam (4) Polis (9) Politik (132) Politik dunia (49) Puisi (6) Rekod (102) Robotik (27) Sains (60) Sampul duit raya (5) Scam (5) Sedih (46) Sejarah (29) Sejarah Islam (16) Sejarah kuno (4) Selebriti meninggal (12) Seni (6) Seni beladiri (1) Senibina (21) Serangga (15) Sukan (43) Syiah (15) Syirik (1) Syria (41) Teknologi (247) Teknologi Nano (8) Teori konspirasi (181) Time lapse (39) Timur Tengah (177) Tumbuhan (37) UFO (39) Ulama meninggal dunia (2) Video (335) Wallpaper Islamik (40) Yahudi (10) Zionis (20)

Unikversiti Designed by Templateism.com & Copy Blogger Themes

Imej tema oleh blue_baron. Dikuasakan oleh Blogger.