Berita Terkini

Tips agar anak pilih makanan sihat

Gambar hiasan
Tidak sedikit ibubapa yang bermasalah dengan pola makan tak sihat pada kanak-kanak. Anak yang memilih makanan manis buatan berbanding makanan sihat seperti sayur-sayuran atau manis alamiah dari buah-buahan. Kesalahan yang paling sering terjadi adalah ibubapa mengenalkan rasa (manis, masin) terlalu awal pada kanak-kanak. Hasilnya, citarasa kanak-kanak terbentuk sejak awal dengan cara yang tak sihat.

Gula-gula, coklat, makanan manis atau keenakan lain dan lebih disukai dan dipilih anak daripada makanan sihat seperti buah-buahan dan sayur. Chef Farah Quinn mengatakan kesalahan pola makan tak sihat pada kanak-kanak berpunca dari ibubapanya.

"Jika anak suka manis, sukar makan makanan sihat, seperti sayur dan buah-buahan, kesalahan ada pada kita, orang tuanya. Penyebabnya kerana ibubapa tidak peduli mengenai pilihan makanan, juga tidak membina asas yang kuat sejak kecil. Pengambilan pertama yang diberikan kepada anak sebaiknya hanya makanan alamiah, dengan citarasa murni, tanpa gula dan garam," jelas Farah di pelancaran buku perdana karyanya yang berjudul Healthy Happy Family di Tupperware Home, Jakarta, Sabtu (30/7/2011).

Menurut Farah, pembentukan citarasa murni sejak awal membantu anak untuk memilih makanan sihat di kemudian hari. Anak juga lebih bijak memilih makanan. Dengan sendirinya, anak akan menolak makan makanan tak sihat.

Ibu dari Armand Fauzan Quinn,4, ini sudah membuktikannya. Puteranya, Armand, biasa makan makanan tanpa rasa manis atau masin sejak bayi. Hasilnya, Armand hanya menyukai makanan yang menyihatkan.

"Buah limau, kiwi, kismis, itu seperti gula-gula bagi Armand. Setelah satu tahun, Armand tak bermasalah dengan makanan. Ia dengan lahap makan sayur dan buah-buahan," jelas Farah.


Citarasa murni

Sejak putera pertamanya berusia empat bulan, Farah memilih dan mengolah makanan dengan citarasa murni. Isteri kepada lelaki keturunan Perancis, Carson Quinn ini mengaku lebih peduli pada pola makan sihat dan seimbang sejak masa kehamilan.

"Apa yang ibu makan ketika hamil mempengaruhi citarasa kanak-kanak. Begitu juga ketika memberikan makan pertama kali kepada anak, akan mempengaruhi citarasa kanak-kanak hingga tumbuh besar. Pengambilan pertama Armand adalah bubur tanpa gula dan ubi jalar yang direbus lalu dikisar. Sayuran pun di kukus, atau dibuat asli dengan rasa yang murni. Ketika Armand berusia tujuh bulan, saya memberikannya yogurt rasa plain," jelas lulusan Pittsburgh Culinary Institute Amerika Syarikat ini.

[Kompas.com]

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih :)

Kategori

Air terjun (9) Ajaib (22) Al-Hadits dan Sains (2) Alam sekitar (11) AlQuran dan Sains (38) Angkasalepas (51) Animasi GIF (3) Antik (8) Aqidah (12) Arkeologi (21) Astronomi (47) Bala bencana (41) Batu kalimah (4) Batu permata (23) Biar betul (113) Biologi (2) Bionik (4) Budaya (5) Cinemagraph (3) Dajjal (2) Download (1) Duit (37) Duit Kertas (15) Duit Syiling (25) Dunia Hiburan (129) Ekonomi Dunia (20) Ensaiklopedia (55) Foto (345) Freemason (2) Freeware (3) Gempa bumi (7) Geologi (6) Gerhana bulan (1) GIF animation (3) Grafik 3D (3) Halimunan (3) Hamas (8) Hantu (58) High speed video (6) Iblis (13) Illuminati (27) Imam empat mazhab (5) Indeks batu permata (1) Indeks duit (2) Indeks kad telefon (1) Indeks sampul duit raya (1) Indeks setem (1) Internet (94) Jalan-jalan (56) Jenayah (121) Jin (56) Kad telefon (3) Kamera (21) Kamera digital (16) Kata-kata hikmah (28) Kemalangan (58) Kematian (55) Kesihatan dan Perubatan (202) Ketenteraan (46) Kiamat (7) Kisah akhir zaman (2) Klasik (61) Kristologi (88) Landskap (111) Makanan dan minuman (17) Makro (6) Manipulasi Foto (6) Metafizik (6) Misteri (59) Motivasi (34) Muzium mini (65) Paleontologi (1) Palestine (50) Paranormal (48) Penggodam (23) Perang (31) Perkahwinan (22) Pernikahan (18) Perubatan Islam (4) Polis (9) Politik (132) Politik dunia (49) Puisi (6) Rekod (102) Robotik (27) Sains (60) Sampul duit raya (5) Scam (5) Sedih (46) Sejarah (29) Sejarah Islam (16) Sejarah kuno (4) Selebriti meninggal (12) Seni (6) Seni beladiri (1) Senibina (21) Serangga (15) Sukan (43) Syiah (15) Syirik (1) Syria (41) Teknologi (248) Teknologi Nano (8) Teori konspirasi (181) Time lapse (39) Timur Tengah (177) Tumbuhan (37) UFO (39) Ulama meninggal dunia (2) Video (328) Wallpaper Islamik (40) Yahudi (10) Zionis (20)

Unikversiti Designed by Templateism.com & Copy Blogger Themes

Imej tema oleh blue_baron. Dikuasakan oleh Blogger.