Gambar-gambar foto 3D ini menunjukkan serangga yang biasa merayap di dalam rumah semasa musim panas.
Saintis bersara dan pakar jurugambar makro, Stephen Gschmeissner, 62, dari Bedford, England menggunakan mikroskop elektron berharga £100,000 ini mengambil foto-foto serangga yang sangat halus, yang biasanya merosakkan banyak barang di dalam rumah seperti perabot, kertas, pakaian dan sebagainya.
"Kita tidak dapat melihat makhluk kecil ini, maka ia tidak ada di dalam minda kita - sehingga kerosakan telah berlaku." kata Gschmeissner.
Lipas Jerman ini mencemari makanan dan juga memakan ubat gigi dan buku-buku
"Peralatan ini dipanggil mikroskop elektron pengimbasan dan ia membina imej 3D menggunakan elektron, bukannya cahaya," katanya.
"Elektron adalah zarah bercas elektrik kecil yang berputar di sekitar atom yang membentuk segala yang kita boleh lihat dan sentuh."
Larva kumbang karpet perosak ini memakan bahan-bahan haiwan termasuk bulu, bulu pelepah, rambut dan kulit
"Pepijat-pepijat ini dilindungi dalam satu lapisan nipis emas atau platinum untuk membalikkan elektron - jika tidak, mereka akan dipanaskan dan dimusnahkan oleh proses ini."
"Semua ini dilakukan dalam vakum, jadi elektron boleh bergerak sebagai sinaran dan menghasilkan gambar-gambar."
Rama-rama (moth) pakaian ini memakan kapas dan wol, memusnahkan pakaian berharga
Anai-anai pekerja ini memakan kayu, kertas dan permaidani
Buku yang sudah dimakan anai-anai Order Isoptera
kawan saya punya FRP kena makan ulat nie.. hahahha
BalasPadam