Berita Terkini

Jalan lapang bagi kehidupan

"Maka ketahuilah, bahawa sesungguhnya tidak ada tuhan (yang berhak disembah) melainkan Allah dan mohonlah ampun bagi dosamu." (Surah Muhammad : Ayat 19)

"Dan sesungguhnya telah diwahyukan kepadamu dan kepada (nabi-nabi), nescaya akan hapus amalmu dan tentulah kamu termasuk orang-orang yang rugi. Oleh kerana itu, hendaklah Allah saja, yang kamu sembah dan hendaklah kamu termasuk orang-orang yang bersyukur." (Surah Az-Zumar : Ayat 65-66)

Iaitu ajaran Tauhid yang ditafsirkan oleh Nabi Shallahu alaihi wassallam dalam aktiviti kehidupannya. Sebagaimana yang diungkapkan oleh Allah Ta'ala melalui firman-Nya yang menyebut kembali kata-katanya;

وَإِذَا مَرِضْتُ فَهُوَ يَشْفِينِ

"Dan apabila aku sakit, Dialah yang menyembuhkan aku." (Surah Asy-Syu'ara : Ayat 80)

Dalam sahih Bukhari disebutkan bahawa Ibnu Abbas r.a mengatakan firman-Nya;

حَسْبُنَا اللّهُ وَنِعْمَ الْوَكِيلُ

"Cukuplah Allah menjadi penolong kami dan Allah adalah sebaik-baik pelindung." (Surah Ali-Imran : Ayat 173)

Ibrahim alaihis sallam mengucapkannya ketika dilemparkan ke dalam api, maka Allah menjadikan api itu sejuk dan keselamatan baginya. Nabi Muhammad Shallahu alaihi wassalam telah mengucapkannya ketika orang-orang munafik mengatakan kepadanya sebagaimana yang disebut kembali oleh firman-Nya:

الَّذِينَ قَالَ لَهُمُ النَّاسُ إِنَّ النَّاسَ قَدْ جَمَعُواْ لَكُمْ فَاخْشَوْهُمْ فَزَادَهُمْ إِيمَاناً وَقَالُواْ حَسْبُنَا اللّهُ وَنِعْمَ الْوَكِيلُ

"Sesungguhnya manusia telah mengumpulkan pasukan untuk menyerang kamu, kerana itu takutlah kepada mereka, maka perkataan itu justeru menambah keimanan mereka dan mereka menjawab, "Cukuplah Allah menjadi penolong kami dan Allah adalah sebaik-baik pelindung". (Surah Ali Imran : Ayat 173)

Ajaran tauhid bukan sekadar mengucapkan "laa ilaaha illallah", kemudian amal perbuatan di suatu sisi, sedangkan "laa ilaaha illallah" di sisi lain yang berseberangan.

Memang ramai orang mengucapkan "laa ilaaha illallah", tetapi kerana mengingkari pemahamannya, mereka tidak terpengaruh olehnya dan cahaya "laa ilaahaa illallah" tidak mereka realisasikan dalam kehidupannya. Mereka mengucapkannya, kemudian menjauhi masjid. Mereka mengucapkan "laa ilaahaa illallah", tetapi makan dari riba, berpakaian dari riba, minum dari riba, dan mengambil dengan cara riba, kemudian seseorang diantara mereka mengangkat kedua tangannya sesudah shalat dan berdo'a; "Ya Tuhanku! Ya Tuhanku," sedang perutnya dipenuhi dengan riba.

Di manakah "laa ilaaha illallah"?

Mereka mengucapkan "laa alaaha illallah", kemudian mengingkari hijab, meninggalkan, dan menolaknya. Seorang wanita keluar rumahnya, dia mengucapkan "laa ilaaha illallah", sedang amalnya bertolak belakang dengan prinsip "laa ilahaa illlallah". Dia keluar mempamerkan perhiasan dan kecantikan serta menanggalkan kehormatan, iman, dan rasa malunya kepada laki-laki fasiq, suka melacur. Kita pun tidak dapat mengadu, selain hanya kepada Allah.

Sesungguhnya ajaran "laa ilaaha illallah" dalam kehidupan para sahabat pada masa lalu mempunyai makna tersendiri, cahaya, dan cita rasa yang lain. Di kalangan para sahabatlah terdapat contoh-contoh yang benar dalam mengimplementasikan makna "laa ilaaha illallallah", iaitu kamu korbankan jiwa dan ragamu hanya kepada Yang Maha Tunggal lagi Maha Esa, Allah SWT.

إِنَّ اللّهَ اشْتَرَى مِنَ الْمُؤْمِنِينَ أَنفُسَهُمْ وَأَمْوَالَهُم بِأَنَّ لَهُمُ الجَنَّةَ يُقَاتِلُونَ فِي سَبِيلِ اللّهِ فَيَقْتُلُونَ وَيُقْتَلُونَ وَعْدًا عَلَيْهِ حَقًّا فِي التَّوْرَاةِ وَالإِنجِيلِ وَالْقُرْآنِ وَمَنْ أَوْفَى بِعَهْدِهِ مِنَ اللّهِ فَاسْتَبْشِرُواْ بِبَيْعِكُمُ الَّذِي بَايَعْتُم بِهِ وَذَلِكَ هُوَ الْفَوْزُ الْعَظِيمُ

"Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang mukmin, diri dan harta mereka dengan memberikan Syurga untuk mereka. Mereka berperang pada jalan Allah, lalu mereka membunuh atau terbunuh. (Itu telah menjadi) janji yang benar dari Allah di dalam Taurat, Injil dan al-Qur'an. Dan siapakah yang lebih menepati janjinya (selain) dari Allah? Maka bergembiralah dengan jual beli yang telah kamu lakukan itu." (Surah At-Taubah : Ayat 111)

Makna "la ilaaha illallah" menurut ulama salaf ialah janganlah anda melewatkan satu solat pun di dalam masjid selama anda kuat lagi mampu.

Berikut ini adalah Sa'id ibnul Musayab, salah seorang tabi'in, dalam sakaratul mautnya dia bersumpah dengan nama Allah seraya mengatakan, "Tidaklah sekali-kali muadzdzin menyerukan adzannya sejak 40 tahun yang silam, melainkan aku telah berada dalam masjid".

Kami katakan, "Wahai Sai'id sesungguhnya telah didapati di kalangan kaum muslim orang-orang yang tidak mengenal masjid. Jika mereka datang ke masjid, maka dengan sikap riya', pamer, dan basa-basi."

فَخَلَفَ مِن بَعْدِهِمْ خَلْفٌ أَضَاعُوا الصَّلَاةَ وَاتَّبَعُوا الشَّهَوَاتِ فَسَوْفَ يَلْقَوْنَ غَيًّا

"Maka datanglah sesudah mereka pengganti (yang buruk) yang menyia-nyiakan solat dan memperturutkan hawa nafsunya, maka kelak mereka akan menemui kesesatan." (Surah Maryam : Ayat 59)

Wahai Ibnul Musayyab, sesungguhnya al-Qur'an yang dahulu biasa dibaca di rumah-rumah kaum Muhajirin dan kaum Anshar, sekarang telah berubah kerana telah diganti di kebanyakan rumah menjadi nyanyian asmara, suara dawai, muzik, gendang, dan gitar. Kami pun hanya boleh mengadu keadaan kami kepada Allah Ta'ala.

Rasulullah Shallahu alaihi wassalam mengirimkan pasukan ke malam yang gelap dan mereka mengangkat dua orang sahabat untuk piket, iaitu Ammar ibnu Yasir dan Abbas ibnu Bisyr. Keduanya diberi tugas untuk menjaga pasukan yang sedang berjuang di jalan Allah di kegelapan malam, sedang Rasulullah Shallahu alaihi wassalam telah bersabda, "Ada dua mata yang tidak akan tersentuh api neraka, iaitu mata yang menangis kerana takut kepada Allah dan mata yang semalaman berjaga di jalan Allah." (Hadith Riwayat Tirmidzi)

"Dan mata yang menghindar dari hal-hal yang diharamkan oleh Allah".

Akan tetapi, pada masa sekarang terdapat ribuan mata, saat hati mereka kosong dari "laa ilaaha illallah", mengumbar penglihatannya melihat hal-hal yang diharamkan, lupa kepada Tuhan yang menguasai bumi dan langit, yang pandangan-Nya kepada hamba lebih cepat daripada pandangan hamba kepada kemaksiatan.

Peliharalah kedua matamu, jika memperlihatkan kepadamu aib suatu kaum. Katakanlah kepadanya, "Hai mata, orang lain mempunyai banyak mata!"

Abbas ibnu Bisyr dan Ammar Ibnu Yasir pun bangkit untuk piket jaga. Ammar berkata kepada Abbad, "Apakah engkau jaga di permulaan malam hari atau penghujungnya?". Abbad menjawab, "Aku piket di permulaan malam hari". Abbad pun bangkit untuk melakukan piket dan jaga.

Dalam tugas jaganya Abbas baru melakukan solat dan menangis. Ketika musuh mengirimkan anak panah kepadanya ketika dia sedang solat, dia mencabut anak panah yang mengenai dirinya dan melanjutkan solatnya.

Dr Aid Abdullah al-Qarni
Dr Aid Abdullah al-Qarni
Mereka mengirimkannya lagi untuk kedua kalinya dan dia langsung mencabutnya, dan mereka mengirimkannya lagi untuk ketiga kalinya. Dia pun mencabut sendiri. Ketika darahnya banyak yang keluar, dia mempersingkat solatnya dan bersalam. Lalu dia memanggil Ammar seraya berkata, "Hai Ammar, sekarang giliranmu jagamu. Demi Allah yang tiada tuhan yang berhak disembah selain Dia. Seandainya aku tidak khuatir terbunuh, kerana musuh nanti akan masuk, tentulah aku tidak akan memutuskan solatku, meskipun harus mati".

"Kami berasal dari kaum yang bila diseru untuk mengerjakan solat, mereka tetap menghadapkan wajahnya ke arah Ka'bah, dan menyerukan takbirnya bersama dengan ar-Ruhul Amin, meskipun peperangan membasahi bumi dengan darah merah segar".

Akan tetapi, sesudah generasi ini datanglah satu kaum yang meninggalkan solat subuh, kecuali mereka yang dirahmati oleh Allah. Wallahlu'alam.

[Oleh: Dr Aid Abdullah al-Qarni - eramuslim.com]



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih :)

Kategori

Air terjun (9) Ajaib (22) Al-Hadits dan Sains (2) Alam sekitar (11) AlQuran dan Sains (38) Angkasalepas (51) Animasi GIF (3) Antik (8) Aqidah (12) Arkeologi (21) Astronomi (47) Bala bencana (41) Batu kalimah (4) Batu permata (23) Biar betul (113) Biologi (2) Bionik (4) Budaya (5) Cinemagraph (3) Dajjal (2) Download (1) Duit (37) Duit Kertas (15) Duit Syiling (25) Dunia Hiburan (129) Ekonomi Dunia (20) Ensaiklopedia (55) Foto (345) Freemason (2) Freeware (3) Gempa bumi (7) Geologi (6) Gerhana bulan (1) GIF animation (3) Grafik 3D (3) Halimunan (3) Hamas (8) Hantu (58) High speed video (6) Iblis (13) Illuminati (27) Imam empat mazhab (5) Indeks batu permata (1) Indeks duit (2) Indeks kad telefon (1) Indeks sampul duit raya (1) Indeks setem (1) Internet (94) Jalan-jalan (56) Jenayah (121) Jin (56) Kad telefon (3) Kamera (21) Kamera digital (16) Kata-kata hikmah (28) Kemalangan (58) Kematian (55) Kesihatan dan Perubatan (202) Ketenteraan (46) Kiamat (7) Kisah akhir zaman (2) Klasik (61) Kristologi (88) Landskap (111) Makanan dan minuman (17) Makro (6) Manipulasi Foto (6) Metafizik (6) Misteri (59) Motivasi (34) Muzium mini (65) Paleontologi (1) Palestine (50) Paranormal (48) Penggodam (23) Perang (31) Perkahwinan (22) Pernikahan (18) Perubatan Islam (4) Polis (9) Politik (132) Politik dunia (49) Puisi (6) Rekod (102) Robotik (27) Sains (60) Sampul duit raya (5) Scam (5) Sedih (46) Sejarah (29) Sejarah Islam (16) Sejarah kuno (4) Selebriti meninggal (12) Seni (6) Seni beladiri (1) Senibina (21) Serangga (15) Sukan (43) Syiah (15) Syirik (1) Syria (41) Teknologi (248) Teknologi Nano (8) Teori konspirasi (181) Time lapse (39) Timur Tengah (177) Tumbuhan (37) UFO (39) Ulama meninggal dunia (2) Video (328) Wallpaper Islamik (40) Yahudi (10) Zionis (20)

Unikversiti Designed by Templateism.com & Copy Blogger Themes

Imej tema oleh blue_baron. Dikuasakan oleh Blogger.