Pada tahun 1839, iaitu setahun selepas foto pertama yang ada manusia di dalamnya diambil, perintis fotografi iaitu Robert Cornelius telah merakam foto potret pertama manusia. Dan bukan saja sebagai foto potret pertama, tetapi juga sebagai foto candid yang pertama sehinggakan Cornelius digelar sebagai 'Bapa Candid' , dan juga 'self portrait' yang pertama.
Foto potret tersebut ialah 'self portrait' iaitu potret dirinya sendiri. Dia merakam gambar foto ini di Chestnut Street dalam Center City, Philadelphia, AS.
Foto ini sekarang ini adalah sebahagian dari koleksi Daguerreotype di Library of Congress.
Di bawah ini pula ialah foto pertama di dunia yang ada manusia di dalamnya. Model berada di bahagian bawah sebelah kiri gambar. Ia diambil pada tahun 1838 oleh Louis Daguerre di Boulevard du Temple, Paris.
Louis Daguerre telah mencipta proses daguerreotype dalam bidang fotografi. Sepatutnya ada ramai lagi manusia di situ, tetapi kerana teknik 'long expose' iaitu pendedahan lama , dia mengambil masa selama 10 minit ke atas gambar ini, maka orang lain tidak kelihatan kerana mereka semua bergerak.
Model itu kelihatan kerana dia berada dalam keadaan pegun kerana sedang digilapkan kasutnya oleh tukang kasut. Malangnya, identiti model tersebut tidak diketahui sampai hari ini.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Terima kasih :)